Rezeki

Jumaat, 15 Mac 2013

Genap Setahun

Assalamua'laikum.

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAh sentiasa hendaknya.

Esok, 16 Mac 2013.
Genap setahun kepulangan ayah ke rahmatullah.

Rindu pada ayah.
Kenangan demi kenangan.
Cerita duka dan duka.

Orang tanya
"kenapa nak kenang lagi orang yang dah tak ada?"
Ketahuilah
"mereka yang belum merasainya takkan tahu"

Semoga ayah tenang di sana.
Rindu tak berpenghujung buat ayah yang disayangi.
Tiada galang gantinya kerana hanya dia sahaja ayahku dunia akhirat.

Kepada yang membaca,
harap dapat sedekahkan al-fatihah buat ayah ana,
Omar bin Arsad.
13 Mac 2012 - 13 Mac 2013.




Tahun lepas, 
13 Mac 2012, Jumaat, jam 930 malam.
Dapat panggilan dari kakak bagitau ayah dah meninggal
Terus berkejar pulang ke Kelantan.
Dengan usia kandungan mencecah 9 bulan.
Esok, anak yang dikadung tersebut akan berusia 11 bulan.
Cucu pertama dari anak bongsu, yang tak sempat ayah tengok.

Al-fatihah


Selasa, 5 Mac 2013

JANGAN!!

Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah Maha Penyayang




Doa Kita Diperlukan

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia.



Di kaca televisyen, rata-rata menyiarkan tentang peristiwa bersejarah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Tiba-tiba sahaja.

Dalam sekelip mata, ada tembak menembak. Ada kematian. Ada kemusnahan. Perintah darurat. Kekurangan bekalan makanan.

Jika ALLAH izinkan, apa saja bakal berlaku.

Sama-sama kita doakan. Semoga saudara seakidah dan saudara-saudara yang masih belum memeluk Islam selamat dari sebarang musibah.

Doakan agar mereka di sana terus diberi kekuatan dan kesabaran.

Doakan agar semua ini dapat diselesaikan dengan segera.

Doa senjata mukmin.

Andai tak mampun angkat senjata, jangan kedekut untuk angkat tangan, aminkan doa!

Hari ini, giliran mereka. Mungkin esok lusa, kita yang akan merasa.

Siapa tahu, kan??


Beberapa orang sahabat, ada keluarga di Lahad Datu.
Mereka sedang bertarung dengan perasaan tatkala memikirkan keselamatan kaum keluarga di kampung.
Tak mampu menolong, hanya mampu mendoakan dari jauh.
Hanya mampu memberikan bahu untuk menongkah kekuatan yang bersisa.
Semoga ALLAH perkenankan doa kita semua.
~ doa banyak-banyak dalam hati. Doa kepada orang tanpa diketahui mereka yang didoakan, insya'ALLAH dimakbulkan.. Doa,doa, doa..   ~

Jumaat, 1 Mac 2013

Penunjuk Mengaji

Assalamua'laikum.


Pernah buat sendiri tak?
Guna tali plastik pengikat  kotak ni? Heeeee

Dulu, plastik ni senang je nak cari. Maklumlah kami peniaga. Bila mak beli kertas, atau barang dalam kotak, mesti ikat dengan tali plastik ni.

Bila ayah potong, terus simpan. Nak buat penunjuk masa mengaji. Heeee

Tak tahulah orang negeri lain panggil apa.
Tapi kami biasa panggil "penunjuk'.
Bila nak mengaji, guna plastik ni lah tunjuk kat setiap huruf tu.
Selalu buat banyak-banyak, bagi pada kawan-kawan masa kelas fardhu ain n masa mengaji di rumah.
Heee, suka.

Dulu nak cari batang buluh yang cucuk sate tu macam jarang la sangat boleh jumpa.
Sate cucuk dengan lidi kelapa macam batang penyapu tu je.;p
Jadi, ini lah yang paling senang nak dapat n buat.
Masa mengaji, duk lipat-lipat sambil tunggu giliran tok guru panggil.
Pastu rosak, tukar yang lain pulak.
Kan buat banyak?? ehehe. 
Macam-macam kenangan masa budak-budak comot.;p

Semalam ambik kertas A4, 5rim. Dapat lah 1 kotak, dia ikat guna tali ni.
Terus teringat kenangan dulu-dulu.
:)


Rindu Pada Anak Soleh

Assalamua'laikum.

Entry bergambar. Heeeee, sangat banyak.

Rindu sangat dengan budak tecik yang soleh ni. Hari ni hari ke-5 duk di Taska. Alhamdulillah, semakin ok. Dah 2hari tak menangis masa hantar pergi taska. Alhamdulillah.

Semoga Ilham soleh sentiasa, dilindungi ALLAH hendaknya.

Masa hantar dan bali, suka sangat duk dalam carseat. heheh. comel! Bila bawak kereta kirin kanan macam jalan tu kita punya (;p), dia lagilah suka.. ahaks.

Kena buli dengan ayah..hee

Ibu pulak buli Ilham.. Pakaikan baju cantik2..;p.. Nak buat macam mana, memang ada dalam set pakaian tu warna pink. Pakaikan je.. comelsss.;p stoking kuning! hoho

Pertama kali makan bubur.. nyum..nyumm

muka budak comel baru bangun tido... heee

Dapat jumpa acik Ekin dan pak cik Aminn serta adik Aliya yang comel.. tapi Aliya nangis sebab abang Ilham tak nak kawan dengan adik..huhu

Ikut ibu ayah pergi jalan-jalan. rambut halusssssss je. hehe

Posing bukan main.;p mata ngantuk.hehe

Suka sangat duk depan cermin.. ayah cakap ikut perangaiiiii ibu.....holaaa

Jalan-jalan lagiiii.. suka tengok kereta jugak. :)

Ilham takut tengok mainan warna kuning tu. Ayah makin suka menyakat.
(rupanya memang semua mainan bentuk haiwan Ilham takut.;p)

Mohon simpati..;p Tak boleh merangkak sebab licin. ;p

Hamboi,,,;p

Geram sungguh dengan budak comel ni. Hehe

Semalam tido awal, pukul 7.45 dah lena.. Sekali, pukul 1 bangun nak main.. hoho.. Sampai pukul 2 lebih, baru tido semula. Terbaik lah anak ibu. Ajak ibu qiam ya?

Semoga terus membesar dengan sihat, dirahmati dan dilindungi ALLAH sentiasa. Jadi anak soleh wa musleh!

Sayang Ilham, sokmo. :D

Doakan Ilham ya sahabat sekalian. :D

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers