Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Moga setiap hela nafas diredhaiNYA sentiasa.
Malam ni, malam tahun baru. Banyyyaaaakkk sangat program akan berlangsung. Dalam dewan, luar dewan, atas padang, di dataran, dalam masjid, luar masjid, dalam TV pon banyak jugak. Tapiii, yang paling kita takut ialah program kat dalam semak, program kat tepi pantai, program kat hotel oleh adik2, kawan2 kita yang bukan suami isteri tu. Takuttt sangat. Tunggu 8 - 9 bulan lagi, banyak kes bayi kena buang. Semalam pun dah ada yang kena buang, nampak bayi terapung, tanpa nyawa :(. Wahai adik-adik yang cerdik pandai di luar sana, semoga malam ini diisi dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu bersuka ria hingga tergadai kesucian, hingga tergadai nyawa.
Wahai ibu bapa yang budiman sekalian, jagalah anak amanah dari ALLAH sebaik mungkin. Kita akan disoal terhadap apa yang diamanhkan keatas kita. Ambik tahu kemana anak-anak pergi malam ni. Ambik peduli apa yang mereka lakukan.
Yang terbaik, buat aktiviti berfaedah bersama keluarga. Pergi program sama-sama, balik sama-sama. Jangan sampai ada yang hilang malam ni. Kalau anak-anak tiada di sisi, kena cakna kemana mereka, apa yang mereka lakukan.
Sekarang, macam-macam boleh jadi. Kat rumah sendiri pun dah tak mustahil. Jadi, berhati-hati!
Rezeki
Isnin, 31 Disember 2012
Jumaat, 28 Disember 2012
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya ALLAH
Alhamdulillah
Rezeki, ada di mana-mana.
Kalau ALLAH nak bagi, tak perlu tunggu kita minta, pasti ada.
Alhamdulillah.
Khamis, 27 Disember 2012
Eh, Ada Program Bestlahhhh
ASsalamua'laikum..
Alhamdulillah.. Masih bernafas semuanya. Alhamdulillah.
Hari ni, nak kongsi info. Program menarik semuanya ni. :D
Jangan lepaskan peluang bagi yang berkesempatan.
2 tahun lepas, sempat berkampung di Masjid Asy-Syakirin pada malam tahun baru bersama sahabat2 dan orang ramai.
Tahun ni, tak pasti lagi macam mana.
Banyak aktiviti menarik, banyak pengisian ilmiah.
Semoga dipermudahkan urusan, dilapangkan waktu untuk terus kembara mencari redhaNYA.
Selangor
Selangor
KL
KL
Selamat berprogram. :D.
Apa jua yang dilakukan, selagimana tidak bercanggah dengan syariat, selagimana dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH, teruskan. Lakukan..
Semoga iman makin menebal.
Wassalam
Rabu, 26 Disember 2012
Perkongsian - Hijrah
Assalamua'laikum.
***
Hijrah ke arah kebaikan merupakan suatu jaminan
kejayaan, keharmonian sesebuah masyarakat. Tanpa hijrah, sesebuah masyarakat
akan kekal dalam kejahilan, kemunduran dan fikiran sempit. Hijrah ialah suatu
rahmat dari Allah buat hambanya untuk memastikan hambanya sentiasa memperbaiki
diri dan masyarakat disekelilingnya.
Oleh yang demikian, setiap individu perlu memastikan
dirinya sentiasa berhijrah kearah yang lebih baik, serta tidak meninggalkan
tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu agar masyarakat disekelilingnya turut
berhijrah.
Suasana di Malaysia kini amat memerlukan tuntutan
islah dan hijrah. Di Malaysia, kita amat bertuah kerana semakin ramai ikon
masyarakat yang berhijrah dan aktif dengan program perkongsian ilmu dan
pengalaman, yang mana dapat memberi inspirasi kepada masyarakat berkenaan
dengan hijrah dan usaha mereka untuk terus memperbaiki diri. Golongan ikon
masyarakat ini, memberi suatu harapan baru kepada usaha dan proses dakwah di
Malaysia. Seperti mana di zaman Rasulullah, golongan ikon masyarakat di zaman
itu sangat banyak membantu kepada usaha dakwah Rasulullah dalam memperkenalkan
islam. Antaranya; Abu Dzar dari penduduk Ghifar, Suhaib A-Rumi dari Rom,
Huzaifah Al-Yamani dari Yaman, Umar Al-Khattab dengan kelebihan tersendiri yang
dikagumi walaupun di zaman jahiliyahnya, apabila memeluk islam, kehadirannya
memberi impak kepada masyarakat jalihilah ketika itu.
- perkongsian dari sahabat
***
Minggu lepas, seorang selebriti tanahair telah dijemput ke ofis ana, bagi berkongsi pengalaman penghijrahan beliau.
Rupa-rupanya, selebriti pun ada kumpulan usrah juga. :). Usrah mereka dinamakan sebagai "usrah fitrah". Menarik bukan?
Fenomena yang berlaku di negara kita kebelakangan ni, ramai selebriti yang telah kembali kepada fitrah. Berhijrah dari kegelapan kepada hidup yang lebih baik, disinari cahaya keimanan. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dipilih olehNYA untuk dikurniakan hidayah.
Islam itu mudah. Islam itu indah. Ia sempurna setiap masa, sepanjang zaman.
Ada kata-kata dari Heliza Helmi yang lekat di hati dan memori ingatan ana. Ada kisah yang beliau sampaikan :
"Ada seorang lelaki, yang miskin. Beliau selalu ke masjid. Suatu hari, beliau terfikir untuk menukar karpet masjid tersebut, memandangkan sudah lama tidak ditukar dan perlu diganti. Tapi, beliau tidak mempunyai wang. Maka lelaki tersebut menyuarakan pandangannya kepada Imam Masjid untuk membuat kutipan bagi membeli karpet yang baru.
Imam bersetuju dan menyerahkan tugasan tersebut kepada beliau. Lelaki tadi dengan gigih mengumpul wang daripada orang ramai termasuklah orang-orang berada yang telah menyumbangkan beribu-ribu wang ringgit. Setelah mendapat wang yang cukup, lelaki tersebut telah berjaya menukar karpet di masjid."
Heliza bertanya : berdasarkan cerita tadi, siapa yang paling banyak pahala?
macam-macam jawapan yang diterima daripada audiens. Jawapan Heliza pula : pastinya lelaki yang telah berusaha untuk mencari dana tersebut. Kalaulah lelaki tersebut tidak terfikir untuk menukar karpet masjid tadi, pastinya tak ada ruang untuk orang ramai memberi sumbangan. Tanpa inisiatif dari lelaki tadi, orang takkan bagi derma. :)
Lepas dengar cerita tersebut, ana tersenyum sendirian. Ya, banyak ruang untuk kita membuat kebaikan sebenarnya kan? Kalau kita tak ada ilmu, kita anjurkan kuliah, dan panggil orang yang ada ilmu. Kalau kita tak ada duit, kita suarakan pendapat, mintak pihak surau / masjid yang anjurkan. :). Mungkin orang lain tak nampak nama kita di atas kertas, banner, tak mengapalah. Malaikat ada untuk mencatat. Walau sekecil manapun usaha kita, yakinlah bahawa ALLAH itu maha teliti. :). Buat kebaikan, dapat ganjaran. Buat kejahatan, juga akan mendapat balasan.
wassalam.
Selasa, 18 Disember 2012
Ahli Baru, penutup 2012
Assalamu'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih berikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan.
Alhamdulillah.
Tempohari, ana ada bagitahu, kami dah terima seorang lagi ahli keluarga baru.
Jam 9.20 pagi, 13-12-2012, lahir seorang mujahid kecil di Hospital Kuala Krai, Kelantan.
Alhamdulillah, sihat badannya. Comelss!
Berat 2.5 kg, beza 0.02 kg je dengan abang Ilham, :)
Baby yang belum ada namanya lagi. Tunggu papa baby announce. :D
Semeweh! hehe.. Comel sunggoh. Sekali pandang, macam baby girl.;p Mungkin sebab papa dan mamanya duk mengharapkan baby girl. :O
Ini pula Hafizi (E-G). Pengasuh sementara Ilham. Hehe. Baru lepas PMR. Dalam 4 minggu juga mengasuh Ilham. :). Anak kakak ana yang ke-3. Gembiralah dia bawak p jenjalan. Ke Melaka, ke Perak, Putrajaya.
Esok keputusan PMR keluar, hehe, mesti orang tu berdebar-debar nak dapat result. ;p.
Semoga mendapat kecemerlangan ye, Abe E-G. Adik Ilham tak sabar nak tahu result abe E-G. :D
Kepada semua adik-adik yang bakal menerima keputusan PMR esok, jangan stress sangat ya. :D Relax je. Hehe. Semoga semua urusan dipermudahkan
wassalam
Jumaat, 14 Disember 2012
Abang Ilham :D
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Semoga setiap hela nafas kita diberkati dan diredhaiNYA sentiasa.
13.12.2012
Alhamdulillah, semalam kami menerima seorang lagi ahli keluarga baru.
Lelaki, 3.5 kg. :). Telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Krai.
(Gambo lupa nak save dalam PC. :p)
Bermakna, Ilham dah ada 2 orang adik la sekarang. Hehe.. Dah mula panggil abang Ilham sejak kelahiran anak kakak ipar pada bulan 6 tempohari. :D. Ilham dah besar lah, dah jadi abang dah.;p
Ini adik Umar Khalis, anak buah pertama zauji. Cucu kedua tok bah dan tok wan. :)
(muka Ilham dan Umar hampir sama, kan?;p)
Ini pulak, Muhammad Ilham Syakirin. Eh, dah kenal kan?;p.
Sekarang memang suka sangat gigit plastik dan besi. Huhu. Kalau jumpa sudu, mainan, cawan, memang kecintaan beliau lah tu.;D
To dearest baby, Suwa, Ayoh Su, dan abang Ilham doakan semoga baby sihat, jadi anak yang soleh. :).
Jaga diri ya baby, abang Amar Khalifah tu, garang..hoho.. Nanti kena buli pulak.;p
Tak sabar nak balik. Cubit-cubit budak tecik tuh.hehe
wassalam
Selasa, 4 Disember 2012
2012
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.
Hidup, memang fitrahnya berliku. Kalau jalan lurus je, tak ada cabaran, tak bestlah, kan?:D
Hidup, kadang kala di atas, ada masanya di bawah. Perlu sedar, bahawa kita makhluk ciptaanNya yang penuh dengan kekurangan. Segala yang kita ada hanyalah pinjaman dari Tuhan sekalian alam. Ada masa DIA bagi baanyaakkk. Sampai masa, DIA ambil semula. Nak marah? Layak ke? Sedangkan kita hanya meminjam. ~ sedar diri~
4 Disember 2012.
Tahun 2012 bakal berakhir lebih kurang 27 hari saja lagi. Hidup kita? Mungkin berakhir bila-bila masa sahaja. Mungkin sekejap lagi, mungkin malam nanti, mungkin esok, minggu depan atau bila-bila saja. Bersedialah sebaik mungkin.
2012
Ayah, Pak Ngah, Abang Din kembali ke rahmatullah. Mereka bertiga merupakan insan yang istimewa buat kami. Ayah dan Pak Ngah selalu saja mengusik kalau berjumpa. Dialog yang tak pernah terlepas :"Agak-agak sapo yang pergi dulu agaknyo?" Huhu. Ayah dan PaK Ngah ni adik beradik satu mak satu ayah. Mereka berdua memang rapat. Pak Su, Pak Cu, Mak Cik Dah, Mak Teh pula adik beradik yang lain bapa. Lepas Atuk meninggal, nenek kawin lain.
Ayah selalu cakap : Kita semua ni tunggu masa je nak jumpa ALLAH. Sampai masa, memang pergi jugak. Sedia ke tak sedia, tak ada masa nak tangguh-tangguh. Nak buat baik atau jahat, terpulanglah. Kalau rasa sempat taubat, buatlah.
Kalau larang ayah makan apa-apa yang sepatutnya ayah pantang, hehe, ayah bagi ayat sakti lah: "alah, nk makan ni masa hidup jah. Nanti dah mati, tak leh makan doh." huhu. Terus terkedu.;p
Dulu masa kecik-kecik, ayah memang manjakan ana. Sangat manja kot. Huhu. Setiap kali ada sukan tahunan kat sekolah, mesti dapat tikar baru.;p. Bukan guna pun, tapi tulah, mengada nak beli tikar. Kononnya nak duduk atas padang senang. :D.
Masa sukan tahunan di sekolah, ana memang suka masuk apa-apa acara. Masa darjah 1-3, memang masuk pasukan persembahan padang. Hehe. Kan ada persembahan pembukaan tu. Pegang pompom (buat dengan tali), pastu duk menari, tepuk-tepuk tangan guna tempurung kelapa. Huhu. Pompom tu kena buat sendiri. Ayah dan kakak la yang sibuk buatkan. :p. Yang tempurung kelapa tu, pagi-pagi nak pergi berlatih, memang selalu kena pergi ambik yang baru kat kedai orang jual santan. Huhu, selalu tertinggal kat rumah. Jarak rumah dengan sekolah 18 KM. Memang taka da maknanya nak patah balik semata-mata nak ambik tempurung tu. So, ayah la yang pergi cari kat kedai, kikis-kikis sabut yang ada, buat pula dengan kertas pasir nak suruh licin, cantik. Pastu hantar ke sekolah. Semata-mata sebab anak bongsu yang manja ni nak guna. Huhu.
Masa sekolah rendah, selalu la jugak dapat hadiah masa penyampaian hadiah akhir tahun. Ayah la yang selalu datang temankan. Sengih-sengih bila naik pentas. Cari ayah (sempat lagi).
Bila naik sekolah menengah, ayah la jugak yang selalu datang jumpa cikgu. Cikgu pun dah kenal dah ayah Syuhada nih. Selalu hantar barang tertinggal la apa.;p. Lagipun mertua kakak yang nombor 2 meniaga kat kantin sekolah. Ayah selalu la jugak hantar barang kat depa. Kamikan peniaga brang runcit. Depa selalu la beli barang dari kami.
Haih, rindunya kat ayah. Agak-agakla kan, macam mana bila Ilham dah besar nanti. Sape yang nak pergi ambik Ilham. Sape yang akan ke majlis kat sekolah Ilham. Hehe. Tak sabar nak lalui semua tu. ;p. (anak baru umur 7 bulan setengah, ibunya dah fikir pasal sekolah.haih. ) Ilham sekarang duk rajin meneman sepupunya mengaji. Suka betul dia tengok buku Iqra' tu. Kalaulah ada Iqra' yang macam dulu-dulu, jenis plastik tu. HUhu. Ada lagi ke sekarang agaknya? Sekarang ada jenis kain, 'soft book' nama omputehnya. Tapi, tak terbeli lagi.;p. Banyak betul nak beli. Kena tengok bajet.Huhu.
Eh, entah apa dah jadi. Cerita berlanjutan dari satu bab kepada satu bab yang lain. Ehemm, cukuplah dulu kot. Kalau bagi peluang cerita, memang banyak la. Next entry, kot. :D.
Entahla ada apa kat atas tu. Kalau ada yang boleh ambik jadikan teladan. Yang tak boleh, jadikan sempadan. :D
Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)