Rezeki

Khamis, 28 Februari 2013

Mahukan Yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Apa khabar jasmani? Apa khabar rohani?

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. Semoga setiap hela nafas kita dalam redhaNYA sentiasa. Allahumma aminn.

***

Setiap orang, pastinya sentiasa mahukan yang terbaik.
Cari ikan di pasar, pilih yang paling segar.
Cari kain di kedai, pilih yang paling menarik dengan harga yang terbaik.

Semua orang memang nak yang terbaik kan?

Dalam segenap perkara yang kita MAHUKAN, terbaik itu pilihan pertama.
Tapi, biasanya perkara yang kita LAKUKAN, terbalik jadinya.

Nak dapat tempat pertama dalam kelas, tapi malas berusaha.
Nak dapatkan ikan yang segar, tapi pergi pasar bila matahari dah tegak berdiri.

Macam mana tu?

Sama juga konsepnya bila kita dengan ALLAH.

Nak macam-macam. Nak segera. Nak yang terbaik.
Tapi amal? Akhlak? Adab?

ALLAHu ALLAH.



Jom koreksi diri. Ubah kepada yang lebih baik.
ALLAH itu sangat baik. Maha Pengampun. Maha Penyayang.

Andai kita merasakan diri penuh dosa dan noda,
ingatlah, keampunan ALLAH itu lebih luas dari segala yang ada dilangit dan bumi.

Amal ISLAM 100%.
Jangan ambik yang mana suka sahaja, yang tak suka letak ditepi.


Jadi hambaNYA yang terbaik.
Beriman dan bertaqwa.
Jangan hanya tahu MEMINTA yang terbaik!

Isnin, 25 Februari 2013

UBAH SEKARANG!!

Salamun 'alaik.

:) Senyum..

Semalam jumpa sahabiah yang dah agak lama tak jumpa. Kebetulan ziarah naqibah di hospital TAR, Klang.

Banyak juga bersembang. Tiba-tiba, sahbiah tanya " sekarang dah berapa bulan?"

Ingatkan tanya pasal Ilham, jawablah dah 10 bulan. :)

"Eh, bukan Ilham lah.. Ni haa, ada baby kan? "

Heeeeeeeeeeee, tergelak.  Sahbiah terus mintak maaf. Zauji dah senyum-senyum kat belakang.

"Akak, Ilham belum nak jadi abang lah.;p"

Hehe, memang dah ramai tanya pasal ni. Di pejabat, kawan-kawan.. Rasanya dah lebih 40 orang yang cakap macam tu.

Nampak sangat berat badan naik mendadak nih. Adeh..

Perlu lakukan perubahan! Ubah sekarang!!



Jumaat, 22 Februari 2013

Teruskan...

Teruskan melangkah,
biar apapun halangannya

Dunia hanya persinggahan
tempat kita mencari bekalan.


Sahabat,
semoga ukhuwwah kita terus bersemi
berpaksikan ISLAM tercinta

Teruskan melangkah
dengan penuh gagah.

Jangan mudah mengalah
hadapilah duka dengan tabah.



Hidup ini, penuh dengan lakaran
bermacam warna dan juga corak

Kadang menaik, kadang menurun
Itu sudah suatu ketentuan

Semoga langkah kita tak mudah goyah
dengan apa saja mendatang.

Ujian tanda kasih dariNYA.
Ujian penguji keimanan kita.




USRAH NISA' PUTRAJAYA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam kalungan kasih sayangNYA sentiasa.

Insya'ALLAH, hari Ahad nanti ada usrah. Jom, bersama kami. :)

Semoga dipermudahkan urusan pertemuan kita semua.


Khusus untuk ahli Nisa' Putrajaya yang berumur 14-40 tahun.

Pot luck dialu-alukan. :D

Jumpa nanti ya.

Wassalam

Isnin, 18 Februari 2013

Satu Perjalanan Usia : 10 Bulan

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan.

Hari Sabtu lepas : 16 Febuari 2013/ anak soleh kami sudah genap usianya 10 bulan. Alhamdulillah. Semoga hidupnya dilimpahi rahmat dari yang Esa.

Terasa sekejap sahaja masa berlalu. 11 bulan yang lalu, ayah kembali ke pangkuanNYA. Terasa masih baru sekejap tadi menatap wajah ayah buat kali terakhir. Rindu pada ayah. Al-fatihah.

10 Bulan. Di usia ini, Ilham soleh :
- pandai pegang telefon, letak di telinga. Pastu buat suara macam menegur orang (padahal kalau bagi telefon bila tok wan atau mok telefon, suka buat muka pelik.. hehe, pelik dengar suara tapi tak nampak rupa.;p)
- kalau nak susu, letak tangan di mulut, buat bunyi macam hisap botol.. cuppp, cuppp.;p
- kalau lama sangat dekat luar, sampai rumah macam orang dah lama tak balik. Gembira betul. Lebih-lebih lagi kalau masuk tengok tempat tidur.. Berguling-guling sambil gelak sakan. :)
- Suka masuk dapur tolong ibu masak. Kemas-kemas barang dalam kabinet. Keluarkan barang-barang :)
- Suka sangat kalau orang buka peti. Boleh menangis kalau tak bagi dia jenguk dalam peti sekejap.;)
- Suka 'lipat semula' baju yang ibu dah lipat. Uhuk
- Dah tak suka makan nestum/nasi yang diblend. Kena masak bubur / nasi lembik. Selalu jugak masak ketupat nasi, makan dengan kuah sup.
- Masih suka makan nasi dengan kentang. :)
- Dah tak berapa gemar pakai baju lengan panjang. ;p. Panas kot, lagipun Ilham cepat berpeluh. Heeee. Masyammm
- Nak pakaikan pampers, memang kena berdua sekarang. Kalau sorang-sorang, kena pegang betul-betul, bagi dua, tiga jenis barang bagi Ilham pegang. :)
- Masih merangkak dengan sangat laju. Takut nak melangkah walaupun dah boleh berdiri dengan lama sambil tepuk-tepuk tangan. :)
- Tak suka / geli kalau nampak mainan bentuk haiwan. ;p (teddy bear, kuda, katak, monyet, kucing)..hehe dah lama perasan, tapi semalam memang sangat ketara. Nampak sangat gelinya.;p
- Kalau bawak ke program/jumpa orang ramai, ok je. Mula-mula kalau orang dia tak pernah tengok nak ambik, terus pandang muka ayah dan ibu, (macam raih simpati, jangan bagi orang ambik dia). tapi bila dah berdukung, ok je. Dah tak pandang ayah ibu. Suka. :)

(rindu saat ini.. beberapa jam selepas kelahiran.. :D )


Alhamdulillah, Ilham membesar dengan sihat. Sepanjang usia 9 bulan, tak demam, alhamdulillah. Bulan ni, tak tahu lah macam mana, sebab air liur duk meleleh dengan jayanya. Rasanya ada gigi baru nak tumbuh lagi. :D

Semoga terus membesar dengan sihat, dilindungi ALLAH setiap masa. Aminnn

Sayang anak soleh ibu ayah ni, sokmo. :)

Wassalam.

Jumaat, 15 Februari 2013

Jumaah Barokah

Assalamua'laikum


Semoga dipermudahkan. :)

Jangan lupa temu janji kita esok, di Masjid Besi.. 

Wassalam

Khamis, 14 Februari 2013

Buat Bakal Ibu

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kembara kehidupan. Moga setiap hela nafas kita diredhaiNYA.

Semalam, sembang-sembang dengan seorang ibu muda. Beliau bakal melahirkan anak kedua pada bulan 6 nanti. Anak pertama dilahirkan dengan kaedah pembedahan (C-Zer). Beliau sangat berharap agar dapat melahirkan dengan cara normal pada kelahiran kali ini.



Buat wanita yang akan melalui pengalaman kali pertama sebagai seorang ibu, banyak perkara yang perlu diulangkaji. Antaranya:
1- kaedah bersalin (normal / pembedahan)
2- Penyusuan bayi

Ramai yang pada mulanya dijangka dapat bersalin secara normal, tapi, pada saat melahirkan, ada yang tidak pandai meneran, sehingga menyebabkan bayi lemas. Ada yang dah sakit berhari-hari tapi jalan tak terbuka. Ada yang tak sakit-sakit meskipun dah terlebih tarikh jangkaan sehingga 2 minggu. Macam-macam boleh berlaku. Kita tak tahu, dan memang kita tak minta untuk dibedah. Tapi, kita tetap perlu ada persediaan. Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita terpaksa menjalani pembedahan? Apa yang diperlukan setelah pembedahan? Macam mana nak jaga luka pembedahan? Persiapan mental dan fizikal sangat perlu.




Bagi penyusuan pula. Akan ada banyak ujian dan halangan. Buat yang pertama kali menjadi ibu. Menyusukan bayi bukan semudah "bersalin-terus boleh menyusu-anak kenyang-selesai". Meyusukan bayi juga ada tekniknya. Macam mana pelekapan yang betul? Bagaimana posisi yang membantu anak belajar menyusu selepas dilahirkan? Adakah setiap ibu boleh memberikan susu yang banyak kepada bayi sejurus setelah melahirkan? Adakah bayi akan kenyang setelah penyusuan kali pertama? Apa yang dinamakan kolostrum? Berapa banyakkan kuantiti susu yang bayi minum dalam hari-hari pertama kelahiran? Adakah nipple ibu memberi kesan terhadap penyusuan anak? Apakah yang dimaksudkan dengan 'nipple confusion'? Bagaimana meneruskan penyusuan setelah ibu kembali bekerja? Macam mana cara menyimpan susu ibu yang betul? Apakah yang dimaksudkan dengan EBM?

Banyakkk, sangat banyak yang perlu diketahui. Nak jadi seorang ibu, banyak yang perlu diketahui. Banyak yang perlu kita belajar. Ramai yang tidak dapat meneruskan penyusuan kerana campur tangan orang-orang yang lebih berpengalaman di sekeliling  (bagi minum guna botol sejak hari kedua kelahiran/suka cakap susu ibu muda tersebut tak cukup untuk anak/anak tak kenyang minum susu ibu) Banyak faktor yang boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Stress, kurangnya 'demand & supply', mind-set bahawa susu badan tak cukup. Malah, besar kemungkinan ada masalah dengan nipple yang menyebabkan anak tidak dapat dapat minum direct dari ibu tersebut. Maka, ibu terpaksa menjadi 'exclusive pumping mom'. Setiap orang akan ada masalah tersendiri. Bagaimana kita nak hadapi masalah tersebut?
ILMU + AZAM + KESABARAN

Sangat penting!



Sekali lagi, kepada bakal ibu, tak usah beria mencari info tentang tanda-tanda kelahiran, sedangkan ilmu penyusuan masih belum mencukupi. Pesanan buat ana juga. Semoga sebelum kelahiran bakal anak-anak yang seterusnya (bi iznillah), dapat menceduk sebanyak yang mungkin ilmu-info penting yang sepatutnya lebih diutamakan. :)

Jangan lupa. Anak yang soleh, dididik sejak sebelum dilahirkan. Pengisian rohani oleh ibu dan ayah, mampu mencorak peribadi anak yang belum lahir. :). Jadilah hambaNYA yang bertaqwa, semoga ALLAH membalasnya dengan kelahiran anak-anak yang soleh solehah. AMinn..


Rabu, 13 Februari 2013

USTAZAH SAYANG ANDA @ 16 FEB 2013

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat sekalian?

Nak ajak datang program :)

Semoga dipermudahkan pertemuan kita nanti. Bi iznillah.


Tarikh : 16 Feb 2013 / Sabtu
Masa : 9.oo pagi
Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)


Sesiapa yang nak beli buku "BICARA PEDUSI" bolehlah datang beli masa program nanti. Insya'ALLAH, akan buka gerai jualan. :)

Jemput datang ya. Sebarkan pada kawan2 juga. :)

Jumaat, 8 Februari 2013

Rabu, 6 Februari 2013

DAPATKAN BUKU BICARA PEDUSI SEKARANG!

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2013/02/buku-bicara-pedusi-boleh-diperoleh-di.html

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih diizin meneruskan kehidupan.

Dengan izinNYA, kami Nisa' Putrajaya, ingin membuka ruang kepada semua untuk membuat kebajikan. :)

Buku "Bicara Pedusi" hasil karya Insyirah Solehah.

Harga yang ditawarkan oleh Penulis ialah RM10. Kami pula ingin menjualnya dengan harga RM15. (RM5 akan digunakan untuk dana Nisa' Putrajaya dan bantuan untuk seorang muslimat yang akan menjalani pembedahan pada 13 Febuari nanti).

Kepada yang berminat, boleh hubungi wakil kami di emel : syuhadaomar@gmail.com. Insya'ALLAH, sebarang pertanyaan akan dijawab seberapa segera yang mungkin.

Bagi yang berada di sekitar Putrajaya, tempat 'pick-up' buku adalah di Food Court Sri Teja, Presint 9, Putrajaya. Dan akan dipertimbangkan untuk penghantaran ke kawasan lain. :D. Semoga sedikit usaha ini, dapat meringankan beban insan-insan yang memerlukan.



Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09

"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.

Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...

Bila Lidah Tak Sempat "Brek"

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Diizinkan kita meneruskan kehidupan, berbekalkan nikmat yang tak pernah berkesudahan.

Alhamdulillah.

Kadang-kadang, bila kita bercakap, akan ada yang tak berapa sedap didengar terungkap dari lidah kita. Lebih-lebih lagi bila tengah marah. Kepanasan je. Pantang jumpa sesiapa, atau ditegur sesiapa, pasti kena tempias. :D



Bila bekerja dengan manusia, macam-macamlah kita boleh tengok di sekeliling kita. Bukan yang junior je kena marah, yang super senior pun selalu menangis sedu sedan bila kena marah dengan orang atasan.;p

Ada orang, boleh kawal amarah. Tapi kebanyakan orang, susah nak mengawal diri sendiri. Bila marah, tetiba bertukar jadi Incredible Hulk. Hoho.

Ana, panas baran jugak. Tapi, tulah. Jarang berpeluang boleh tonjolkan amarah, kan? Orang ingat ana ni memang jenis susah marah.;p. Padahal, huhu, memang nak letak 'sign board' siap-siap depan 'partition', "sila jangan buat Syuha marah kalau taknak tengok notice board tercabut atau dokumen berselerak! ".;p

Amarah, kalau dilayan, memang makin menjadilah. Rumah boleh roboh, lantai boleh runtuh, atap boleh tercabut, kereta boleh kemek. Hehe.

Dulu-dulu punya cerita, masa sekolah rendah memang selalu lah berlari pusing sekolah mengejar budak lelaki yang suka menyakat. Panggil "BURUNG GARUDA", "KACANG PAGODA". Waaa, bikin itu temperature naik tinggi. Nasiblah cari pasal dengan atlet sekolah kan. Akal pun pendek lagi masa tu. Tak fikir apa. Malu pun tak bertempat. Kejar orang, memang tak malu. Bawak batang penyapu, kejar. Sampai dapat. Dah dapat, bantai sampai lunyai. ;p. Takdelah, selalunya bila depa mintak maaf "sori, sori. Lepas nih dah tak buat lagi dah. Janji, janji". huhu, hati budak-budak kan bersih. Lepaskan je, sebab bukan orang lain yang duk gelar macam-macam tu, kawan jugak. Tapi esoknya, berkejar lagi. Huh. Dah namanya budak-budak.

Bila naik sekolah menengah, tak serik jugak. Walaupun dah pindah jauhhh dari sekolah lama, dah tak jumpa geng sekolah rendah, ada jugak yang duk cari pasal. Menyakat. Masa ni, akal pendek jugak lagi. Berkejar jugak. Siap ajak jumpa kat padang. Okeh, lelaki dengan perempuan. Sabo jelah. Rasa malu je nak jumpa budak2 tu semua semula. Bila dah mula rasa malu dan malas nak melayan budak-budak lelaki yang suka menyakat, kena sekat dengan budak-budak perempuan (junior + senior) pulak. Ada kes budak tak puas hati kena tahan (ya, ana pengawas garang), ada yang duk sibuk cakap kita kacau pakwe depa, ada yang duk perli macam-macam. Haih, gaduh dengan orang perempuan, memang tak syok. Sebab semuanya libatkan hati. Mulut tu tak payah cakap. Hentam macam-macam. Sampai rasa nak lepuk atas kepala, suruh duk diam.;p (okeh, ayat memang tak sopan). Tapi, tulah, kadang-kadang bukan salah kita, tapi tetiba kita kena marah. Ahaiii, menyampah! Dan mulalah nak membalas macam yang orang yang cakap kat kita,.. haih, nipisnya iman.

Lidah, lembut je. Tergigit sikit, mengalir air mata.
Tapi, bila dah tak de link dengan akal, memang 'keras'!
Boleh buat orang yang mendengar dapat serangan jantung.
Boleh buat orang yang mendengar jadi marah.

Lidah, kalau tak dijaga, naya.
Lidah, kalau tak diasuh, susah.
Lidah, kalau tak dididik, makan diri.


Dosa dengan ALLAH, boleh mintak ampun bila-bila masa, tak kira dimana kita berada.
Tapi, kalau dengan manusia, kita kena mintak maaf dari manusia tu sendiri.
Kalau ada yang pernah terasa dengan kita, kena mintak ampun dengan orang tu.
Kalau ada yang pernah sakit hati dengan kita, kena mintak maaf dari orang tu.
ALLAH tak boleh nak ampunkan dosan kita sesama manusia.
Kalau orang yang kita dah buat silap tu meninggal sebelum kita sempat minta maaf dari dia, macam mana??

Hmm, konklusi : JAGA LIDAH!

alkisahnya, tadi ada orang luar telefon. Tanya pasal 1 program. Surat dah hantar beberapa hari lepas, tapi belum ada jawapan dari pihak kami. Orang yang bertanya nakkan jawapan segera, sebab dah ditekan oleh pihak atasan dia.

Nada suara, haihlah, tinggi. Cara cakap, hmm, macam menyindir. Bila cakap nanti nak pergi tanya orang yang berkaitan, dan akan inform melalui emel, boleh pulak dia cakap " kalau hantar melalui emel, entah bila boleh dapat". Haih, memang sedikit panas di situ. Macam nak je cakap "hello cik, surat cik tak ada pada saya, dan tak pernah sampai ke meja saya. so, saya kena semak dulu dari orang lain. Boleh tak beradab sikit bila bercakap?" Huh, tapi tulah. Hehe. Tak de pulak nak cakp macam tu pada dia.

Cuma, saja luahkan di blog. Ingatan kepada diri sendiri. Supaya jaga percakapan, jangan sampai orang anggap kita ni biadab, tak tahu tatasusila. Nak mintak tolong dari orang, silalah jaga diri dan buat macam orang yang mintak tolong. Mungkin pernah buat pada sesiapa, sebab tu ALLAH bagi kita rasainya pula. :( Moga orang yang pernah terasa dengan diri ini, dapat maafkan kesilapan yang tak disengajakan itu. Dan kamu, cik yang menelefon tanya pasal surat tanpa usul periksa, saya dah maafkan kamu. :D. Moga dipermudahkan urusan ya.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers