Rezeki

Isnin, 24 Jun 2013

JEREBU : Jadikan sebagai ingatan

Sumber : http://saifulislam.com/2013/06/jerebu-bencana-dukhan-dan-amaran-tuhan/

Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Al-Rum 30:41]

Apa yang sedang Allah bicarakan dalam musibah?
Kerosakan itu hasil kerja tangan manusia sendiri. Dan bencana kerosakan yang dialami pula, baru sedikit. 

Tangan manusia mampu menghasilkan bencana yang berganda-ganda lagi. Bencana datang bukan untuk menghukum. Tetapi mahu menyedarkan.
Agar kita kembali.
Bagaimana pula dengan asap jerebu?

Langsung teringat kita kepada apa yang berlaku di zaman Nabi sallallahu alayhi wa sallam seperti yang disebut di dalam surah al-Dukhan:

dukhan

  • Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)

  • Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.

  • (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”.

  • Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

  • Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”
  • Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).

  • (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).

BENCANA KAUM MUDHAR

bones

Berkenaan ayat 10 hingga 14, Al-Bukhari (hadith 4821) dan Muslim (hadith 2798) mendatangkan riwayat Ibn Mas’ud radhiyallahu anhu bahawa sesungguhnya kaum musyrikin Mudhar apabila mereka berkeras mengingkari seruan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam dan menentang baginda dengan segala bentuk keangkuhan dan kekejian, Baginda telah mendoakan mereka kemarau yang pedih seperti yang pernah menimpa umat manusia di hari-hari pemerintahan Yusuf alayhi al-Salam. Lalu mereka ditimpa dengan kemarau yang teruk hingga ke tahap menampung makan dengan menjamah tulang.

Ketika itu, langit mereka diselubungi asap tebal yang menyeksa. Kaum Mudhir mendatangi Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam merayu agar Baginda memohon kepada Allah agar diturunkan hujan untuk kaum Mudhar kerana sesungguhnya belenggu asap itu memusnahkan mereka.

Baginda telah memohon kepada Allah dan Allah memperkenankan permohonan baginda.
Hujan turun.

Al-Bukhari mendatangkan riwayat yang menyambung kisah tentang ayat ke 15 dan 16.
Setelah asap itu hilang, kehidupan kembali normal, mereka kembali kufur kepada Allah.

“Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).”

nilai

Datang musibah, ingat Tuhan.

Dilepaskan sedikit daripada kesusahan, kembali kufur dan lupakan Tuhan.
Duhai bangsaku, jangan sampai Tuhan ‘berdendam’ dengan kita!
Kembalilah!

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Selasa, 11 Jun 2013

Jangan Pandang Rendah Pada Orang Lain

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang



- koreksi diri-


Jumaat, 7 Jun 2013

Cukuplah ALLAH bagiku

Assalamua'laikum.


Insya'ALLAH. :D

Rabu, 5 Jun 2013

Program di Masjid Putra @ 9 Jun 2013

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Hari ni nak berkongsi 1 program dengan semua.

Jom, serang Masjid Putra hari Ahad ni. Banyak aktiviti menarik sedang menanti. :) Penyertaan terbuka kepada semua. Macam-macam ada. Hadiah pun lumayan.;D Boleh hubungi pihak masjid untuk mendaftar. Jangan lupa ya. :)



NAMA PROGRAM : PROGRAM SEHARI BERSAMA JAMAAH
TARIKH : 9 JUN 2013 (AHAD)
MASA : 7.OO PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : MASJID PUTRA, PUTRAJAYA.



Selasa, 4 Jun 2013

Hati-hati Menutur Kata

Assalamua'laikum. :)

Semoga dalam kasih sayang ALLAH sentiasa.

Alhamdulillah, ALLAH panjangkan usia. Jom gunakan sebaiknya untuk mencari redha ALLAH.


Hati-hati dalam menutur kata.
:)
Ada orang, hati kebal. Tak kisah kalau kita tegur 'direct' tentang kesalahan dia.

Tapi ada orang hati lembut. Perlu ditegur dengan kata yang penuh hikmah, cara paling berhemah. Kerana jiwanya mudah terluka. :)

Ada juga orang yang ikut masa dan siapa yang berkata-kata. Ada masa dia kebal, ada masa dia lembut. Jadi perlu tengok keadaan dan emosi dia pada ketika itu. Teguran perlulah bersesuaian.

Kebanyakan orang, tidak suka ditegur secara kasar. Menggunakan kata-kata yang menyakitkan. Itu boleh menjadikan mereka semakin keras hati, memberontak dan terus melakukan kesalahan.

Orang yang menegur mungkin tak sedar. Kata-kata mereka boleh melukakan hati orang lain. Niat mereka ikhlas ingin membantu orang yang ditegur kearah kebaikan, tapi tanpa sedar mereka semakin menjarakkan. Orang yang ditegur semakin menjauhkan diri.



Jom sama-sama koreksi diri. Adakah kita telah berdakwah dengan penuh hikmah dan berhemah, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w?

wassalam


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers