Rezeki

Isnin, 19 Oktober 2009

hmm, berbagai betul


Assalamua'laikum..

Alhamdulillah, hari ni masih berpeluang lagi untuk bersama-sama dengan semua makhluq bernyawa di atas muka bumi ni.. Syukur yang teramat..


Semalam ada majlis Rumah Terbuka di Taman Melewar.. Siapa yang berpeluang hadir, tahniah. Bagi yang tak berkesempatan, insya'ALLAH, lain masa, boleh berkunjung lagi..

Hari ni ana bukan nak berceloteh tentang makan-makan, hehe, jarang-jarang bolehla ye.. Hari ni ana cuma nak berkongsi sebuah kisah tentang seorang budak kecil.. (^_^).. siapakah insan bertuah yang akan jadi bahan ngomelan ana hari ni? sabar, biar ana habiskan cerita dulu ye.


Ana baru sahaja dapat SMS daripada Ketua Nisa' Putrajaya.. Katanya : "K.Sue rasa syuha ada sentiasa disamping K.Sue. Sebab anak k.Sue dah jadi Syuha. huhu"


Alamak, apa yang ana dah buat pada Batriesya ni? hehe.. Sejak Rumah Terbuka Putrajaya lagi, K.Sue bagitau ana, Batriesya dah terikut-ikut dengan cara ana. Habis la ana nanti, kena marah dengan Ust.Nazir.. (^_~).. Tapi dalam masa yang sama, ana gembira jugak kalau Batriesya terikut-ikut perangai ana.. Ambik yang elok-elok je dik sayang ye, yang tak elok, jadikan sempadan. Sampaikanlah dakwah, serulah kearah kebaikan, moga Batriesya jadi anak solehah.. (^_^)

Sebenarnya, ana duk fikir-fikir lagi ni. Macam manalah si kecil ni boleh terikut perangai ana? hmm, padahal, baru sekali je ana bawak budak-budak kecil ni datang rumah ana. Jadi baby sitter anak YDP Putrajaya sebab YDP dan Zaujah ada majlis yang perlu dihadiri.. seingat ana, itu jelah peluang ana berlama-lamaan dengan anak-anak ketua Nisa' ni. Lepas pada tu, ana jumpa masa program je. (^_^).. yang paling best, bila jumpa, Batriesya suka tengok orang pakai niqob. Walaupun baru umur 5 tahun, Batriesya dah simpan niat nak pakai niqob. Alhamdulillah.. bagus betul adik sorang ni.. Semoga kita sama-sama dapat realitikan hajat kita ni, ye Batriesya sayang..

Oklah, nak solat Zohor pulak ni.. Jom solat.. oh ye, JANGAN LUPA TUTUP AURAT.. (^_^) Duhai Muslimat semua, ana sayangkan antum.. jaga diri, hiasi peribadi.. Para Daei, SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT... jom sebar dakwah..wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers