Rezeki

Rabu, 29 Julai 2009

alhamdulillah

assalamua'laikum..

apa khabar saudara-saudara seakidah sekalian? harapan dan doa, moga dirahmati ALLAH sentiasa.. Bi iznillah..

alhamdulillah, hari ni, ana berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai pengisian dalam blog ana ni.

pagi tadi, sekali lagi ana dikejutkan dengan persoalan yang bisa menggelegakkan isi perut ana... =P... "nak pakai tudung ni ke pergi ofis nanti?"...tanya seorang hamba ALLAH..
"yela, kenapa? ada masalah ke?" jawabku beserta persoalan yang perlu dijawab oleh orang yang bertanya tadi..
dengan selamba, dia meninggalkanku terkebil-kebil tanpa jawapan.. ape hal pulak ni? pelik ke? hehe.. apa-apa je lah..
"kat ofis pun ada orang pakai tudung macam tu, tapi tudung saiz budak sekolah je. bukan besar macam ni."...ish, sempat pulak nak sambung ayat dia.. hehe..
persoalan yang tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran....
"APA BEZA TUDUNG YANG ANA PAKAI DENGAN TUDUNG BUDAK SEKOLAH TU??? Tension betol. saiz je yang berbeza, yang lain sama je, kita panggil tudung jugak.. pastu apa beza tudung segi 4 dengan tudung yang berjahit ni?? Padahal sama je, tak perlu susah-susah pakai pin, tak perlu nak betulkan dan bujet-bujet depan cermin supaya tudung tak senget sebelah.. hehe.. tudung dah siap jahit, lagi senang nak pakai..save bujet pulak tu.. kalau tudung segi 4, yang kena pakai pin, paling kurang harga dia RM15, tak campur lagi harga pin... cincai-cincai dalam RM20-RM25..kalau tudung yang jahit tengah ni, murah jer.. semeter baru RM6, kita beli ukuran 1.75 meter, boleh buat niqob sekali..hehe.. RM10.50 dah boleh dapat sehelai tudung... benang tu baru dalam RM0.50. bujet sehelai tudung RM11.00 jer.. murah kan?? kalau nak dibandingkan dengan nilai aurat kita..memang berbaloi la pakai tudung ni..."

apa-apa hal pun, terima kasih kepada yang bertanya tadi.. sebab memberikan satu lagi kekuatan kepada ana untuk terus memakai tudung ni ke ofis.. hehe.. pantang jugak orang larang-larang macam ni. lagilah nak pakai, dan nak buat.. heheheh.. moga ALLAH tetapkan hati ana dalam jalan dakwah ni.. jaga aurat, jaga akhlak, jaga iman , jaga amal.. KITA KENA JAGA ISLAM...

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers