Rezeki

Jumaat, 24 Julai 2009

....SUBHANALLAH.......

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi
makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas
sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)


assalamua'laikum saudara2 seakidahku..
alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM..
...................................................
"Assalamua'laikum akak sayang.. macam mane petang ni? akak datang ambik pukul berapa?"
"w'salam dik sayang.. alamak, macam mana ye.. akak ada hal la.. nenek ajak akak buka puasa dengan dia hari ni.. kesian pulak kat nenek akak tu.."
"oh, takpelah kalau macam tu..hehe..temanla nenek akak tu, bukan selalu boleh jumpa dia, kan?"
"maaf ye dik.."
"takpe..nanti nak tanya K.Hajar ye..confirmkan dengan dia dulu..kalau menyusahkan dia, Syuha pun tak pergilah"
kesiannya..takpe..nanti lain kali kita pergi ye sayang"
"ok, jangan risau..ALLAH tau apa yang terbaik, kan? ok lah, syuha nak tanya kak hajar ni..nanti syuha inform kat akak ye"
.....................................................
"Assalamua'laikum kak hajar sayang.. macam mana petang ni?akak pergi sana lepas buka puasa ke?"
"w'salam dik.. erm, akak tak tau lagi boleh pergi atau tak. macam tak larat je.. sekarang pun ada kerja lagi.. mungkin balik lewat sikit hari ni."
"oh, macam tu ke? oklah, takpe-takpe... saja tanya"
....................................................
"Assalamua'laikum.. kakak-kakak yang disayangi..mungkin hari ni kita tak berpeluang berjemaah di surau sama-sama..insya'ALLAH, nanti kita jumpa dalam halaqoh kedua lain kali ye..jaga diri, jaga iman, jaga amal, jaga ISLAM"
....................................................
sayup-sayup kedengaran..645 petang.. alunan zikrullah dari handphoneku... alahai, tak sempat jawab pulak.. sape call tu..takpelah dulu..nak siapkan kerja kejap..650 petang..siap masak untuk buka puasa...tengok telefon.. misscalled from +6013*******... kenapa kak ikin call ni.. telefon semula lah...
"Assalamua'laikum.. hai akak sayang.. rindu ker? hehe"
"w'salam wbt.. erm, syuha buat apa tu?"
"hehe, tadi duk dapur, maaflah tak dengar tadi"
"oh, patutlah...hehe"
"bising je, akak kat mana tu?"
"erm, sebenarnya akak kat luar ni.. kita pergi surau nak? alang-alang dah keluar, kita berjemaah kat sana teruslah..syuha dah siap masak ye? takpeke? nyusah pulak"
"alhamdulillah.. takpe je.. no hal lah..hehe, tapi sempat ke?akak kat mane sekarang? syuha bersiap kejap ye.. akak tunggu tau"
"ok, bersiaplah.. akak baru keluar rumah ni.."
"ok, nanti dah sampai bagitau ye.. syuha nak inform pada kakak ni"
"ok, sayang.. nanti kita jumpa.."
‘Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)
.......................................................
"assalamua'laikum..kak ina, wawa confirm buka puasa kat luar ni.. nanti kak ikin ambik kat rumah"
'w'salam..la, jadi keluar pulak? tadi cakap tak jadi."
"hehehe, biasalah.. last minit..wawa dah masak ni.. "
"ok lah, nanti balik pukul berapa?"
"tengoklah dulu.. surau tu biasanya ada majlis..malam ni ada bacaan Yassin rasanya..habis program, wawa balik la..wawa bawak kunci dah"
"beres la.. nanti informlah"
"ok"
........................................................
"assalamua'laikum sayang, akak dah sampai bawah ni"
"w'salam wbt.. ok, kejap ye akak sayang.. syuha nak turun lif ni"
........................................................
"Setiap kebaikan adalah sedekah, dan termasuk kebaikan itu adalah jika engkau menemui saudaramu dengan wajah berseri-seri, dan jika engkau menuangkan air dari timbamu kepada bejana milik saudaramu." (HR. At-Tarmidzi)
"hehe, macam mana boleh terlepas jugak ni?"
"tadi abang akak telefon, suruh bank in duit kat dia.. alang-alang dah keluar ni, akak ajak la syuha sama.. tadi serba salah jugak sebenarnya.. kalau syuha tak call akak semula, memang akak tak bagitau dah.. sebab akak dah agak syuha mesti dah siap masak"
"hehe, memang dah siap masak pun.. tadi telefon kakak, terkejut dia, sebab dah call dua kali cakap tak jadi keluar malam ni.. tapi perancangan ALLAH, kan? hehehe, jadi jugak kita berjemaah malam ni..."
"alhamdulillah, hehe.. inilah yang sahabat muslimin kat kampus selalu cakap, muslimat ni suka buat kerja last minit"
"hehe, biasalah.. yang last minit ni lah selalunya jadi..haha, nanti mesti ada yang gelak.. kelakar jugak ye.. bincang dari pagi sampai petang.. dah confirm tak jadi.. tiba-tiba je call syuha ajak pergi surau ye"
"hehe, biasalah.. nak buat macam mana.. oh ye, tak tanya kak hajar ke?"
"tadi dah bagitau dia. dia cakap dia sakit kepala.. kalau dia larat, lepas berbuka, dia pergi surau jugak"
"oklah, kita tengokla nanti.. nak makan kat mana ni?"
"tak kisah pun makan kat mana"
..........................................................
‘Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"dah nak azan la kak.. kita park je kereta kat sini.. dah dekat dengan surau ni"
"ok..eh, syuha..dah azan tu..buka puasa dulu..dalam kereta ni tak ada apa-apa lah.. cuba tengok kat belakang, rasanya ada air mineral.. minum dulu.."
"ok, kejap syuha tengok.. ada ni.. akak minum dulu"
"syuha minum la.. nasib baik ada biskut ni dalam beg, makan dulu.. kita kongsi ye"
"alhamdulillah.. ok, kita solat dulu la ye.. nanti tak sempat berjemaah pulak..lepas maghrib nanti kita makan kat kedai ni"
'ok jugak..jom..."
...........................................................
"ada bacaan yasin ni akak sayang..kita makan lepas isyak la"
"syuha boleh tahan ke? nanti sakit perut pulak"
"insya'ALLAH, boleh je.. hehe..jangan risau"
"nanti lepas isyak, kita makan kat kedai ustz ye"
...........................................................
"alhamdulillah, hehe, memang rezeki la hari ni.. dah ada makan-makan ni.."
"syuha makan ke bubur nasi ni?"
"ni first time makan ni.. takpe-takpe.. syuha cuba..ye"
"kalau tak makan, takpelah..lepas ni kita makan di kedai ustaz ye"
"ok je.. makan yang ni dulu..cuba.. hehe"
"macam mana sayang? ok tak ni?"
"Alhamdulillah, kenyang betul.. ambik sikit je tadi.. hehe, sedap jugak ye makan bubur nasi ni"
"nak makan kat kedai lagi tak?"
"dah tak larat la kak. kenyang.. hehe"
"jom, kita tengok kedai roti kejap.. akak nak beli roti la"
"ok.. boleh jer, jommm...hehe"
........................................................
"alhamdulillah, hebat betul percaturan ALLAH, kan akak sayang.. macam tak percaya je jadi jugak program kita malam ni.. last minit pun jadi..hehe.. kalau kak hajar ada, lagi best.. nikmat berukhuwwah kerana ALLAH"
"betul tu..kita merancang, ALLAH juga merancang, perancangan ALLAH semestinya yang terbaik"
"betul tu akak sayang.. pandainya..hehe"
"oklah, jaga diri ye sayang.. nanti kita jumpa lagi hari jumaat ni"
"baik.. terima kasih ye..."
........................................................
SEKADAR CORETAN.... ANA CUMA NAK BERKONGSI, BETAPA HEBATNYA PERCATURAN ALLAH.. KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN... SETIAP PERKARA ADA HIKMAH.. WALAUPUN DUGAAN DATANG SILIH BERGANTI, TAPI DENGAN BERBEKALKAN KEYAKINAN KEPADA ALLAH SEMATA-MATA, PASTINYA ADA HIKMAH YANG TAK MAMPU KITA TERJEMAH... “… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At thalaq, 3).

UHIBBUKI FILLAH YA UKHTI...
Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.Maka eratkanlah ya Allah akan ikatanNya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu…Jika engkau mentaqdirkan pemilik hati-hati ini mati maka matikanlah dalam perjuangan Islam sebagai para syuhada’.Perkenankanlah permintaan kami ini,dan eratkanlah Ukhuwwah kami dengan semua orang yang kami kenali mahupun kami tidak kenali, mudah-mudahan Ukhuwwah ini terus padu dalam rahmat kasihMu. Aminn.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers