Rezeki

Jumaat, 30 Julai 2010

Kasih seorang ibu..


Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat wal afiat sentiasa, aminn. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Dengan izinNYA, kita masih dapat meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

Baru sahaja menyembang dengan Mek.

*********

Mek : wa nak kirim apa-apa ke? Kak Ina nak pergi sana hari Ahad ni.

Ana : Tak tahulah mek. Nak periuk ngukus boleh?

Mek : la, nak buat apa?

Ana : hehe, mana la tahu kalau rajin nak masak pulut. atau puding gula hangus ke.

Mek : Nanti gi ambik kat rumah Kak Ina jelah. Dia dah tak guna.

Ana : Ok.

Mek : lagi, nak apa-apa tak? Ikan kering ke. Bilis ke

Ana : Ikan gelama jeruk sedap jugak makan bulan puasa.

Mek : Lagi, serunding nak? Dodol nak jugak tak?

Ana : Serunding ok jugak. Rasa macam nak buat popia je. Dodol pun boleh kalau mek nak kirim.

Mek : Wa nak makan apa?

Ana : Tak kisah, mek kirim la apa pun. Nanti wa ambik rumah kak ina.

Mek : Ok, tak pelah kalau macam tu. Nanti Mek kirim. Dah, buat kerja la ye. Assalamua'laikum.

Ana : ok Mek. W'salam wbt.

***************

Hehe, anak manja kesayangan mek. Biasalah. Kebetulan kakak nak datang sini, jadi Mek nak kirim barang pada ana.

2 hari lepas Mek cakap dia mimpikan ana. Ana gelak je. Ana cakap, mungkin sebab ana tak bagitau Mek ana pergi Hospital hari tu. Kena ambik darah. Mek pun senyap je. Hmm, sebab tu tak nak bagitau Mek. Nanti Mek risau. Sebelum ni pun pernah bagitau Mek, ana demam. Mek telefon sokmo, tiap-tiap hari, lebih kurang 5 jam sekali. =).

Kasihnya seorang ibu, tak pernah luntur. Walau kita dah berusia, dia tetap sayangkan kita. Tetap prihatin dengan perkembangan kita. Tetap setia bersama kita, walau apa pun yang terjadi. Jatuh bangun, sakit demam kita, semua dia peduli.

KITA?

Hanya mula menyayangi keduanya setelah kita faham akan erti kasih sayang. Hanya setelah beberapa tahun dilahirkan didunia.

IBU BAPA?

Menyayangi kita SEBELUM kita dilahirkan kedunia. Sebelum ALLAH izinkan terbentuknya janin dirahim ibu yang suci itu, mereka telah berdoa untuk kebaikan kita.

SAYANGILAH MEREKA, IBU DAN AYAH TIADA GANTINYA. HANYA MEREKA IBU DAN BAPA KITA DUNIA AKHIRAT.

Ya ALLAH, Kau kasihilah kedua ibu dan bapaku sebagaimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers