Rezeki

Selasa, 23 Mac 2010

syafakillah



Assalamua'laikum

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM.

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi barokah ni.

Pada hujung minggu yang lalu, ana diberi peluang dan ruang untuk bertanyakan perkhabaran sahabiah2 yang telah agak lama menyepi.

Kak Liyana adalah insan pertama yang ana hubungi, pada mulanya sekadar untuk bertanya khabar. Selalunya mesej2 ana akan dibalas, paling lama, dalam masa 2, 3 hari. Tapi sekarang ana tidak menerima respon langsung. Hati tak tenang, jadi, ana call beliau.

Kak Liyana agak sibuk dengan tugas Lab bagi menyiapkan tugasan beliau. Tugasan sebagai pelajar IPTA agak menyibukkan beliau. itu kata beliau pada mulanya.. tapi, kemudian beliau menceritakan tentang adik beliau yang telah disahkan menghidap Kanser Hati. Kalau tak silap ana, sudahpun berada di tahap 3. Innalillahi... ilaihirajiu'n.. Ana pernah jumpa adik Kak Liyana waktu FD @ Kuantan pada 25&26 Disember yang lalu. Adik Kak Liyana adalah student di UIA Kuantan. Orangnya ceria dan peramah sekali. Hmm, ketentuan ALLAH. Kata Kak Liyana, adiknya baru saja dikesan menghidap Kanser tersebut pada hujung bulan Feb yang lalu. Sebelum ni memang tak ada sebarang simptom. Tapi, sejak kebelakangan ni, adiknya selalu demam, suhu badan tinggi, akan muntah bila makan,.. Setelah doktor membuat satu pembedahan dan mengambil sampel hati, barulah dapat kesan kanser tersebut.

Ya ALLAH, ana teringat kata-kata Kak Liyana, Doktor operate adik beliau macam orang bersalin.. Staple-staple.. rambut pun dah mula gugur.. Sekarang ni dah mula buat rawatan kimoterapi.. Setiap hari kena inject.

Dua malam lepas, ana sempat bertanya pada sahabiah Nisa' Lembah Pantai, seorang Nurse. Katanya Kanser Hati adalah antara kanser yang lambat dikesan. Sebab simptomnya hanya dapat dilihat bila dah sampai tahap serius.

Panggilan kedua diteruskan. Kali ini ke Kelantan pula.

pada mulanya tanya tentang Liqa' @ Qlate.. Sebelum ni pernah dapat mesej sesat..Tanya tentang cadangan tempat untuk Liqa'.. so, nak tahu perkembangan.. bila dah lama menyembang, Dayah bagitau ana, kakak beliau kurang sihat. Dah berminggu-minggu demam. Nak pergi kerja pun dah tak boleh. Sekarang ni dayah tak boleh keluar sangat, sebab tolong jaga kakak kesayangan.

Syafakillah ya ukhti..

**************************
Sakit, datang tak kira masa, siapa.. Setiap perkara ada hikmah yang tak mampu kita intai dengan mata zahir, tak pernah kita jangka apa yang ada disebalik perancanganNYA terhadap kita..

Pastinya ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita semua.. Tunggu masa dan ketika. Segalanya pasti berlaku mengikut percaturanNYA.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.(Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 45-46)

*********************************

Baiklah, dikesempatan ini, bolehlah kiranya ana mohon sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama mendoakan kesihatan ahli keluarga sahabiah2 kita ni. Moga ALLAH memberikan ketabahan, kekuatan dan ketenangan kepada mereka dalam menghadapi setiap perkara yang berlaku. Insya'ALLAH

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers