Assalamua'laikum.
:)
Lama tak bersiaran. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua.
Sekadar coretan buat kenangan. :)
14 Ogos yang lalu, ana telah menjalani pembedahan. ALLAH bagi peluang merasainya. Tak sangka jugak. Huhu... Sakit sejak 22 Jun 2014. Beberapa kali temujanji di hospital. Semasa temujanji pada 7 Ogos, doktor cakap dia bagi tempoh seminggu, n datang semula 14 Ogos untuk rawatan seterusnya. Tapi tak sangka pulak nak kena operate. :) 8 Ogos tu minta mak standby untuk datang sini sebab pada tarikh 13 dan 14, zauj kena admit HUKM. Bimbang kalau ana pun kena admit, tak tahu nak tinggalkan Ilham kat mana. Hari Selasa, 12 Ogos, mak datang dengan abang ipar dan kakak. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Dah tak perlu risau tentang Ilham. Selesaikan urusan zauj di HUKM. 14hb ana ditemani kakak dan abang ipar. Tunggu giliran dalam 2 jam, masuk jumpa doktor. 3 orang doktor attend, datang doktor pakar terus suruh masuk wad. :) Haish, hati dah tak berapa tenang (takut sebenarnya). Tapi tahu, itulah yang terbaik, sebab dah tak larat nak menanggung sakit. Balik rumah makan nasi, jumpa Ilham kejap, terus ke Hospital. Lebih kurang pukul 5 petang dibawa ke OT. Bius penuh. Perasaan masa tu memang tak dapat digambarkan. Selepas disuntik bius, nurse dan doktor cakap jangan pejam mata, jangan pejam mata. Rasa macam kurang oksigen, nak bernafas pun tak selesa. Makin lama, mata pun berat, nak terpejam. Sedar dalam pukul 6.30 petang, doktor panggil nama. Mata masih kabur, tapi dapat rasa badan menggigil, sakit sangat tempat operate. Terus minta doktor bagi bius. Alhamdulillah, 645 petang, dah kurang rasa sakit. dalam pukul 7.00 malam, dibawa naik ke wad semula. Alhamdulillah, keadaan stabil. Tengahari 15hb, dah boleh balik rumah. 16hb terus balik Kelantan. Dapat MC 6 minggu. 5 minggu di Kelantan, seminggu di sini.
Pengalaman kali ni sangat berharga, tak dapat dilupakan. Setiap hari sepanjang 6 minggu tersebut, setiap hari perlu cuci luka (dressing) di klinik. Cuma minggu terakhir, doktor minta buat dressing di hospital. Sebab luka tak ok lagi, n ada cecair bertakung sedangkan luka dah hampir tertutup. Jadi, kena flush untuk elakkan infection. 2 minggu pertama lepas operation, memang bergantung pada ubat tahan sakit. Masa buat dressing tu, haish, menitis juga air mata ni. ;p.
Bila sakit macam ni, kadang-kadang kit akan rasa 'down'. Lebih-lebih lagi bila dah sebulan lebih tapi luka tak ok lagi, masih ada cecair/darah. Kadang-kadang tu sampai tahap tak ada selera langsung, tengok nasi pun tak ada selera. Nak berkurung dalam bilik je. :( Masa ni, memang teringat pada ayah. Teringat pada abah. Mungkin ini yang ayah dan abah rasa masa sakit. Down. MAcam-macam yang kita akan fikirkan. Bila nak sembuh. Ada peluang sembuh ke tak. Nanti akan berulang lagi ke. Dah tak sanggup nak rasa sakit macam ni lagi. Takut. Semua ada.
Tapi, dalam masa yang sama, bila hari-hari ke hospital, tengok keadaan sekeliling, rasa bersyukur. Sebab ALLAh bagi pada kita, sedikit saja. Dibandingkan dengan orang lain, jauh lebih sakit dari kita. Jalan bertongkat, berkerusi roda. Tak boleh makan, kena masuk tiub. Tak ada kaki, tak ada tangan.
Apapun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. PASTI. :)
Alhamdulillah, sekarang dah semakin baik. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik kepada kita semua untuk menjalani hari-hari yang mendatang, :)
Ma'as salamah.
Rezeki
Selasa, 14 Oktober 2014
Isnin, 4 Ogos 2014
Syawal 1435H
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. :)
Lamanya tak menjenguk ni teratak maya kesayangan. Minta maaf pada yang ternanti-nanti update. Tak sempat. :)
Hari ni dah 4 Ogos 2014. Bersamaan dengan 8 Syawal 1435H.
Masih belum terlambat rasanya untuk ana ucapkan Salam Idulfitri buat semua. Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. :)
Pada 19 Julai yang lalu, iaitu bersamaan dengan 22 Ramadhan 1435H, ayahanda mertua yang tersayang telah kembali ke rahmatullah. Pada jam 11.30 pagi, di Kota Bharu. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan.
Lebih kurang jam 11.45 pagi, kakak ipar menghubungi zauj dan memaklumkan bahawa abah telah kembali ke rahmatullah. Agak terkejut dengan berita tersebut. Namun ada juga sedikit kegembiraan dan syukur. Telah sampai waktunya untuk abah berehat. Telah hilang segala sakit yang abah alami sejak 12 tahun yang lalu. Bulan Ramadhan, ALLAH jemput abah. Alhamdulillah. Tenanglah abah di sana. Moga dipermudahkan pertemuan kita di Sana nanti.

Khamis, 26 Jun 2014
Sepi
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. :)
Apa khabar ya semuanya? Moga sihat-sihat sentiasa.
Lama menyepi. Heeeee.
Minta maaf pada yang ternanti-nanti. 2 bulan lebih kurang. Tak ada sebarang catatan baru. Haishh, entahla.. Agak sibuk kebelakangan ni. Mesyuarat pun banyak. Insya'ALLAH kalau tak ada aral, 1 Julai dapat bos baru pulak. :) Makin sibuk nampaknya. Nak kenal peribadi bos baru, biasanya ambil masa untuk kita sesuaikan diri. :)
Patah tumbuh hilang berganti.
Orang atasan memang cepat naik pangkat. Kita yang dibawah, perlu sentiasa bersedia. Bos pertama, setahun bersama. Bos kedua, tahun ni tahun ke4. :) Haih, melepaskan, terasa sayu juga. Tapi tetap perlu merelakan. Bila dapat bos yang ala-ala ayah ni, seronok sebenarnya. Yang paling penting, bila depa ni menjaga syariat. Kita pun terjaga. :) Semoga kita semua sentiasa dikelilingi hambaNYA yang beriman.
***
Ramadhan bakal tiba. Lebih kurang 4 hari saja lagi. Disaat Ramadhan yang kian hampir, banyak pula berita kematian kedengaran. Semuanya menyambut seruan Ilahi beberapa hari sebelum bulan mulia. Benarlah. Ajal maut itu rahsia ALLAH. Cepat atau lambat, hanya DIA yang tahu. Kita, perlu sentiasa bersedia. Kerana giliran kita, bila-bila masa sahaja.
Kepada semua yang mengenali, ana ingin memohon kemaafan sekiranya pernah terkasar bahasa, pernah melakukan apa-apa kesilapan sepanjang ukhuwah bertaut. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Tekadkan azam. Usaha lebih dari biasa. Semoga ALLAH permudahkan. :)
Teringat intipati dari usrah semalam:
Kita buat amal, jangan sampai jadi sia-sia. Buat ibadat, puasa, solat. Sekali, mengumpat. Rugi! Elok pahala tu besar, terus kecut. Rugi sungguh. Jadi, puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Tapi juga kena usaha puasa mata, puasa hati, puasa lidah, puasa telinga. Nak cakap memang senang. Tapi nak buat kena mujahadah betul-betul.
Ma'as salamah...

Jom bersihkan hati. Semoga Ramadhan dapat dilalui dengan gembira.. Penuh keberkatan
Selasa, 22 April 2014
KULIAH DHUHA ISTIMEWA UNTUK WANITA
SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2014/04/mana-milik-kita.html
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. :) Alhamdulillah.
Lama tak bersiaran. Maaf ya. :) Masa sangat mencemburui. Tak sempat menaip di sini. Namun doa tetap sentiasa ada untuk sahabat sekalian. Insya'ALLAH, bi iznillah.
Baiklah. Alhamdulillah sengan izinNYA, kami berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan kuliah dhuha istimewa untuk para muslimat yang dikasihi sekalian.
KULIAH DHUHA EKSKLUSIF UNTUK WANITA
TARIKH: 26 April 2014 / Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Surau Al-Najihin, Parcel 15-12B, Presint 15.
Semua muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu.
Semoga ALLAH redha. :)
Jumpa nanti yaaa
^_^
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
Khamis, 17 April 2014
2 Tahun Yang Bermakna, Penuh Tarbiah
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :)
Beberapa hari lepas, mula mengarang semula. Tapi akhirnya tersimpan rapi di folder draf. Masa amat mencemburui. Tak sempat.
Insya'ALLAH, tahun depan kami akan berpindah ke bangunan pejabat baru. Alhamdulillah, rezeki. Insya'ALLAH, lebih mudah parking. :)
Semalam, 16 April 2014. Genap 2 tahun usia permata hati kami, Ilham Syakirin.
Tersenyum sendiri.
Dah dua tahun masa berlalu. Bagaikan baru semalam melahirkan. Hari ni kamu dah mula berceloteh. :)
Terkenang saat kelahiran. Wajah yang membiru. Suara yang halus. Hehe, comel. Hilang segala kesakitan tatkala melihat wajahmu buat kali pertama. Dengan darah dan lendir yang masih bersalut, nurse letakkan di pangkuan. Pelukan dan ciuman pertama buat permata hati ibu. Sungguh, airmata gembira itu terus saja mengalir. ALLAHUAKBAR. Bayi ini yang kukandungkan selama 9 bulan 8 hari. Bayi ini yang selalu bergolek-golek di dalam rahimku Bayi yang selalu terselit di bawah tulang rusuk ketika memandu. Kini telah lahir, untuk bersama memikul amanah. Untuk bersama menyelusuri denai kehidupan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH, atas nikmat yang diberikan kepada kami semua.
Ilham,
Bila dah mula berceloteh, susah sikit nak berhenti (macam ibu). :p
Dah pandai tengok TV. :)
Dah faham apa yang kami suruh. :)
Bila buka pampers dan baju, terus masukkan dalam bekas dan tong sampah. :)
Nak makan, suruh orang baca doa.;p
Selesai azan dalam TV, terus tadah tangan suruh orang bacakan doa. ;p
Ilham.
Kalau tengok budak kecil kat mana-mana, dia akan cakap sambil tunjuk diri sendiri " ni baby ilham" :)
Alhamdulillah.
Meskipun tidak selaju perkembangan orang lain yang sebaya dengan beliau, kami tetap bersyukur. :)
Walau macam mana sekalipun, dialah permata hati penyejuk mata kami. :)

Genap sebulan selepas kehilangan ayah tersayang, ALLAH hadirkan anak sebagai penyeri.
16 Mac 2012. Saat ayah meninggalkan kami, airmata turun membasahi pipi.
16 April 2012, Saat kelahiran mujahid yang disayangi, airmata ini mengalir lagi. Kenangan demi kenangan bersama ayah menerpa. Betapa gembiranya jika ayah masih ada untuk melihat anak pertama kami. Tapi ALLAH maha mengetahui. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Ada hikmah disebalik semuanya.
Tenanglah ayah disana.
Doa kami sentiasa mengiringi.
Walau tak pernah melihat wajah ayah, kami tak pernah lupa untuk tunjukkan kepada Ilham, siapa tok Ayahnya. Bercerita mengenai Tok Ayah yang sentiasa ada dalam hati ibu. Sentiasa mengingatkan Ilham bahawa Tok Ayah sangat penyayang. Meskipun Tok Ayah tegas, tapi kasih sayang Tok Ayah sangat dalam buat kita semua.
Rindu ayah.
Al-fatihah buat ayah tersayang,
Omar bin Arsad.
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)