Rezeki

Rabu, 29 Januari 2014

Semoga dipermudahkan segalanya...

Assalamua'laikum :D

Apa khabar semuanya?

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita, dapat meneruskan kehidupan hingga ke saat ini.

Hujung minggu hampir tiba. Esok hari terakhir kita bekerja di bulan Januari. Pekeliling pun dah keluar, 3hb pun masih cuti. (bagi orang wilayah sahaja ye)

Alhamdulillah.

Cuti. Semoga kita dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya.

Cuti, ruang untuk bersama keluarga.
Cuti, ruang untuk eratkan silaturahim.
Cuti, ruang untuk kita tambah ilmu.
Cuti, ruang untuk kita lebih dekat denganNYA.

Kami, belum pasti kemana arah tuju.

Tapi yang pastinya, memang tak balik kampung. :( Sebab dah balik awal bulan 12, dah balik awal bulan 1. Jadi, kalau balik awal 2 ni, haishhhh, ongkossss.. Hehe.. Insya'ALLAH, dilain ruang waktu, kita usaha untuk balik kampung lagi.

Kepada sahabat yang balik kampung, atau bercuti, hati-hati ya. Semoga selamat pergi dan kembali. 


Ma'as salamah, wa ilal liqo'

(^_^)

Jumaat, 24 Januari 2014

Rasa Cinta Tak Boleh Dipaksa

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Segala puji bagi ALLAH, Yang maha Pemurah, Maha Penyayang. Tidak pernah berkira untuk melimpahkan kurniaaNya kepada kita semua.

C.I.N.TA

Bolehkah kita ungkapkan perkataan cinta pada seseorang yang kita tak kenal? Atau  mungkin kita hanya mengenali namanya, tanpa mengetahui akhlaknya, keluarganya, peribadinya? Hmm, pastinya tidak kan?

Begitulah sukarnya kita untuk mencintai rasul mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya kita tidak cuba untuk menyelami kehidupan dan peribadi baginda. Tidak mengetahui pengorbanan baginda untuk kita, demi menyebarkan agama Islam di pelusuk dunia. Kita tidak pernah cuba untuk mengenali susuk tubuhnya, tidak pernah membelek sirah tentang baginda dan para sahabat. Bagaimana untuk kita jatuh cinta pada baginda? Sedangkan di hari perhitungan kelak, kita sangat mengharapkan syafaat dari baginda s.a.w.... T_T

Kita, insan hina yang sangat banyak melakukan dosa. Kadang tanpa sedar, pun turut melakukan dosa. Apatah lagi dalam keadaan sedar.

Bila di jalanraya, pantang ada orang hon, pasti terdetik di hati, amarah menghantui diri. Kalau ada orang keluar simpang tiba-tiba, hampir melanggar kita, terus saja kita memaki, walaupun hanya secara sembunyi.

Astaghfirullahal'azhim.

Baginda rasulullah s.a.w sangat terpuji akhlaknya. Tak kira dengan kanak-kanak, dewasa, orang tua, mahupun dengan orang-orang yang selalu menentang dan membenci Baginda. Begitu banyak pengorbanan yang Baginda lakukan demi memastikan kita semua dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Meskipun Baginda telah dijanjikan Syurga, namun Baginda masih beribadat dengan bersungguh-sungguh, sehingga ada riwayat yang menyatakan, bahawa Baginda banyak solat malam sehingga bengkak kaki.

ALLAHu ALLAH.

Baginda yang maksum. Yang telah dijanjikan Syurga, beribadat sebegitu rupa. Tapi kita?? Usahkan nak solat malam, solat fardhu pun laju. zup zap zup zap, siap. Bacaan entah betul ke tidak. Doa pun laju-laju. Belek al-quran boleh kira berapa kali dalam sebulan. T_T. Selalu lupa... Lupa bahawa kita ni adalah si Pendosa. T_T

Apapun, alhamdulillah, ALLAH masih kurniakan ruang dan peluang kepada kita untuk berubah. Bertaubat. Masih beri peluang kepada kita untuk mencari redhaNYA, mengumpul bekalan sebelum ajal tiba.

Terima kasih ya ALLAH, atas kurniaan ini.
Terima kasih ya Rasulullah, kerana segala pengorbananmu demi agama Islam yang mulia ini.

Ayuh sahabat sekalian. Kita perlu berusaha sedaya upaya. Berkorban masa dan tenaga. Mengenal ALLAH yang Maha Kuasa. Mengenal Rasul yang mulia.

Kenali ALLAH, semoga iman kita makin bertambah, ibadat semakin hebat.
Kenali Rasulullah, semoga cinta akan terungkap, rindu semakin kuat.

Allahumma solli a'la muhammad wa'ala ali muhammad.


Khamis, 23 Januari 2014

Suatu Perjalanan

Assalamua'laikum.

(^_^)

Alhamdulillah.. Sehingga saat ini, kita masih diberi peluang dan ruang meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

tik, tok, tik, tok.

Masa terus berlalu. Pantas sekali. Bila tengok kalendar,ALLAHu, dah 23 Januari. Dah 23 hari dalam tahun 2014 ni rupanya. Tak sedar pun.

Kalut.

Ya, sedikit kalut. Keadaan kesihatan mertua yang agak membimbangkan. Urusan pernikahan adik ipar. Temujanji di klinik dan hospital suami dan anak. Notice board di pintu rumah dah agak penuh. :). Kilinik gigi, check-up umur 2 tahun, ambil ubat di farmasi. Haish, bila fikir-fikir tentang temujanji di klinik gigi tu, alahaiii, macam mana lah agaknya nanti? Ibu pun boleh bilang dengan jari bila je yang masuk klinik gigi nih. Nampak van klinik pergigian masuk pagar sekolah pun dah kecut perut. ;p Camnolah anak lelaki den ni nanti agaknya..

16 Mac 2014

Bila tiba tarikh ni, maknanya genaplah 2 tahun kepulangan ayah tersayang kepangkuan Allahu haq. Kembali kepada Sang Pencipta. Insya'ALLAH kalau tak ada aral, akak yang sulung dah cadang tarikh untuk buat tahlil, n buat makan-makan sikit sempena kakak yang nombor 3 dah dapat pindah balik daerah. Hmm, masih membuat perkiraan samada balik dengan kereta atau beli tiket jer. Semoga dipermudahkan segalanya.

16 April 2014

Usia anakanda bakal menginjak angka 2. Haih, macam baru saja melihat wajahnya yang kebiruan waktu melahirkan dulu. Dah nak masuk 2 tahun dah. Cepatnya masa. :D

Usia anak dah bertambah, maknanya usia ibu ayah juga semakin meningkat. Semoga terus dilimpahi rahmatNYA dalam setiap perkara sepanjang kehidupan.



Selasa, 21 Januari 2014

..'LAU KANA BAINANA'..

sumber: http://nisaputrajaya.blogspot.com/2014/01/kuliah-dhuha-eksklusif-untuk-wanita-lau.html

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita. Memberi peluang dan ruang kepada kita untuk terus mengutip bekalan menuju Syurga idaman.

Insya'ALLAH, pada hujung minggu ini, Nisa' Putrajaya dengan kerjasama Surau Wahbah Al-Zuhaily akan menganjurkan Kuliah Dhuha istimewa maulidur rasul. Maklumat program sebagaimana di bawah:

TARIKH: 25 JANUARI 2014 / SABTU
MASA: 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT: SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY, PRESINT 18R12 PUTRAJAYA.

Jamuan disediakan.

Jemput datang ramai-ramai ya. (^_^)

Semoga dipermudahkan pertemuan kita semua dalam majlis ilmu nanti.

Wassalam.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers