Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih dipinjamkan usia beserta nikmat yang tak ada tolak bandingannya oleh Tuhan sekalian alam.
Semalam sepatutnya menempatkan diri bersama sahabat-sahabat dalam halaqoh mahabbah, tapi tidak berjaya menghadirkan diri, meskipun telah berusaha sehabis daya, namun percaturan ALLAH tak siapa mampu menghalangnya. :). MOga suami dan anak diberi kekuatan dan kesihatan yang lebih baik pada hari ini.
Oleh kerana tidak berjaya menghadirkan diri, maka telah diberi tugasan oleh Cik Dijah selaku Naqibah kami.
Tajuk tugasan : "Bagaimana saya mengenali USRAH ".
Oleh kerana berpendapat bahawa ia agak menarik untuk dikongsikan, maka ana 'tampal' catatan tersebut di blog ini juga. Semoga ada manfaatnya. :)
*******
Seingat syuha, perkataan USRAH yang pertama kali didengar ialah dari kakak senior di sekolah menengah dulu. Masa tu baru tingkatan 3, "kononnya' bersemangat nak duduk di asrama. :). Tapi, tak pernah join USRAH pun, sebab tak lama pun tinggal di asrama. 3 bulan, dan pindah balik rumah sebab 'sangat mengantuk rupanya jadi penghuni asrama' dan ditambah pula dengan 'pengaruh rakan sebaya' yang hanya seminggu bertahan tinggal di asrama. :)
Maka, perkataan USRAH hanya tinggal sejarah. Hampir 3 tahun berlalu, tanpa perkataan USRAH.
Kali kedua dengar perkataan USRAH ialah ketika minggu suai kenal/orientasi di Poli. :). Masa ni ada kakak-kakak senior perkenalkan Kelab Rakan Masjid. Katanya, akan ada usrah, kem pengukuhan iman, naqib naqibah, kelas mengaji. Ohh, teruja.:)
Minggu kedua di Poli, ada terima mesej berkenaan usrah dari kakak yang comel :"Assalamua'laikum adik sayang. MOga dalam jagaanNYa sentiasa. Jangan lupa datang Masjid B ya. Hari ni ada temujanji. Nanti kita jumpa ya"
ALLAHu Rabbi. Masa dapat mesej ni, memang sangat gembira. :). Tak pernah-pernah ada orang panggil 'adik sayang', kan. ;p. Kebetulan pada masa yang sama, ada pengumuman dibuat. PPIP (Persatuan Pengguna Islam Polisas) juga ada perjumaan. Haa, sudah. Tak tahu nak pergi yang mana. Dan setelah berbincang dengan kawan-kawan, maka kami berpecah. Ada yang ke Masjid B, ada juga yang ke MAsjid C. (Untuk makluman, hostel kami bersebelahan masjid C.;)). Dan Syuha, memilih Masjid B, untuk bersama dengan kakak yang hantar mesej tadi. :)
Disana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (lebih kurang 6 orang satu kumpulan). ALhamdulillah, bertambah erat, akrab bila berada dalam kumpulan kecil ni. Sebab semua orang diberi keutamaan oleh naqibah. Ok, nak perkenalkan, naqibah pertama ialah Kak Dila dan Kak Safura. :). Mereka saaangaaaattt baik. Hehe. Selalu kena buli dengan adik-adik usrah, tapi senyuuummm je memanjang. Sangat kasih dan sayang kepada mereka. Moga ALLAH sentiasa pelihara mereka.
Dalam usrah, kami didedahkan dengan sirah, doa-doa, penggunaan bahasa arab dan macam-macam lagi. Ada juga sesi tafsir lagu nasyid. :). Setiap orang diberi kepercayaan untuk memberi kupasan/perkongsian/tazkirah. Kadang-kadang, tazkirah bukanlah sampai 30 minit pon, tapi walaupun hanya 5-10 minit, pengisian yang telus dan ikhlas akan menusuk ke hati, berbekas. :).
Awal usrah, kami dah diberi tugasan untuk menghafal makna bacaan dalam solat. Memahami apa yang kita baca. Memahami makna surah al-fatihah. Diberi masa 2 minggu oleh naqibah. Dan setiap bulan, akan ada satu 'usrah besar'. Semua orang akan jumpa, ramah mesra walaupun dari kumpulan yang berbeza. :). Masa ni, boleh tengok berapa ramai yang ada, berapa ramai yang telah tercicir. Muhasabah buat diri.
Dalam usrah, kami berkongsi masalah, berkongsi pendapat, saling menguatkan, saling mempercayai. :). Dari situlah kami mendapat kekuatan untuk melakukan perubahan. Memakai stoking, sarung lengan, mula melabuhkan tudung, mula melabuhkan pakaian. :). Teringat pula kenangan bergerombolan ke bandar Kuantan mencari kedai kain, cari baju labuh sampai lutut.;). Semangat. Semua orang semangat nak berubah. Nak cari redha ALLAH. Nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Tambahan pula pergi ramai-ramai. Lagilah semangat.
Semua orang sedang bertransformasi. Tudung, dari selendang kepada tudung segi bidang 45 yang jenis tebal tak nampak leher. Kemudian tukar lagi kepada tudung segi bidang 50, 55 dan akhirnya 60. Alhamdulillah, ALLAh permudahkan, ALLAH bagi kekuatan.
Di sini juga kami belajar makan setalam. Menghabiskan makanan, meskipun terpaksa makan berulang-ulang. :). Manisnya kenangan. Kak Dila dan kak Safura cakap, membazir tu amalan syaitan. Berapa ramai saudara kita di luar sana yang tak makan kerana tiada wang, kerana tiada makanan. Tapi kita mudah saja nak membazir. :) Sejak dari semester pertama, ana digelar "DBKL".. uhuk. Semuanya kerana ana yang jadi orang terakhir habiskan makanan dalam talam beberapa kumpulan bila kem dan iftar. Berat badan mula naik mendadak. ;p
1 semester berlalu, usrah semakin dekat dihati. Ada kem pengukuhan iman. Ada ujian bertulis. Ada pop kuiz. :). Semuanya berkisar dengan apa yang kami belajar dalam halaqoh mahabbah, dan juga kaitannya dengan peristiwa semasa, yang berlaku di sekeliling kita.
Hmm, rasanya berhenti setakat ini saja. :). Semoga ALLAH berkati, ALLAH redhai, ALLAH kasihi.
Sayang semua kerana ALLAH. MOga ALLAH temukan kita di SyurgaNya suatu hari nanti, sahabat dunia akhirat.
wasssalam. :)
~ kalau telah dilahirkan dalam biah soleh solehah, Alhamdulillah, bonus. Tapi, kalau sebaliknya, berusahalah untuk mewujudkan biah soleh solehah. :). Supaya generasi seterusnya beroleh "bonus" hasil usaha kita semua ~
*********
Hakikat sebuah perjalanan kehidupan, jalan yang dilalui penuh berliku. Ya, kadang kala jalan itu lurus, senang dilalui. Tapi, ada masanya, jalan yang beranjau, bersimpang siur, pasti ada untuk kita lalui. Mampukah kita merentasinya seorang diri?
Sahabat yang diingati,
pertemuan dan perpisahan adalah hakikat yang tidak mampu kita pertikaikan. Kepada yang bakal bertukar suasana dan tempat, semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan memberikan kesempatan untuk terus memberikan khidmat bakti di tempat baru. Kepada yang kekal ditempat lama, teruskan usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jual beli kita dengan ALLAH tak pernah selesai selagi mana ruh masih dikandung jasad. Syurga ALLAH mahal harganya.
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." As-saff, ayat 10-14..
Renungan untuk kita bersama.