Assalamua'laikum.
Lama rasanya tak mencoret sesuatu yang agak bermakna di paparan ini. Selalu cerita tentang Ilham soleh je. :)
Hari ini, ALLAH bagi peluang untuk muhasabah diri.
Ya, kadang kala kita terlupa, hakikat bahawa kita adalah hambaNYA.
Mengeluh, sedih, kecewa dengan apa yang berlaku. Sedangkan tiada istilah kebetulan, semuanya adalah ketentuan.
Setiap yang berlaku, sudah suratan.
Beberapa hari lepas, rasa sedih. Sebab, Ilham dah tak ada pengasuh. Sebelum bertolak balik kampung, dapat tahu kakak yang jaga Ilham tak boleh nak teruskan. Ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tiba-tiba sebak. Sambil panaskan enjin kereta, menangis. Sepanjang perjalanan pulang dari ofis menuju rumah, mengalir air mata. Sampai rumah, tak terkata. Hulurkan telefon pada Zauji, mintak baca sendiri. Dua-dua duduk tenangkan hati. Sambil peluk Ilham, pujuk hati.
Balik kampung, jumpa insan-insan yang dirindui. Masih memujuk hati. Insya'ALLAH, ada jalan keluar. Ada jalan keluar. Tapi, bila dah balik sini, duk fikir semula. Nak tinggalkan Ilham kat mana.
Hari ni, ALLAH bagi sesuatu. Hadirkan sahabat yang datang bukakan fikiran.
Sahabat berkongsi masalah beliau. Keluarga yang sudah mendesak, saudara mara yang sibuk bertanya bila nak walimah. Bila balik kampung, terpaksa tadah telinga, dengar macam-macam. Umur beliau hampir angka 30. Makin gelisahlah orang sekeliling, tanya pasal walimah. Beliau sendiri memang sedang berusaha, bahkan, sudah berkali-kali berta'ruf. Tapi belum sampai masanya. Bermacam-macam perangai yang ada. Walaupun sudah dipilih sebelum proses ta'ruf bermula, tetap juga ada kekangan.
Sepanjang sesi luahan tersebut, ada satu ayat yang telah buat ana terfikir sendiri.
"Tapisan ALLAH".
Kenapa ALLAH bagi peluang sahabat tadi jumpa ramai orang dengan berbagai perangai? Kerana ALLAH SEDANG TAPIS.
Kenapa masih belum ada calon yang sesuai? Kerana ALLAH SEDANG TAPIS.
Kenapa susah sangat nak walimah? Kerana ALLAH SEDANG TAPIS!
JAWAPAN YANG PALING TEPAT : TAPISAN ALLAH SEDANG BERLAKU.
Dalam ramai-ramai muslimin yang dita'ruf, tapi belum dipermudahkan. Takkan seramai itu, tak ada calon yang sesuai? Pasti ada sebab yang sangat konkrit. Apa lagi jawapannya kalau bukan kerana percaturan ALLAH? DIA sedang mengaturkan yang terbaik untuk kita. Datangkan ujian bermacam-macam, bagi peluang kita kenal manusia, muhasabah. Supaya kita lebih mendekatkan diri denganNYA. Menyerahkan segalanya kepada DIA.
Begitulah juga jawapannya tentang pengasuh Ilham. Kenapa orang yang kita jangkakan dapat jadi pengasuh yang terbaik, dengan fikrah yang jelas, dengan sikap yang baik, solehah, menjaga ikhtilat. memang cukup ciri yang kita harapkan. Tapi baru 2 hari, dah tak dapat teruskan. Kenapa? Sebab tapisan dari ALLAH lah.
Kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan. Boleh jadi apa yang kita suka, tak baik untuk kita. Dan boleh jadi jugak, apa yang kita tak suka, itulah yang sebenarnya terbaik untuk kita.
ALLAH maha mengetahui akan segalanya. Yakinlah! Pasti akan ada jalannya.
Rabbi yassir wala tua'ssir.
Rezeki
Khamis, 31 Januari 2013
Selasa, 22 Januari 2013
Ilham dan Hari Pertamanya
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita.
Semalam, 21.01.2013, pertama kali dalam sejarah hidup Ilham, dihantar ke rumah pengasuh. :) Sebelum ni, zauji yang jaga.
Semalam, masa hantar, Ilham macam mamai lagi. Pelik jugak, biasanya pagi-pagi, kalau ana nak pi kerja, Ilham pun kalut nak bangun, tengok orang bersiap. Hehe. Tapi semalam, dia memang mengantuk betul. Siap tidur atas kereta. :p
Sampai rumah Acik Reen, Ilham buat muka pelik. Mungkin duk terfikir-fikir, kenapa ibu bawa dia datang sini pagi-pagi. Hehe. Bila bagi pada k.reen, dia ok je. Takdelah nak mengikut apa.
Petangnya, ambik dari rumah k.reen, riuh duk bercakap bahasa dia. Hehe. Comel. Entah apa lah agaknya dia nak cerita. Duk tanya kenapa tinggal dia lah kot, pastu duk cerita jumpa kakak-kakak n abang soleh solehah kat sana. :)
Comel sangat. Hehe.
Hari ni, bila hantar rumah k.Reen, dia menangis pula. Adeh, dah tau la tu orang nak tinggal dia.;p. Upah dengan keropok kentang. Senyap. :). Semoga Ilham dapat sesuaikan diri dengan Acik Reen n kawan-kawan kat sana secepat mungkin.
Selalunya, duk SMS zauji, tanya Ilham buat apa. Selang 1 jam mula lah tanya. Hehe. Tapi semalam, terbalik pulak. Zauji duk kalut tanya : Anak kita duk apa sekarang? Dia ok tak? Nangis ke? Hehe, yelah, faham je. Zauji dah lam aduk menjaga Ilham, 24 jam duk tengok muka, dengar suara. Semalam rumah sunyi, nak makan tak ada orang datang berebut pinggan, nak tidur tak ada orang tepuk muka. ;p. Terasalah kan.
Well, my dear Ilham. Jaga diri baik-baik. Jadi anak soleh. Semoga ALLAH lindungi Ilham walau di mana Ilham berada. :D

~ ayah yang suka mengusik, anak yang takut tengok kuda kuning ~
Well, my dear Ilham. Jaga diri baik-baik. Jadi anak soleh. Semoga ALLAH lindungi Ilham walau di mana Ilham berada. :D
~ berebut minum air kelapa dengan ayah ~
~ Alhamdulillah, dapat jugak ;p ~
~Doakan Ilham ya ~
Khamis, 17 Januari 2013
Alhamdulillah, 9 bulan
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Alhamdulillah
Semalam, 16 Januari, Ilham genap 9 bulan. Ya, dah 9 bulan. Kejap je rasanya. Alhamdulillah, membesar dengan sihat. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya.
Alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga Ilham terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh wa musleh. :)
Doakan ya.
Wassalam

9 bulan.
- Ilham ada 7 batang gigi.
- Merangkak dengan sangat laju, adakalanya macam nak terbang bila nak terkam kaki orang yang lalu depan dia. :p
- Berdiri sendiri tanpa sokongan, dalam 15 saat paling lama.
- Suka pusing-pusing dalam rumah, berulang kali tanpa jemu.
- Bila penat, baring sekejap, lepas tu sambung balik.
- Kalau nak orang pandang dia, suka buat bunyi, kadang-kadang duk panggil mama, abbah. Huhu, bukan ibu dan ayah.;p
- Kalau tengok orang makan, suka duduk dekat-dekat. Duduk atas riba sambil pegang tangan kita. Comel!
- Suka makan roti, bihun, nasi + ayam, makan sup.
- Dah kurang makan nestum, mungkin sebab tangok makanan orang dewasa lagi sedap! ;p
- Kurang minum susu, kecuali masa tidur. Kalau dia tak tidur, minum susu dalam 2 oz sahaja, lebih suka minum air masak. Tapi kalau tidur, bagi susu, 4 oz boleh habis sekelip mata. Hoho
- Dah bagi kerjasama kalau nak potong kuku. Dah tak perlu tunggu dia tidur. Letak atas riba, dia akan relakan je kita potong kuku dia. Dia yang excited tengok orang potong kuku dia. :)
- Bila tengok ibu atau ayah pegang telefon, Ilham akan mula menarik perhatian. Cakap bahasa dia, dengan sangat kuat. Hehe. Bila bagi telefon, letak tepi telinga atau buat loudspeaker, terus senyap. Nak dengar suara orang sebelah sana je. Kadang-kadang buat muka pelik (maybe fikir, macam mana suara ni boleh ada dalam telefon.;p)
- Sukaaa sangat masuk dapur. Tengok ibu masak. Kadang-kadang, dia main kat tepi-tepi, tak kacau pun. :)
- Tidur malam, suka datang berhimpit. Nak rasa ada orang kat sebelah dia. :)
- Semalam, dah pandai main 'sorok-sorok'. Hehe, ibu dengan ayah menyorok (bukan main lagi, macam anak dah besar sangat.;p), Ilham cari..
- Terharu bila dia dah pandai tonjolkan perasaan dia. Bila bangun pagi, dia senyum-senyum. Lepas tu datang dekat, peluk dengan penuh manja. Alahai anak, so sweet! Kalau tak dapat barang yang dia nak, haa, terus pandang tempat lain.;p. (ikut perangai sape entah.;p)
Alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga Ilham terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh wa musleh. :)
Doakan ya.
Wassalam
Rabu, 16 Januari 2013
wajarkah?
Listen
Listen
Listen
Listen
Listen
Listen
Listen
***
Sebagai seorang yang terpelajar, wajarkah? Mungkin nak tegakkan sesuatu, tak nak dimalukan. Mungkin.. Apapun, semoga diberi hidayah olehNya.
Mahu info lanjut? Rasanya di internet; FB , Blog, Twitter memang dah hangat. Cari info sendiri ya. :D Nak rasai kemanisan, kenalah bersusah dahulu. ;)
Taiplah "listen, listen, listen" banyak capaian yang bakal diperoleh. :)
Selasa, 15 Januari 2013
Kongsi-kongsi
Assalamua'laikum.
Tadi, sempat kongsi-kongsi info dengan kakak ofis. Makin banyak yang kita belajar, makin banyak yang kita rasa kita tak tahu. :(
Petikan dari kata-kata kakak tu:
Hmm, bila ada anak seorang, lain gaya hidup kita. Bila bertambah seorang lagi, berubah lagi. Dah tak boleh guna cara lama. Dan bila bertambah beberapa lagi, memang totally different! Kena sesuaikan. Ya, disiplinkan diri. Susahkan? Sebab kita ada banyak keperluan nak dibuat. Ada banyak kerja yang menuntut komitmen. Tapi, nak tak nak, memang kena cuba buat yang terbaik.
Lain orang , lain caranya. Lain anak, lain coraknya.
Apapun, berusahalah. Semoga dipermudahkan.
Sesungguhnya, mujahadah itu sangat indah. :D
Tadi, sempat kongsi-kongsi info dengan kakak ofis. Makin banyak yang kita belajar, makin banyak yang kita rasa kita tak tahu. :(
Petikan dari kata-kata kakak tu:
akak ada baca buku cara mendidik anak2 jadi soleh dan solehahsalah satu tips jaga anak ni, stiap kali dia panggil nama kita samada saja panggil atau nk ckp sesuatu benda remeh atau nk tunjuk benda remeh, pernah x kalo kita masak kita stop padam api letak senduk n pergi kat dia n tgk apa yg dia nk buat bukan setakat ckp 'yeaa syg..ok' sambil memasak.. atau kalo kita baca suratkhabar, kita tutup suratkbr n beri perhatian 100 peratus apa dia ckp or nk buat?
kebiasaannya kita menjawab sambil baca surat khabar, sidai kain, tgk tv, masak, n lain2..sbb tu bila besar anak2 xnk dah bercerita n share apa jer ngan kita..sbb waktu kecik bila dia perlukan kita beri perhatian n nak citer mcm2 kat kita, kita ambil lewa..sbb tu bila dia masuk sekolah n remaja dia lagi suka citer kat kwn2 dia..nampak remeh kan bende ni?tpi mmg susah nk buat..
ada sekali tu lepas akak baca benda tu..anak akak panggil nama akak semata2 nk tunjuk ada anak kucing kat tepi sudut umah..akak tgh basuh pinggan waktu tuakak tutup air, basuh tgn benti basuh pinggan n pegi kat dia dduduk sebbelah dia n tyer apa sayang.. dia ckp 'cing'.. tpi mmg npk lain sgt bila kita beri perhatian sungguh2..dia hepy sgt.. selalu akak jwb sambil wat kejer jerr.. mmg susah syuha akak nk try... remeh tpi susah..kdg2 terlupa jugakterbuat balik perangai lama..sbb kita dah biasa byk keje sambil nk melayan dia
Hmm, bila ada anak seorang, lain gaya hidup kita. Bila bertambah seorang lagi, berubah lagi. Dah tak boleh guna cara lama. Dan bila bertambah beberapa lagi, memang totally different! Kena sesuaikan. Ya, disiplinkan diri. Susahkan? Sebab kita ada banyak keperluan nak dibuat. Ada banyak kerja yang menuntut komitmen. Tapi, nak tak nak, memang kena cuba buat yang terbaik.
Lain orang , lain caranya. Lain anak, lain coraknya.
Apapun, berusahalah. Semoga dipermudahkan.
Sesungguhnya, mujahadah itu sangat indah. :D
Langgan:
Catatan (Atom)