Rezeki

Khamis, 26 September 2013

Program Nisa' Putrajaya @ 29 September 2013

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2013/09/korban-cinta-29-september-2013.html



Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kami mengatur satu lagi program untuk kita sama-sama menimba ilmu.



Jom, set tarikh

TARIKH : 29 September 2013/Ahad
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana ya. :D

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Jumaat, 13 September 2013

Jumaat

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. :D

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Sebelum balik ofis tengahari tadi, nampak budak-budak lelaki jalan kaki, mungkin nak ke masjid untuk solat Jumaat.

Tersenyum sendiri. Teringat pada ayah. :D

Ayah, kalau nak pergi solat Jumaat, memang awal sangat!

Pukul 12 dah siap, dan suruh anak saudara ana yang 2,3 orang tu bersiap cepat jugak. Paling lewat ayah pergi masjid, pukul 12.30.;p

Katanya, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita.

^_^

Bila pukul 12 dah kena bersiap, adalah anak saudara yang mengamuk.

Haa, berani buat perangai depan ayah? Memang kena marah la jawabnya.;p

Ayah selalunya makan selepas balik dari masjid.

Takut mengantuk. :D

Anak saudara pulak, sebelum pergi masjid tu lah sibuk nak makan. Hoho.. Memang sajaaaa cari pasal dengan ayah. Awal-awal tak nak makan, asyik dengan game, tv. Dah disuruh bersiap ke masjid, baru ingat nak makan. :D Budak-budak.

Tapi tulah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, ye tak?

Kalau dah jadi rebung, baru nak lenturkan, memang tak menjadi lah..

Ayah, memang dari  dulu. Prinsipnya : biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita.

Alhamdulillah, prinsip tu melekat juga pada ana. Tapi, kadang-kadang tak jadi juga.;p Ada hal tak dapat elakkan, memang terpaksa biar orang menunggu. Huhu.. Rasa bersalah sangat..

Banyak teladan yang ayah tinggalkan untuk kami amalkan.

Semoga ilmu berguna itu bermanfaat kepada kami dan memberi pahala berterusan kepada ayah. Insya'ALLAH..

Jom, jadi hambaNYA yang bertaqwa. Setiap hari bertambah iman dan amal. Sama-sama kita usahakan.



Ma'as salamah.

Khamis, 12 September 2013

Hehehehe

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Dapat meneruskan kehidupan. :D

Baru dapat mesej.. Hehehehe..

 Ana tersenyum, eh, bukan senyum jugak lah.. Gelak kecil, kot... Hehehehe

Haa, lain kali, jangan berjanji ye... 

Dah janji, kena kotakan.

Ilham pun dah besar nih... 

Jom Ilham, jalan-jalan lagi. ;p

Ada orang nak tunaikan janji..

Alhamdulillah... ALLAH ketuk hati dia... Heheheheheh.. Tahu pun terasa..





Rabu, 11 September 2013

Cuti-cuti di Cameron Highland. :D

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia.

Semua sihat ke? Kalau tak sihat, jangan lupa makan ubat ya. Jaga kesihatan. Macam dah nak start musim tengkujuh. Hujan turun setiap hari dah sekarang.

Alhamdulillah, pada 7 September yang lalu (Sabtu). kami sekeluarga berpeluang menjejak kaki ke Cameron. Kali pertama untuk zauj dan Ilham, kali kedua buat ana. :D

Pengalaman berharga. Alhamdulillah.

Dulu, sebelum walimah, ada orang tu dah janji nak belanja pergi Cameron. Katanya hadiah walimah. Tapi, sampai sekarang tak tunaikan lagiiiii. Haaa, sape yang terasa, dia lah tu.... Tunaikan, tunaikannn.


........

Kami gerak dari sini dalam pukul 7.15 pagi. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Ilham tidur. Tapi lepas rnr Tapah, dia bangun. Makan-makan, lepas tu muntah. Hehe. Kesian anak ibu. Belum apa-apa dah mabuk. Lap-lap, bagi air, tidur lagi. Sampai RTC Simpang Pulai. Masa tu dalam pukul 11 pagi. Singgah di RTC, makan-makan. Biarkan Ilham berlari sesuka hati buat macam rumah sendiri. :p

Di Stesen minyak, tiba-tiba ada seorang pakcik tegur Ilham. Hehe, rupanya masa dia pandang Ilham, Ilham senyum2 kat dia. Bukan main happy lagi pakcik ni. Dia cakap " alahai, awak ni. Cantik lah. Senyummm je. " Hehe. Lepas tu Ilham tengok peti ais krim. Dia terus tanya Ilham, nak ais krim yang mana satu. Dia pilih-pilih, pastu ambil ais krim Drumstik keluaran Nestle tu. Perisa coklat. Allahuakbar, rezeki tak disangka-sangka. Untuk Ilham. :D

makan sampai comot. Heheh.. rezeki.. :D

Dalam 12 lebih juga baru gerak ke Ipoh, rumah kakak Comel. :D Angkut beg masuk kereta Kak Isma, dan terus ke CH. Jarak dari Ipoh ke CH lebih kurang 9o km. Jalannya, mengancam! Hehe. Kalau jenis mabuk, better sediakan minyak angin awal-awal ya. :D Alhamdulillah, sepanjang perjalanan naik dan turun dari CH, Ilham tidur dengan lena. :) Kalau tak, muntahlah rasanya.

Sampai CH, terus ke hotel. K.Isma memang dah tempah hotel ; Kavy Hotel. Tapi, kami terpaksa tukar hotel lain, sebab bilik di hotel tu berbau. Hmm, rasanya bau kayu. Memang kuat sangat. Bilik tu tak ada tingkap, ground floor, jadi memang bau dia kuat sangat. pheww.. Kalau on kipas, ok, tak berbau. Tapi bila bawak budak kecik, nak on kipas 24 jam, fikir banyak lah kan. Tempat sejuk macam tu, on kipas kejap pun dah rasa kaku.;p.  Jadi, pilihan terbaik, cari hotel lain. Alhamdulillah, ada. Hotel Kowloon. Jauh sikit dari pasar malam CH. Kalau Kavy Hotel tadi, dekat je. Jalan dalam 60 langkah pun dah sampai. Hehehe..

Dah naik hotel, selesai khidmat diri, kami turun cari makan. Ada medan selera depan hotel. Order makanan; nasi putih 5, semangkuk tomyam untuk 2 orang makan, telur dadar sebiji, kailan ikan masin sepinggan (sikit jeee), ikan siakap 3 rasa.. Air pulak; teh o panas, radix 3 paket, barli suam, limau ais. Harganyaaaa, fuhhh.. telan air liur... RM97.50! Dasyat sungguh... Kalau makan ramai2, tak terasa sangat. Tapi kalau makan untuk 4 orang dewasa, 1 budak macam ni, n order pun biasa2 je.. Rasa mahal sangat. :p. Tak pelah, rezeki kedai tu.. Tapiii, memang sekali ni jelah pergi makan kedai dia. ;p Lain kali dah tak makan kedai dia lagi dah. Huhu.

Nama kedai ada kat papan putih tu. ;p

Bila dah selesai makan, gerak ke tempat Cactus.. Lupa nama tempatnya..dalam pukul 545.. Berhenti kejap, ambik gambar, pusing-pusing.. Kemudian kami gerak ke Butterfly Garden pula. K. Isma nak bawa ke tempat satu lagi sebenarnya, tapi dah tutup. ;p. Jadi, kita masuklah kat mana-mana yang boleh. :D Ilham seronok tengokkk Ikan! hehee. Bukan pandai lagi nak tengok rama-rama ni semua.. Ikan dia tahulah.;p

"Fish, fish.."


"Peace"
~ acik Syirah cakap Ilham nampak matang, dah boleh jadi abang. Heheheh Ibu senyummmm jer ~


Tengok fish lagii.. ralit


Mana-mana tempat yang ada air, memang Ilham akan berhenti lama. Nak tengok ikan. :D

Keluar dari Butterfly Garden, kami singgah di Pasar Malam. Duk pusing-pusing cari parking, lebih 30 minit rasanya. Pheww... Ramai betul orang. Patutlah orang cakap pasar malam kat CH ni tumpuan utama. :D Kalau pergi CH, tak singgah pasar malam, tak sah. :D Dah dapat parking, pergi pasar malam. Huhu, bahaya betul. Lorong sempit, berhimpit-himpit. Tak suka. Berhenti tepi dulu, tengok ada ruang, cepat-cepat jalan n cari barang. Bali magnet lawa-lawa. ;p Bukan nak bagi kat sesiapa pun, hehehe. Untuk Ilham je. ;p Ilham suka magnet lekat-lekat di peti. Bali makanan sikit, n baju jugak. Oh, baju kak Isma belanjer.. :D jazakillah ya ukhti. :D Kalau tahu nak belanje, awal-awal lagi pilih baju banyak2. Hehe.. Gurau jer.

Selesai di pasar malam, balik hotel, rehat. Masa tu dah Isyak :D Alhamdulillah. Penat + seronok. Ilham, basahkan badan sikit, tukar pakaian, bagi makan + susu, naik atas katil terus lena. :) Penat betul tu. Hee.

8 September 2013 (Ahad)

Jam 8.30 pagi kami check-out dari hotel. Singgah makan roti canai di kedai depan hotel. :D Alhamdulillah. Lepas tu gerak ke Cameron Valley. :D k.Isma belikan scone! Alhamdulillah, tercapai hajat nak makan. ;p Duk baca adik Syirah tulis pasal scone, teringin nak mencuba. :D Tapi sempat makan satu je. Mungkin sebab kenyang lagi. 1 lagi bawak balik. Tapi tertinggal pulak di Ipoh. Huhu. Tak de rezeki.

Di Cameron Valley, Ilham tidur. Tak banyaklah gambar, :D

Lena betul

Zauj bawak Ilham. Tengok pemandangan ladang teh. Masa ni lah ana mula sakit kepala/pening. Gayat yang terlampau. hoho. Memang kalah dengan tempat tinggi. 

Hehe, comel je. Letak atas kerusi pun lena lagi.;p Ilham memang tak bangun langsung masa di Cameron Valley ni. 

Dah selesai di CV, kami gerak ke Kea Farm. Beli jagung dan mainan untuk Ilham. Seterusnya singgah depan Rose apa namanya, lupa pulak. Ada deretan kedai tepi jalan nak masuk tempat Rose tu.. Ada sayur murah-murah. :D Tapi ana n zauj tak beli sayur pun. Dah tak muat kereta. Hehe. CUma beli magnet, bunga dan bantal untuk Ilham. :D

Dan seterusnya, kami bertolak pulang ke Ipoh. Eh, k.Isma ada berhenti kejap. Beli madu dan petai + rebung di gerai/pondok orang asal CH. Banyak tepi-tepi jalan tu.

Hujan renyai-renyai menemani perjalanan. :D Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai Ipoh. Lepas makan dan khidmat diri serta solat, kami gerak ke Putrajaya. Lebih kurang jam 8.30 malam , sampai rumah.

Alhamdulillah. Perjalanan yang bermakna. Banyak pengalaman dan pelajaran baru buat kami. Ilham, beruntungnya kamu, nak. Di usia semuda ini dah dapat banyak pengalaman. :D Ibu ayah dulu, mana sempat merasa lagi. Hidup kami susah. Dah besar/tua macam ni, baru nak kenal tempat orang. Ibu dapat pergi Johor pun sebab ayah kerja sana dulu. Hehe, kalau tak, tak jejak kaki lagi kot.;p Insya'ALLAH, andai tiada halangan, kita ke Johor pula nanti ya. Ilham belum jumpa keluarga angkat ayah kat sana. Ramai saudara kita kat sana. :D Acik Khalidah pun ada. Hehe.. Acik Jan di Melaka, kalau sempat, kita singgah sana ya. Insya'ALLAH, kalau ALLAH izinkan, kita sampai nanti.

Sekian saja catatan perjalanan kali ini. Baru lepas telefon Mek, gembiranya... Insya'ALLAH hujung Oktober ni akan balik Kelantan, berdua dengan Ilham. Ayah balik

Ma'as salamah, wa ilal liqo' .:D

Jumaat, 6 September 2013

Bersyukurlah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, jemari ini masih bergerak. Mata ini masih berkelip. Jantung masih berdegup. Alhamdulillah, nyawa masih setia dengan jasad. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang meminjamkan semua ini kepada kita.

Bersyukurlah.

Bila harga minyak naik.
Bila harga barang naik.
Bila semuanya memberi tekanan kepada kita.

Bersyukurlah!
Malaysia masih aman.
^_________________~

Kalau tak mampu bayar, isilah minyak mengikut kemampuan. T__T
Kalau tak mampu beli ayam seekor, kita beli ayam sebelah je. T___T
Kalau tak mampu beli nasi lemak sebungkus, kita makan roti je. T______T

Moh ler kita pakat tanam sayur, bela ayam. :D


Ma'as salamahhhhhhhh

Wa ilal liqo'

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers