Rezeki

Selasa, 8 September 2009

APA NAK JADI DENGAN RAKYAT MALAYSIA??


306 MURID SEKOLAH RENDAH POSITIF DADAH


PUTRAJAYA - Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini.Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK), Datuk Abdul Bakir Zin berkata, murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara pro aktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

“Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran. “Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani “Term of Referrence” dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung. Abdul Bakir bekata, Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam. “Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini.
source : sinar harian online

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers