Rezeki

Jumaat, 14 Mei 2010

ukhuwwah fillah


Assalamua'laikum


Alhamdulillah, masih lagi berpeluang meneruskan kehidupan. Berbekalkan nikmat iman dan ISLAM. Segala puji bagiNYA, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Kekal dengan sifat Pemurah dan Penyayang, Pengampun dan Maha Mengetahui segala kejadian baik yang zahir ataupun yang ghaib.


ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..


Baru sahaja menikmati rezeki yang datang tak disangka-sangka. Bubur Jagung @ my office.. Siapa sangka dapat makan pagi-pagi macam ni, dalam bilik E.O pulak tu. Alhamdulillah.. ALLAH sebaik-baik perancang. AturanNYA sangat hebat. (^_~)


Pagi tadi sempat SMS adik kesayangan. Alhamdulillah, kesihatannya semakin baik. Kakak pula yang demam panas. Berjangkit dengan ana rasanya. Nikmat ukhuwwah. Ana baru nak sihat, kakak pula yang demam. Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada kami.


Berkesempatan menziarah blog sahabat-sahabat. Teringat kakak angkat kesayangan adik chomey, lantas ambil peluang untuk ziarah. Ya ALLAH, teruk juga kemalangan dan kecederaan yang dialami. Hikmah dari setiap aturanNYA sulit untuk ditafsir. Moga ALLAH anugerahkan kesabaran dan kekuatan kepadanya. Moga cepat sembuh. Mujahadah seorang mujahidah. Insya'ALLAH, ganjaran dariNYA tak dapat kita hitung. Adikku, bersabarlah. Adik kena kuat.


Insya'ALLAH, ana akan merehatkan blog selama seminggu bermula 17 - 22 Mei 2010. Doa dan harapan, semoga antum sentiasa dalam limpahan rahmatNYA dan diberi kelapangan dalam setiap perkara. Jaga diri, iman, amal. (^_~)


Ana mohon kemaafan dari antum, atas segala silap dan salah, terkasar bahasa dalam berbicara, mengguris hati tanpa sengaja. Mohon dimaafi segala kelemahan diri.


Ukhuwwah fillah abadan abada, insya'ALLAH.


wassalam.


*************


Hiasilah diri dengan senyuman,

Walau diri diambang kedukaan

kerna ia melambangkan ketabahan hati

dan kekuatan iman.

Senyumlah dari hati

Hiburkan insan disekelilingmu,

pasti akan dirasai

nikmatnya ukhuwwah yang terjalin.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers