Rezeki

Selasa, 28 Ogos 2012

Hati Ini Milik DIA

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sihat badan, sihat iman.. (^_~)

Hari ni, Selasa. 10 Syawal 1433H bersamaan dengan 28 Ogos 2012M.

Insya'ALLAH, hari Khamis ni kami akan bergerak ke Kuantan, dan bertolak ke Kelantan pada keesokan harinya. Semoga ALLAH permudahkan perjalanan dan urusan nanti. Mohon doa dari semua ya. ^_~


~ abang Muaz (17 Mac 2012) Ilham (16 April 2012). Beza hanya sebulan. Manakala tarikh walimah ummu wa abu Muaz pula hanya beza 2 minggu dari tarikh walimah ibu dan ayah Ilham ~ 
*_*


***

Kadang-kadang, salah faham berlaku melalui tulisan. Ya, pastinya ia berlaku kerana 'tulisan tidak berintonasi'. ^_^.

Ada masa, kita bergurau. Berbalas-balas 'text'. Tiba-tiba, yang disebelah sana tidak memberi respon. Oh, rupanya ada yang terluka. Dan boleh jadi, tiba-tiba saja ada yang melenting. Oh, rupanya ada yang tersilap intonasi semasa membaca, berlaku salah faham.

Hmm.. Kalau kita baca dengan nada marah, ayat bergurau pon boleh bikin panas. Kalau kita baca dengan gembira, ayat pedas pun boleh buat kita ketawa.

Itulah, lain orang, lain pendapatnya. Lain orang, lain pemikirannya. ^_~

Jadi, perkara yang kecil, boleh jadi besar kalau tersilap tafsir. Haih, salah siapakah itu? ;p Perkara yang dianggap biasa, dengan niat bergurau, boleh jadi luarbiasa jika dibaca dengan pandangan negatif. Selalunya, salah faham tentang ayat menjadikan masalah lebih kronik.

Oleh itu, untuk mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, seeloknya berhubunglah secara direct/call. Elakkan dari menulis sesuatu yang boleh menyebabkan orang bersangka-sangka. Bukankah menambah bahana buat yang membaca. Nanti ada yang fikir macam-macam dan tersalah tafsir. Bila dah jadi masalah, mulalah menyalahkan. Padahal dia yang mulakan dulu tanpa penjelasan. :)

Sama-sama kita doakan, semoga ALLAH bimbing hati kita.

"DIAM tak pernah mengecewakan, selagimana kita DIAM tepat pada masa dan tempatnya"

Wassalam


Jumaat, 24 Ogos 2012

Coretan 1 - 6 Syawal 1433H

Assalamua'laikum.

Selamat hari raya. Hari ni raya ke-6. Kami masih di sini.

Jalan di Putrajaya masih  agak lengang. Hari Rabu, masuk kerja, sunyi je ofis ni. Hanya ada 10 orang yang datang kerja. Setiap aras ada dalam 3 orang saja.
Dalam perjalanan nak datang ofis, sambil-sambil pandu kereta, terasa sayu. Uhuk. Macam bekerja di hujung minggu! ;p. Bila tengok ke tapak letak kereta, haih, boleh letak sesuka hati, kosong!
Tu belum cerita bila dengar bunyi kereta masa dekat rumah. Parking kosong, blok rumah gelap, sunyi. Hehe. Putrajaya jadi bandar koboi kejap. ;p

Hari ni, alhamdulillah, dah bertambah orang atas jalan. Di ofis pun dah ada dalam 15 orang. :). Dah boleh dengar suara orang dah. Hehe

1 Syawal. Ilham bangun pukul 7.30 pagi (setelah dipaksa oleh ibu). Basuh muka, lap badan dengan kain + air suam. Pakaikan bedak wangi-wangi, senyum-senyum. (^_~). Lepas makan untuk alas perut, kami bergerak ke Masjid Putra. Ramai orang, maka berpatah ke Masjid Besi.

Ramai orang luar negara. :). Tapi, ramai juga orang melayu Malaysia. Dalam hati :" Ramai lagi sebenarnya orang Putrajaya yang tak balik kampung macam kami. " ;p



Ilham, suka meniarap, walaupun sedang tidur. Ohh, tak tahulah kenapa. Mungkin memang perkara biasa bagi anak yang sedang membesar dan menjalani fasa baru dalam perkembangan hidup mereka. :)

Tidur malam tak berapa lena. Mata pejam, tapi, seakan dalam keadaan tidak selesa. Beberapa kali terasa ada 'kaki' yang menendang muka setiap malam, huhu, mungkin tengah bermimpi berlatih meniarap. ;p


Muka tetap comel bila pandang kamera. ;p. suka sangat. Hehe. Balik Kelate, dah ramai yang booking Ilham. =p. Ilham tunggu baju baru dari maa Leha. :)


"Ish, ayah.. Kejap, kejap. Nak habiskan susu dulu. Ada sikit je lagi." ~ Ilham


"Ok, dah siap." :)

~ baju baru beli, ni 1st time pakai, tapi, dah singkat. hehe. Nasiblah ye. Ayah yang belikan. Memang ini je saiz yang ada. ;p. Next time, kita jahit jubah sendiri pulak. :), insya'ALLAH. Doa, doa. moga dapat beli mesin jahit sendiri pulak.


Baiklah, dikesempatan yang ada, Ilham mewakili ayah (Rashdan) dan ibu (Syuhada) nak ucapkan :


Mohon maaf andai ada yang terlebih mahupun terkurang dalam perbuatan mahupun tutur kata.

~ Sebulan berusaha mengawal diri dan nafsu dari perbuatan mungkar, sia-sia. Moga kehadiran Syawal dan bulan-bulan seterusnya tidak menjadikan kita orang yang rugi. Jaga amal, pergaulan, aurat. ~

Wassalam. ;)



Khamis, 23 Ogos 2012

kerana sekeping hati




Kerana sekeping hati,
manusia hilang kewarasannya.

Kerana sekeping hati,
manusia menderita.

Kerana sekeping hati,
manusia sengsara.

Kerana sekeping hati,
manusia sanggup melukakan hati yang lain.

Kerana sekeping hati,
manusia mudah hilang arah tujunya.

Kerana sekeping hati,
jasad terpaksa menanggung bebannya.

Kerana sekeping hati,
manusia tewas dalam hidupnya.

Selalu dengar:
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." (HR. Bukhari-Muslim)

ya ALLAH, aku serahkan hatinya kepada-MU. Bimbinglah hati itu , ya ALLAH. Bimbinglah ia menuju jalan yang diredhai-Mu. Semoga dengan apa yang berlaku, akan membuka pintu hatinya, membuka mata dan fikirannya untuk berfikir hikmah disebalik apa yang berlaku, dan memberi jalan keluar kepadanya daripada kesulitan yang dia hadapi.

semoga dipermudahkan segala urusannya. Aminn.

~ wassalam ~

Rabu, 15 Ogos 2012

Sini Raya, Sana Raya

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Apa khabar iman kita?

Tik. Tok. Tik, Tok... Uhh, dah nak raya. Cepatnya masa berlalu..

Hari ni, jalan dah agak lengang. Esok, mesti bertambah lengang. (^_~). Budak-budak dah mula cuti. Cikgu-cikgu pun dah mula kemas beg, masuk dalam kereta. Dan mulakan perjalanan ke kampung halaman. Yang bekerja, mungkin masih di pejabat, menghabiskan baki lebih kurang 2 hari lagi ni. Tapi, tak kurang juga yang dah balik ke kampung. Cuti!

Kami, masih di sini. Raya tahun ni, catat sejarah. Akan tetap di sini, sampai 2 minggu lagi. Tunggu jalan dah tak berapa jem, baru nak balik. Mengumpul sabar. MOga ALLAH permudahkan. ^_^

Ramai bertanya, kenapa tak balik Kelate? Jawapannya: sebab kesian dekat Ilham, kecil lagi. Nak balik kelate, tau sajalah. Kalau tak jem 10 -15 jam, memang tak sah. ^_~. Tahun lepas, gerak dari sini jam 10 malam. Sampai K.Krai lebih kurang 1 petang. Itu pun, jenuh duk betulkan tempat duduk. Sangat tak selesa. Nak naik 'flight'? Memang dah survey, pergi balik untuk 3 orang, dalam rm200/++. (2 bulan sebelum ni) Tapi, entahla. Tak yakin sangat nak bawa Ilham naik flight. Sebab dah pernah dengar budak kecik nangis sepanjang trip dari LCCT ke KB. Maka, membatalkan niat. Dan teruskan juga dengan perancangan asal : tunggu 2 minggu lepas raya, baru balik kelate. ^_~

Rindu? Semestinya rindu nak balik kampung. Tak pernah puas. Kalau duk sana terus pun, tak ada masalah. =p.

Tak teringin nak balik? Nak sangat! Tapi, fikirkan anak, dan zauji. Lepas musyawarah dengan kedua-dua belah keluarga, memang raya kat sini saja. Kesian juga pada zauj, kesihatan tak begitu mengizinkan. Drive sendirian, penat. Kereta manual je. Ilham, haihh.. buatnya dia penat dan boring masa tengah-tengah hutan belantara (area Bukit 7, merapoh, Gua Musang) tu, naya je. Tunggulah Ilham ye. Nanti kita balik jugak, cuma lewat sikit je. (^_~)

Kepada Mok Long, Maa Leha, Maa Jaja, Cek Ngoh, Cik Na, Cik Teh, Cik Ngoh, Ayoh Su yang berada di Kelate, jangan lupa simpankan bahagian Ilham ye. =p. Balik nanti kami ambik. hehe.

Apa pun, kami doakan semoga perjalanan sahabat sekalian dirahmati ALLAH, dipermudahkan, selamat pergi dan kembali. Jaga diri, hiasi peribadi. Walaupun stress dalam perjalanan nanti, jangan lupa senyum ya. (^_~).

Apapun, duk sini ke, sana ke, kita semua akan tetap meraikan hari raya!

Wassalam


Ilham anak soleh. Ayah ibu sayang Ilham. ^_~
(baru belajar meniarap. Air liur meleleh.. heehee)


~ semoga pertemuan ini diberkati, dan perpisahannya dirahmati ~

Isnin, 13 Ogos 2012

Ramadhan Sudah Hampir ke Penghujungnya

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dipenghujung Ramadhan ini, diberi kesihatan yang baik hendaknya. ^_^

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Ada yang sibuk mencari peluang mengumpul pahala.

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Ada yang sibuk menyediakan kelengkapan berhari raya.

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Ada yang sibuk berkongsi rasa dengan yang kurang bernasib baik.

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Ada yang sibuk mencari duit untuk bekalan raya.

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Ada yang sibuk menyiapkan kerja sebelum mula pulang ke kampung bersama keluarga.

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Ada yang sibuk menjemput orang untuk ke majlis perkahwinan.

Penghujung Ramadhan, semua orang sibuk.
Semua orang ada kerja yang perlu disiapkan.
Semua orang ada fiqh awlawiyat yang tersendiri.

Ramadhan ini, bakal berakhir dalam masa kurang seminggu saja lagi.
Ramadhan ini, bagaimanakah kesannya pada diri?
Ramadhan ini, bisakah menghapuskan dosa yang menggunung tinggi?
Ramadhan ini, sudahkah dimanfaatkan sebaik mungkin?

Tertanya-tanya pada diri sendiri...



Semoga ALLAH ampunkan dosa kita, merahmati usia yang masih bersisa, memberkati nikmat yang dikurniakan kepada kita semua.

Ramadhan, pemergiaanmu bakal ditangisi dan dirindui. Moga diberi kesempatan untuk bersamamu lagi..

Rabu, 8 Ogos 2012

Ilham bercerita. (^_~)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat-sahabat ibu sekalian? Hari ni, Ilham yang nak bercerita. Ibu cakap, ibu sibuk. :)

Ilham suka tengok gambar. Kalau yang warna warni, lagi Ilham suka. Jom, tengok gambar sama-sama. =)



Alhamdulillah, pada jam 6.06 petang, 16 April 2012, Ilham dah selamat dilahirkan ibu. Berat Ilham masa lahir, 3.48 kg. Ibu cakap, masa hamilkan Ilham, semua orang di pejabat ibu cakap Ilham kecik, tak nampak pun pregnant. Sampaikan ada makcik yang 'sangat caring', suruh ibu pergi 'scan', takut Ilham ada masalah. ^_^. Ni, ALLAH dah tunjuk kebesaranNYA. alhamdulillah, sihat walafiat. Tak kisah apa orang nak cakap, ALLAH lebih tahu akan segalanya. Ibu pesan, kepada sahabat-sahabat ibu sekalian, jangan hiraukan apa yang orang cakap. Sesungguhnya perancangan dan ketetapan ALLAH tu, tak ada siapa pun yang tahu. ^_~)


Hari kedua, Ilham dah boleh balik rumah. Ilham suka tidur saja. Bangun kejap, lepas tu tidur semula. Ilham taknak susahkan ibu. Ini gambar hari ke-3 Ilham dekat bumi ALLAH. Luas sungguh dunia ni, kan? Ibu cakap, dunia ni penuh dengan tipu daya. Ini tempat persinggahan kita je. Sampai masa, kita akan direhatkan sementara menunggu hari bertemu Tuhan yang satu, iaitu ALLAH. Ibu pesan, Ilham kena jadi anak soleh. Jadikan iman dan taqwa sebagai perisai, supaya Ilham mampu mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran ni. Ayah cakap, ayah nak Ilham jadi anak soleh, jadi hamba ALLAH yang bertaqwa. Nanti dah besar, Ilham kena jadi jundullah, ajak orang kepada kebaikan, larang orang buat perkara mungkar. Al-quran tu kena baca, faham. Dan lebih cantik kalau Ilham hafal. Ayah cakap, nanti belajarlah dengan Ayoh Su Faris. Jadi huffaz. 



Ilham pada hari ke-4. Buka mata lama sikit, nak kenal-kenal sepupu Ilham. Ramai betul. Meriah rumah kami. Semua orang suka cium pipi Ilham. Ilham suka. Nanti Ilham dah besar, pandai main, kita main sama-sama ye. ^_^



Lepas pantang, ibu dan ayah bawak Ilham jumpa Tok Wan dan Tok Abah pulak. Duduk kat Kota Bharu. Ilham duk sana 3 minggu. Tok wan sayang sangat pada Ilham. hehe. Ilham pun sayang Tok wan juga. Lepas 3 minggu, Ilham balik rumah Mok di Kuala Krai, sebab nanti ada tahlil untuk Tok Ayoh. Walaupun Ilham tak pernah kenal Tok Ayoh, ibu selalu tunjuk gambar Tok Ayoh pada Ilham. Ibu cakap, Tok Ayoh baik sangat.



Hmm, Ilham tak pernah naik kereta jauh-jauh. Penat juga rupanya 'travel' jauh ni ye. Pertama kali 'travel', Ilham duk diam-diam dalam kereta. Ayah bawak kereta 'slow n steady' je. Sebab takut Ilham pening. Perjalanan hampir 8 jam. Huhu, penat. Sampai je kat rumah baru, Ilham terus tido. Minum susu pun sambil pejam mata. Ilham dengar ibu dengan ayah duk cakap "alahai, comelnya anak ibu nih.".  



Ini hobi Ilham sekarang. Angkat kaki, goyang tangan. Nak belajar meniarap, kena longgarkan sendi-sendi. Hehe. Kadang-kadang, ibu cakap :Hip, hip Horayy. Ilham tak  faham pun, tapi Ilham tetap senyum. Ibu cakap, senyum tu sedekah yang tak perlukan modal pun. Cuma gerakkan mulut, tarik kiri, tarik kanan. Haa, dah jadi senyuman. Kalau nak lebih cantik, senyum sampai mata jadi sepet. ^_~. Ilham selalu praktis. Masa tidur pun Ilham selalu buat jugak. Ayah cakap, benda baik, kena jadikan amalan. Kalau tak biasa ajar muka untuk ukir senyuman, nanti susah nak senyum.



Nak perkenalkan, ini sepupu-sepupu Ilham. Yang ni masa abang Amie, Bang Ijie dan abang Eapue kecik-kecik dulu. Hehe, comel kan? Orang cakap, Ilham ada iras abang Ijie (yang pakai baju putih gambar Doraemon tu). Ilham tak tahulah betul ke tak. Sebab Ilham pun tak tahu muka Ilham macam mana. Ibu selalu tunjuk gambar Ilham dalam h/p ibu. Tapi, Ilham tak kenal pun siapa orang dalam gambar tu. =p. 



Ini abang Amar yang suka cium pipi Ilham masa Ilham tidur. Abang Amar baru umur 2 tahun. Abang Amar selalu nyorok-nyorok bawah katil, lepas tu curi-curi cium Ilham masa ibu dengan Mok tak perasan. Ilham takut, sebab abang AMar besar. :p. Abang AMar selalu ambik barang-barang Ilham, sebab semua barang Ilham comel-comel. =)
Abang Amar selalu cerita pasal tadika dia. Semua orang suka usik abang Amar, sebab dia banyak cakap. Abang Amar baik sangtat dengan Tok Ayoh. Sampai sekarang, kalau orang tanya, Tok Ayoh pergi mana, Abang Amar akan jawab : Tok Ayoh duk di Tumpat, rumah Maa Leha.Hmm, setiap kali Maa Leha balik ke K.Krai, abang Amar macam tercari-cari Tok Ayoh. Dia pusing satu rumah, tapi tak jumpa Tok Ayoh.



Ini Abang Adri.. Dia abang kepada abang Amar. Abang Adri baik. Kalau ibu mintak abang Adri ambilkan barang, abang Adri cepat-cepat ambilkan. Ada satu hari tu, Ilham dengar Abang Adri cakap : "Su Wa garangla sekarang." Semua orang gelak. =p Ibu cakap, Su Wa tu ibu lah.



Ini kakak Subhiyah. Beza umur kami dalam 5 bulan je. Sekarang kakak Subhiyah dah pandai merangkak, dan dah boleh jalan 2,3 langkah. Lama tak jumpa kakak Subhiyah. Dia duk di Gemas, n9.



Ini pula abang Atiqullah dan abang Amirullah. dua-dua ni, selalu datang cari Ilham. Pegang tangan Ilham. =). Abang Atiq cakap : "Abang atiq sayang Su Wa. Atiq tak kisah pun Su Wa ada Ilham". Huhu. Abang Atiq ni, sangat manja dan rapat dengan ibu Ilham.



Ini lah abang Amie, abang Ijie dan abang Eapue. Tadi gambar masa kecik. Ni dah besar dah semuanya. ^_^. 



Abang Amie dan abang Ijie. Beza setahun je. Sekarnag abang Amie belajar di MATA, Kuantan. Abang Ijie pulak nak ambik PMR tahun ni. Kami doakan abang Amie dan abang Ijie berjaya dengan cemerlang.



Ini, sama macam yang atas. Kecuali ada seorang yang belum diperkenalkan. Abang Haizad. Yang macam Superman nak terbang tu. Abang Haizad ni, adik bongsu abang Amie dan abang Ijie.



Ini kakak Fatiehah dan abang Amar. Suka ambik gambar. Kakak Fatiehah ada seorang abang dan seorang kakak. Namanya Abang Haqimie dan kakak Syafiqa. Dua2 tak ada dalam koleksi gambar ibu. So, tak bolehlah nak perkenalkan. =). Haa, kakak Subhiyah tadi, adik kepada kakak Fatiehah ni. Mereka semua ada 4 adik beradik.


Kalau Tok Ayoh masih ada, Ilham mesti boleh masuk dalam kebun dengan Tok Ayoh macam abang amie, abang ijie dan abang eapue ni. Takpelah, nanti ayah bawak Ilham masuk kebun.


Dah penatlahhhh. Ilham nak rehat dulu ya. Insya'ALLAH, next time, Ilham cerita lagi. Ilham sekarang dah pandai balikkan badan, Nak meniarap. Ni, ibu ambik gambar masa pertama kali Ilham berjaya meniarap. Tangan tu, Ilham tak tahu nak letak kat mana. Tup, tup, masuk dalam mulut. Uhuk.. Ibu ambik gambar, pastu keluarkan jari Ilham dari mulut. Ilham terus tengok jari Ilham, bilang, ada berapa. =p



Tadi ibu ada baca post acik Syirah. Tentang tips nak ajar anak baca al-quran sejak kecil. Ibu sangat tertarik. Ibu nak aplikasikan tips2 tersebut pada Ilham. Mohon doa dari semua ya. Ilham nak jadi Huffaz!

Wassalam. ^_~

Isnin, 6 Ogos 2012

RAMADHAN ~ muhasabah ~ syukur

Assalamua'laikum.

Semoga sahabat sekalian dalam dakapan iman sentiasa, hendaknya.

Hari ini, 17 Ramadhan, bersamaan dengan 6 Ogos 2012. Ramadhan berbaki, lebih kurang 12 hari saja lagi.

Cepat sungguh masa berlalu. Kadang-kadang tak terasa. Turun rumah pukul 6.45 pagi, sampai rumah dalam 5.15 petang. Berlari siapkan diri, melayan anak kecil yang hampir seharian ditinggalkan, masak untuk berbuka. Dah lepas berbuka, solat, cuci pinggan mangkuk, tidurkan anak, eh, dah azan Isyak. ALLAH. Baru-baru ni, terkejut bila zauj cakap : hari ni dah 15 Ramadhan. Hah? dah 15 ke? tak sedar langsung.

Masa berlalu, tak tunggu kita. Usia semakin meningkat. Tanggungjawab semakin banyak. Bekalan pula bagaimana? ALLAhu ALLAH.

Semoga ALLAH meredhai setiap hela nafas sepanjang umur yang telah kita lalui. Memberkati setiap rezeki yang kita perolehi.

Ramadhan kali ini, 1433 Hijrah.

Tahun ni, pertama kali berpuasa dengan suami di sisi. Walaupun ini dah masuk tahun kedua berkahwin, tapi, sebelum ni duk asing-asing. =)
Tahun ni, ALLAH kurniakan buah hati, Muhammad Ilham Syakirin.
Tahun ni, sangaaattt terasa singkatnya waktu. (^_~)
Tahun ni, tahun yang cukup banyak penyebab untuk ana mengkoreksi diri.

Semalam, Ilham dah boleh balikkan badan. Dah boleh meniarap. Alhamdulillah. Betapa gembiranya ibu dan ayah, bila melihat perkembangan anak di depan mata. Terpegun melihat gigihnya seorang insan kecil. Mencuba, berusaha sepenuh hati, sedaya upaya. Bila dia letih, betul-betul letih, barulah akan menangis. Tapi, sekejap je. Dah baringkan dia, mulalah nak berusaha untuk meniarap lagi.

Malu pada si kecil. Kita yang dah besar panjang. malah dah tua ni, mudah sangat putus asa. Bila dah penat, mulalah malas nak usaha. Macam-macam alasan kita bagi. T_T. PEringatan buat diri.

Apapun, dalam tempoh yang masih berbaki, semoga ALLAH berikan kekuatan. Dan kurniakan kesihatan yang baik. Bersama memaknakan hari yang mendatang, memanfaatkan hari sedang dilalui. Hidup hanya sekali. Iman itu tidak boleh dijual beli!


Al-Fatihah buat arwah ayah, Omar bin Arsad. 
22 November 1943 - 16 Mac 2012
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers