Rezeki

Isnin, 24 Mei 2010

tiadakah kasihmu walau sekelumit?

Ibu, jangan tinggalkan aku disini..
Ibu, jangan tinggalkan aku sendirian..
Ibu, tolong aku.. Tolong aku..

Binatang buas itu semakin hampir.
Derap kakinya menakutkan aku.
Tolong aku, ibu.



Mengapa kau tega biarkan aku disini?
Didalam longgokan sampah sarap ini?
Ibu, sanggup kau biarkan aku didalam longkang ini?
Ibu!! sanggup kau biarkan aku dihurung semut-semut,
dihinggap lalat, dihurung kerengga?
Dibiar busuk berulat?

Ibu, mengapa ibu?
Mengapa?



Mengapa kau takutkan manusia berbanding takut akan azab ALLAH?
Ibu, mengapa kau sanggup melepaskan aku dikala aku memerlukan kamu?
Aku anakmu.. Aku anakmu, ibu..
Anak yang kau kandung selama 9 bulan 10 hari...
Anak yang kau rasakan gerak gerinya sejak usia 4 bulan dalam kantung rahimmu.
Anak yang kau kongsi segalanya sebelum ini.
Mengapa kau bagaikan tiada perasaan, ibuku?
Adakah aku terlalu hina disisimu?
Hinakah aku dimatamu?
Hinakah aku dimata masyarakat sekelilingmu?

Akukah yang bersalah?
Akukah yang bertanggungjawab atas segalanya?
Akukah yang perlu menanggungnya?



Ibu, kau melahirkan aku.
Ibu, kau memperjudikan nyawamu..
Ibu, KAU IBUKU!!!
Hari ini, mungkin kau terlepas..
Tapi disana, aku akan mencarimu..
Aku akan tanya sepuas-puasnya, mengapa dan mengapa.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers