Rezeki

Selasa, 22 April 2014

KULIAH DHUHA ISTIMEWA UNTUK WANITA

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2014/04/mana-milik-kita.html




Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. :) Alhamdulillah.

Lama tak bersiaran. Maaf ya. :) Masa sangat mencemburui. Tak sempat menaip di sini. Namun doa tetap sentiasa ada untuk sahabat sekalian. Insya'ALLAH, bi iznillah.

Baiklah. Alhamdulillah sengan izinNYA, kami berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan kuliah dhuha istimewa untuk para muslimat yang dikasihi sekalian.



KULIAH DHUHA EKSKLUSIF UNTUK WANITA
TARIKH: 26 April 2014 / Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Surau Al-Najihin, Parcel 15-12B, Presint 15.

Semua muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu.
Semoga ALLAH redha. :)

Jumpa nanti yaaa

^_^




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Khamis, 17 April 2014

2 Tahun Yang Bermakna, Penuh Tarbiah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. :)

Beberapa hari lepas, mula mengarang semula. Tapi akhirnya tersimpan rapi di folder draf. Masa amat mencemburui. Tak sempat.

Insya'ALLAH, tahun depan kami akan berpindah ke bangunan pejabat baru. Alhamdulillah, rezeki. Insya'ALLAH, lebih mudah parking. :)

Semalam, 16 April 2014. Genap 2 tahun usia permata hati kami, Ilham Syakirin.

Tersenyum sendiri.

Dah dua tahun masa berlalu. Bagaikan baru semalam melahirkan. Hari ni kamu dah mula berceloteh. :)

Terkenang saat kelahiran. Wajah yang membiru. Suara yang halus. Hehe, comel. Hilang segala kesakitan tatkala melihat wajahmu buat kali pertama. Dengan darah dan lendir yang masih bersalut, nurse letakkan di pangkuan. Pelukan dan ciuman pertama buat permata hati ibu. Sungguh, airmata gembira itu terus saja mengalir. ALLAHUAKBAR. Bayi ini yang kukandungkan selama 9 bulan 8 hari. Bayi ini yang selalu bergolek-golek di dalam rahimku Bayi yang selalu terselit di bawah tulang rusuk ketika memandu. Kini telah lahir, untuk bersama memikul amanah. Untuk bersama menyelusuri denai kehidupan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Segala puji bagi ALLAH, atas nikmat yang diberikan kepada kami semua.

Ilham,
Bila dah mula berceloteh, susah sikit nak berhenti (macam ibu). :p
Dah pandai tengok TV. :)
Dah faham apa yang kami suruh. :)
Bila buka pampers dan baju, terus masukkan dalam bekas dan tong sampah. :)
Nak makan, suruh orang baca doa.;p
Selesai azan dalam TV, terus tadah tangan suruh orang bacakan doa. ;p

Ilham.
Kalau tengok budak kecil kat mana-mana, dia akan cakap sambil tunjuk diri sendiri " ni baby ilham" :)

Alhamdulillah.

Meskipun tidak selaju perkembangan orang lain yang sebaya dengan beliau, kami tetap bersyukur. :)

Walau macam mana sekalipun, dialah permata hati penyejuk mata kami. :)


Genap sebulan selepas kehilangan ayah tersayang, ALLAH hadirkan anak sebagai penyeri.
16 Mac 2012. Saat ayah meninggalkan kami, airmata turun membasahi pipi.
16 April 2012, Saat kelahiran mujahid yang disayangi, airmata ini mengalir lagi. Kenangan demi kenangan bersama ayah menerpa. Betapa gembiranya jika ayah masih ada untuk melihat anak pertama kami. Tapi ALLAH maha mengetahui. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Ada hikmah disebalik semuanya.

Tenanglah ayah disana.
Doa kami sentiasa mengiringi.
Walau tak pernah melihat wajah ayah, kami tak pernah lupa untuk tunjukkan kepada Ilham, siapa tok Ayahnya. Bercerita mengenai Tok Ayah yang sentiasa ada dalam hati ibu. Sentiasa mengingatkan Ilham bahawa Tok Ayah sangat penyayang. Meskipun Tok Ayah tegas, tapi kasih sayang Tok Ayah sangat dalam buat kita semua.


Rindu ayah.

Al-fatihah buat ayah tersayang,
Omar bin Arsad.





Selasa, 1 April 2014

Hidup Mengikut Landasan Yang Ditetapkan

Assalamua'laikum.

:)

Apa khabar sahabat sekalian? Sihatkah? Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA.

Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNYA.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w... Kekasih yang diingati, kekasih yang dirindui. Moga kita semua mendapat syafaat dari Baginda di hari penghitungan nanti.

***

Mac, bulan ujian, bulan penuh kejutan.

Satu persatu datang bersilih ganti.

16 Mac, dua tahun telah berlalu. Perginya ayah dari sisi kami semua. Pulang bertemu Pencipta.

Bulan Mac, punch card banyak lompang dan catatan. :) Semoga sakit itu menjadi kifarah buat kami.Ilham dan zauj silih berganti. Kejutan terbesar, ana pun tumpang sekali. 2 tahun lebih tidak merasai demam. Kali terakhir, sewaktu awal kehamilan dulu. Haish, lama sungguh. Bila dah lama tak demam, terkejut dengan penangannya. :) ALLAHu ALLAH. Sesungguhnya DIA maha mengetahui hikmah disebalik setiap yang berlaku. Nak bagi rasa, nak suruh faham. Bila kita jaga orang lain yang sakit, nak suruh sabar. :)

 Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH atas ingatan.

Sungguh, kita tak punya apa-apa. Segala yang ada hanyalah pinjaman semata. Harta, keluarga, kesihatan. Pinjaman semuanya...


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers