Rezeki

Jumaat, 29 Mac 2013

:) Santai

Assalamua'laikum.

Semoga sihat sejahtera hendaknya.

- Anak buah yang comel. ;p gambar 14 tahun yang lalu -
Duk atas tangga, tempat kami sekeluarga selalu minum setiap petang


Tengahari tadi balik rumah. Dalam perjalanan, nampak ada sekumpulan budak lelaki lingkungan umur 10 tahun, ada dalam 5-6 orang berjalan kaki tepi jalan. Berjalan sambil sembang-sembang.

Terus teringat kenangan lama, dan terfikir ; kalau budak-budak ni duk di kampung, mesti seronok. Pagi-pagi keluar cari buah jambu, pasang perangkap burung punai, pancing ikan. Heee. Balik tengahari, makan solat rehat. Petang dalam pukul 4-5, keluar main lagi.. Gi padang, main bola. Takpun kejar-kejar, kayuh basikal keliling kampung. ;p

Dulu, suka sangat bila musim cuti sekolah. Boleh main dengar gumbira. Kadang-kadang ada ustaz datang bagi borang kat ayah. Ada ustaz ustazah datang buat kelas fardhu ain kat kampung sebelah. Jalan kaki ramai-ramai, pergi kelas. Dalam 4 km, jalan kaki. Tak terasa sangat penatnya. Sebab banyak lari dari berjalan.;p Penat lari, baru jalan. Tak lupa beli ais krim pop. Hehe, seorang beli 5 batang, buat bekal. Dahaga kan jalan jauh. Lari laju-laju, pastu duduk bawah pokok, sambil makan ais krim pop, tunggu kawan-kawan yang lambat..hehehe.. Patahkan aiskrim pop, makan satu-satu.. Nikmat!

Kerja sekolah, cikgu bagi banyak-banyak. Petang, lepas ngaji, buat kerja sekolah ramai-ramai dekat tangga rumah tok guru ngaji. ;p. Tok guru pun hidangkan air teh dengan biskut. Seronok! Dah la boleh tiru-tiru jawapan, dapat makan free pulak. Ahaha. Kalau tak siap hari ni, petang esok bawak lagi. Alaaa, cuti kan lamaaaa.. ;p

Kalau pagi-pagi, mak tak bagi keluar pi mana-mana, duduk atas tangga depan rumah sambil baca buku. Tengok orang jalan, naik motor nak pergi menoreh... Tegur orang tu, orang ni. Heehee, suka. Tambah pulak kalau orang puji. Ohoiii, sape tak suka bila kena puji, kan? Heeeeee

Kadang-kadang, tangga depan rumah tu jadi tempat makan, tempat tidur. ;p. Duk kampung, bukannya ramai orang lalu depan rumah. Heeeeee, memang seronok lah boleh duk berkelah depan rumah macm tu. Memang selalu pun, petang-petang, satu keluarga duk minum air teh cicah biskut atas tangga depan rumah. Bila ada orang lalu, ayah ajak singgah, minum air teh cicah biskut. :)

Hee, seronok kan duk kampung? Jiran tetangga semua rapat, macam sedara mara. Kalau tak cukup apa-pa kat dapur, haa, tak malu pun nak pergi minta.. Kalau belakang rumah jiran ada bunga kantan, ada pucuk ulam, haa, mintak je. :) Hehe, rindulah kat kampung.



Zauji tak sempat merasa semua tu. Jalan cerita dia lain.. Maklumlah, orang bandar.. Ahaha. Sebab tu dia seronok balik kampung ana. Boleh petik buah fresh dari kebun, mandi air kolah yang sejuk macam ais. Heee...

ALLAH dah aturkan yang terbaik. :) Yang tak pernah rasa hidup di bandar, dapat rasa. Yang tak pernah rasa hidup di kampung, dapat rasa jugak. :). Complete each other. :) Alhamdulillah

# Ilham, ibu tak sabar nak bagi merasa main air kolah rumah che wal yang sejuk tuuuu ..heeeeeeeeee

Khamis, 28 Mac 2013

Kalau tak rasa, kita takkan tahu

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita semua. Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNYA sentiasa.



Kehidupan adalah medan tarbiah. Setiap hari kita dapat ujian yang berbeza, ilmu yang berbeza.

Semua orang akan lalui fasa yang sama, cuma jalan cerita tak sama. :)

Dulu, manalah nak ambik tahu pasal jaga budak kecik.

Tapi sekarang, haaaaa, kalau tak tahu, memang cepat-cepat telefon keluarga, kawan-kawan, tanya.


***
Demam

Tanda-tanda bayi kekurangan air dalam badan / dehydrated:
- Mata cengkung / dalam
- Bila cubit, lambat hilang garisan-garisan
- Ubun-ubun akan lekuk
- Badan tak bertenaga

Bila bayi demam, selain ubat-ubatan, kita boleh kawal suhu badan dengan:
- guna daun bunga raya... Ramas-ramas sampai keluar lendir, campur dalam air, lap badan dia.
- guna air asam jawa... Campur asam jawa yang dalam paket utk masak tu dengan air, lumurkan di badan bayi.
- Sentiasa jelum kepala bayi / lap seluruh tubuh. Tempat tumpuan kalau suhu tinggi : Kepala, bawah lengan (ketiak), celah paha, lipatan lutut. Doktor cakap banyak urat-urat besar kat sini.

Bila nak lap badan bayi, gunakan air suam. Takut saraf 'terkejut".


***
Kalau ada masalah 'nappy rashes"

Biasanya kita beli krim di farmasi. Setakat ni, yang serasi dengan Ilham, krim keluaran Pureen. Yang tiub warna pink. Alhamdulillah.

Tapi, nak senang, dan antara cara yang kita boleh guna untuk mencegah :
- Bila nak pakaikan pampers pada anak, gunakan pelapik / nappy liner.
- Sapu tepung jagung atau tepung ubi sebelum pakaikan pampers.
- YANG PENTING, jangan biarkan anak pakai pampers yang sama dalam tempoh masa yang lama. Huhu.. kalau tak, pakailah apapun, merahhh la jawabnya.

***

Bukan mudah nak membesarkan seorang anak. Lebih-lebih lagi anak pertama. Banyak perkara yang kita tak tahu. Bila dah kena, barulah nak mencari, nak tanya. Heeeeeee... Ana lah tu.

Sekarang ni musim selsema n batuk. Dengar Ilham batuk malam-malam, haih, kesian sangat. Semoga cepat sembuh anakku. :)


Rabu, 27 Mac 2013

Random

:) Assalamua'laikum.

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.



Alhamdulillah, kami bertiga sihat walafiat.

2 Minggu lepas, Ilham kurang sihat. Cirit birit, kurang makan minum, kembung perut, demam, selsema, batuk. Macam-macam, silih berganti. Alhamdulillah, sekarang dah sihat. Ceria. :) Kembali berselera, semua makanan dia nak. Heeee.

Alhamdulillah, zauji pun dah dapat penempatan. Tempat yang terbaik, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya. :)

Sekarang, saat ini, jiwa bergelora. Hoho. Baru saja dapat tahu nak kena tukar bos. . Apapun, setiap percaturan ALLAH tak ada kekurangan. Sentiasa yang terbaik! Bersedialah. Mungkin bos baru nanti lebih baik dari sebelumnya. :D Rabbi yaseer wala tua'sir.

Lebih kurang 19 hari lagi, Ilham akan berusia 1 tahun. ALLAH, kejapnya masa berlalu. Kadang tak sedar. Macam mana kita melalui setiap saat dalam hidup kita. ALLAHu ALLAH.

Lahad Datu
- masih belum selesai. Teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita di sana dan seluruh dunia.

Balik kampung
- Hmm, tak tahulah bila boleh balik. Zauji susah dapat cuti. Jadual untuk Ramadhan n Syawal pun dah dapat. Heee, nampaknya raya Idul Fitri kali ni kami beraya di sini lagi. biskut raya, biskut raya, gulai ayam kampunggggggggg.. uhuk, uhuk

 Ok lah, semoga kita semua dalam perlindunganNYA sentiasa. :)

Wassalam.




# kami pengedar Air Mineral ni. Sesiapa yang berminat, berada sekitar Puchong, Putrajaya, Bangi, Serdang, bolehlah hubungi untuk membuat tempahan ya. Sebarang pertanyaan, boleh telefon/SMS. Jangan segan-segan. :D




Khamis, 21 Mac 2013

JEMPUT DATANG RAMAI-RAMAI @ 23 MAC 2013


SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2013/03/sembang-dhuha-wanita-hak-dan-peranan.html

Assalamua'laikum


Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan.

Insya'ALLAh, dengan izinNYA. pada hujung minggu ini, kami akan membawakan kepada anda Program Sembang Dhuha. 

TAJUK : WANITA : Peranan dan Hak
MASA : 9.OO pagi hingga 12.00 tengahari
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Putrajaya.
PANEL : Ustazah Norhafizah Musa & Ustazah Suraya Mohamed

Jemput datang ramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang.
Ketahui apa peranan dan hak kita sebagai wanita!

Jumpa nanti ya.
Wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Jumaat, 15 Mac 2013

Genap Setahun

Assalamua'laikum.

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAh sentiasa hendaknya.

Esok, 16 Mac 2013.
Genap setahun kepulangan ayah ke rahmatullah.

Rindu pada ayah.
Kenangan demi kenangan.
Cerita duka dan duka.

Orang tanya
"kenapa nak kenang lagi orang yang dah tak ada?"
Ketahuilah
"mereka yang belum merasainya takkan tahu"

Semoga ayah tenang di sana.
Rindu tak berpenghujung buat ayah yang disayangi.
Tiada galang gantinya kerana hanya dia sahaja ayahku dunia akhirat.

Kepada yang membaca,
harap dapat sedekahkan al-fatihah buat ayah ana,
Omar bin Arsad.
13 Mac 2012 - 13 Mac 2013.




Tahun lepas, 
13 Mac 2012, Jumaat, jam 930 malam.
Dapat panggilan dari kakak bagitau ayah dah meninggal
Terus berkejar pulang ke Kelantan.
Dengan usia kandungan mencecah 9 bulan.
Esok, anak yang dikadung tersebut akan berusia 11 bulan.
Cucu pertama dari anak bongsu, yang tak sempat ayah tengok.

Al-fatihah


Selasa, 5 Mac 2013

JANGAN!!

Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah Maha Penyayang




Doa Kita Diperlukan

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia.



Di kaca televisyen, rata-rata menyiarkan tentang peristiwa bersejarah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Tiba-tiba sahaja.

Dalam sekelip mata, ada tembak menembak. Ada kematian. Ada kemusnahan. Perintah darurat. Kekurangan bekalan makanan.

Jika ALLAH izinkan, apa saja bakal berlaku.

Sama-sama kita doakan. Semoga saudara seakidah dan saudara-saudara yang masih belum memeluk Islam selamat dari sebarang musibah.

Doakan agar mereka di sana terus diberi kekuatan dan kesabaran.

Doakan agar semua ini dapat diselesaikan dengan segera.

Doa senjata mukmin.

Andai tak mampun angkat senjata, jangan kedekut untuk angkat tangan, aminkan doa!

Hari ini, giliran mereka. Mungkin esok lusa, kita yang akan merasa.

Siapa tahu, kan??


Beberapa orang sahabat, ada keluarga di Lahad Datu.
Mereka sedang bertarung dengan perasaan tatkala memikirkan keselamatan kaum keluarga di kampung.
Tak mampu menolong, hanya mampu mendoakan dari jauh.
Hanya mampu memberikan bahu untuk menongkah kekuatan yang bersisa.
Semoga ALLAH perkenankan doa kita semua.
~ doa banyak-banyak dalam hati. Doa kepada orang tanpa diketahui mereka yang didoakan, insya'ALLAH dimakbulkan.. Doa,doa, doa..   ~

Jumaat, 1 Mac 2013

Penunjuk Mengaji

Assalamua'laikum.


Pernah buat sendiri tak?
Guna tali plastik pengikat  kotak ni? Heeeee

Dulu, plastik ni senang je nak cari. Maklumlah kami peniaga. Bila mak beli kertas, atau barang dalam kotak, mesti ikat dengan tali plastik ni.

Bila ayah potong, terus simpan. Nak buat penunjuk masa mengaji. Heeee

Tak tahulah orang negeri lain panggil apa.
Tapi kami biasa panggil "penunjuk'.
Bila nak mengaji, guna plastik ni lah tunjuk kat setiap huruf tu.
Selalu buat banyak-banyak, bagi pada kawan-kawan masa kelas fardhu ain n masa mengaji di rumah.
Heee, suka.

Dulu nak cari batang buluh yang cucuk sate tu macam jarang la sangat boleh jumpa.
Sate cucuk dengan lidi kelapa macam batang penyapu tu je.;p
Jadi, ini lah yang paling senang nak dapat n buat.
Masa mengaji, duk lipat-lipat sambil tunggu giliran tok guru panggil.
Pastu rosak, tukar yang lain pulak.
Kan buat banyak?? ehehe. 
Macam-macam kenangan masa budak-budak comot.;p

Semalam ambik kertas A4, 5rim. Dapat lah 1 kotak, dia ikat guna tali ni.
Terus teringat kenangan dulu-dulu.
:)


Rindu Pada Anak Soleh

Assalamua'laikum.

Entry bergambar. Heeeee, sangat banyak.

Rindu sangat dengan budak tecik yang soleh ni. Hari ni hari ke-5 duk di Taska. Alhamdulillah, semakin ok. Dah 2hari tak menangis masa hantar pergi taska. Alhamdulillah.

Semoga Ilham soleh sentiasa, dilindungi ALLAH hendaknya.

Masa hantar dan bali, suka sangat duk dalam carseat. heheh. comel! Bila bawak kereta kirin kanan macam jalan tu kita punya (;p), dia lagilah suka.. ahaks.

Kena buli dengan ayah..hee

Ibu pulak buli Ilham.. Pakaikan baju cantik2..;p.. Nak buat macam mana, memang ada dalam set pakaian tu warna pink. Pakaikan je.. comelsss.;p stoking kuning! hoho

Pertama kali makan bubur.. nyum..nyumm

muka budak comel baru bangun tido... heee

Dapat jumpa acik Ekin dan pak cik Aminn serta adik Aliya yang comel.. tapi Aliya nangis sebab abang Ilham tak nak kawan dengan adik..huhu

Ikut ibu ayah pergi jalan-jalan. rambut halusssssss je. hehe

Posing bukan main.;p mata ngantuk.hehe

Suka sangat duk depan cermin.. ayah cakap ikut perangaiiiii ibu.....holaaa

Jalan-jalan lagiiii.. suka tengok kereta jugak. :)

Ilham takut tengok mainan warna kuning tu. Ayah makin suka menyakat.
(rupanya memang semua mainan bentuk haiwan Ilham takut.;p)

Mohon simpati..;p Tak boleh merangkak sebab licin. ;p

Hamboi,,,;p

Geram sungguh dengan budak comel ni. Hehe

Semalam tido awal, pukul 7.45 dah lena.. Sekali, pukul 1 bangun nak main.. hoho.. Sampai pukul 2 lebih, baru tido semula. Terbaik lah anak ibu. Ajak ibu qiam ya?

Semoga terus membesar dengan sihat, dirahmati dan dilindungi ALLAH sentiasa. Jadi anak soleh wa musleh!

Sayang Ilham, sokmo. :D

Doakan Ilham ya sahabat sekalian. :D

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers