Rezeki

Khamis, 31 Disember 2009

selamat tinggal buat semua

Assalamua'laikum..

Dikesempatan ini, ana nak mintak maaf diatas segala salah dan silap ana sepanjang ana bergelar seorang blogger... Kalau ada hati2 yang terguris disebabkan ana, ana mintak maaf..

Ana akan pulang ke Kelantan esok (1 Jan 2009) dan kembali ke kediaman sementara pada 4 Jan 2009.. Kalau panjang umur, insya'ALLAH, ana akan kembali bersiaran.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan..

Insya'ALLAH, malam ni ada XPDC cari mad'uu.. Doakan keselamatan kami.. (^_~)..

Sebelum terlupa, selamat menyambut tahun baru Masihi.. Perkongsian buat semua.. Kakak ana dah masuk wad petang tadi, tolong doakan beliau dan anak yang bakal lahir ye.. Mungkin anak buah ana kali ni nak jadi bayi tahun baru.. Insya'ALLAH, 01 01 10... hehe... semoga ALLAH permudahkan segalanya.. Kakak ana dah 2 minggu kat kampung, tapi biasalah, anak dia nak tunggu cik su dia balik dulu, baru nak tengok dunia...

Apa-apa pun, selamat bercuti buat semua.. Dik Syira, Dik Azmah, Wani, n semua orang, jaga diri ye.. Jangan nakal-nakal.. Kalau tak sihat, tolong makan ubat.. Jangan buat koleksi macam ana.. (^_~)...

TUTUPLAH AURATMU SEBELUM TUBUHMU DITUTUP SEMUANYA...
jaga iman, amal, akhlak, ISLAM...

Sekian dahulu, wassalam...

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers