Rezeki

Isnin, 2 Ogos 2010

Pak Aji Halal Mart & HPA @ Putrajaya


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Moga dalam limpahan rahmatNYA, aminn.

Alhamdulillah, kembara dibumi Tuhan masih diteruskan, dengan izinNYA, alhamdulillah.

Beberapa kali melalui kedai tersebut, tapi belum diizinkan ALLAH untuk menjenguk isi kedai. Alhamdulillah, semalam, ana telah berkesempatan untuk ke sana. Membeli lauk pauk dan bahan masakan. Di mana? tentunya di kedai Pak Aji - Halal Mart.

Sebelum ni memang selalu berhajat nak beli barang kat kedai Pak Aji, tapi selalunya hajat belum tertunai. (^_~)

Apa bezanya Pak Aji Halal Mart dengan kedai lain?

Tentunya kerana isi kedainya tidak diragui. Insya'ALLAH, HALAL. dan ia adalah PERNIAGAAN MUSLIM. Jom kita pakat-pakat jana ekonomi Muslim. Walaupun kedai tersebut tidaklah sebesar mana, tapi boleh dikatakan semua barang asas yang perlu ada di dapur ada dijual. Ikan, sotong, udang, ketam, ayam, daging, sayur, sos, kicap, santan, rempah ratus dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan, penuh dengan senarai isi kedai Pak Aji la kali ni.=).

Kepada penduduk Putrajaya, WP Putrajaya, silalah berkunjung ke kedai tersebut yang terletak bersebelahan Kedai 'D'Mart" dan Bank Rakyat, di Presint 8. =). Pasar Presint 8 pun boleh dikunjungi. =).
Barangan HPA pun banyak pilihan. Macam-macam ada.. Stokis di Presint 11. sila, sila.. Pilih yang mana suka.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers