Rezeki

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat kembali kepada Fitrah



Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat aja di penghujung Ramadhan ini. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan di dunia hingga ke saat ini. Semoga ALLAH redha setiap saat yang kita lalui.

Insya'ALLAH, malam ini kami akan bergerak balik ke kampung. Doakan kami ya sahabat-sahabat.

Dikesempatan ini, ana dan zauj ingin memohon kemaafan dari semua sahabat, baik yang mengenali jasad ataupun hanya sekadar mengenali nama. (^_~). Mohon keampunan atas segala salah dan silap sepanjang tautan ukhuwwah kita, mungkin pernah terkasar bahasa, mungkin pernah melakukan khilaf dan dosa, mungkin pernah mengguris luka. Semoga dengan kemaafan dari kalian, akan lebih memaknakan lagi erti Ramadhan dalam diri ini.


***
Kita masih lagi di bulan Ramadhan al-mubarak.

Semoga dapat kita sama-sama manfaatkan masa yang masih berbaki. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin, mencari redha ilahi.

***

Semoga ALLAH memberkati kita semua. Salam akhir Ramadhan, salam awal Syawal


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 18 Ogos 2011

Sederhana itu dituntut

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Ana alhamdulillah, sihat walafiat.




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 17 Ogos 2011

Mana Mak??




Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

***

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

***

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

renungan buat semua.. diambil dari emel yang dikirim oleh zauji.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 16 Ogos 2011

Ada hikmah, insya'ALLAH

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa ya. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. Suami juga begitu. Sesekali disapa batuk dan sakit kepala, mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Alhamdulillah, masih dikurnia nyawa.

Membelek-belek satu persatu deretan senarai blog yang ada. Semuanya ber'paparan' baru. Alhamdulillah. Syukur sentiasa. Hari Jumaat yang lalu, ana menaip satu post dengan agak panjang. Tapi, dek kerana kekurangan ilmu, ana telah kehilangan post tersebut. Alkisahnya, ana telah meng'signout' dari akaun yang digunakan untuk blog ini. (^_^). Apapun, ana tetap bersyukur. Barangkali jika post tersebut disiarkan, ada yang akan mengundang musibah keatas ana, mengguris hati sesiapa. Mungkin. Terima kasih ya ALLAH. PercaturanMU sentiasa yang terbaik. YAKIN!

astaghfirullahal'azhim

***

Berhujung minggu dengan suami, alhamdulillah, sesekali dapat 'serve' makanan untuk suami, sangat bersyukur. Apabila sendirian, akan ada bibit-bibit cemburu dihati (melihat/mendengar cerita mereka yang diberi peluang tinggal sebumbung dengan keluarga), namun, segera dicantas cemburu itu. Ya, hati ini perlu sentisa dibasuh. Menghilangkan kekotoran yang ada. Jangan dibiar berlama-lamaan, nanti buruk kesannya. (^_~). Terima kasih ya ALLAH. Suami kesayangan selalu berpesan : Selalu simpan sabar dalam hati. Jangan mudah ikut emosi. Nanti dah sampai masa, akan ada bahagian kita. ya.


hasil air tangan zauji dan ana.. =).. semuanya homemade.. alhamdulillah

Terima kasih atas nasihat. Memang diri ini agak kalah dengan emosi. Ya, lain orang, lain ujiannya. Sebelum kawin, semua orang akan ditanya bila walimahnya. Bila dah kawin, semua orang pasti ditanya, bila nak dapat baby? Dah dapat baby, akan ada yang tanya lain pula. (^_^). Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Semuanya dah diatur ALLAH sebaik-baiknya. Masakan DIA sengaja membuat kita resah gelisah tanpa ada hikmah disebalik percaturanNYA. Apa pun, sama-samalah kita saling mendoakan, semoga tidak tewas dengan kekurangan diri sendiri. Dan perlulah sentiasa bersyukur dengan apa saja yang DIA aturkan. Kita semua kan maklukNYA. Dia Pencipta, sedangkan kita hanya hamba. Masih mahu mempersoalkan hak dan ketentuanNYA keatas kita?

***
alhamdulillah.

Tahniah kepada semua yang telah selamat melahirkan cahaya mata. Kepada yang sedang menanti kelahiran orang baru, semoga bersabar sehingga tiba masa yang DIA tentukan,ya. Kami mendoakan semoga selamat dan dipermudahkan segalanya. (^_~).

p/s : amir solihin, acik belum sempat nak menjejak kaki ke S.Alam. Semoga ALLAH permudahkan urusan acik untuk bertemu amir dan ummu ya.

Sampai disini saja untuk kali ini, insya'ALLAH, jika ALLAH izinkan, kita jumpa lagi dilain masa. Ma'as salamah.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 11 Ogos 2011

Ramadhan sedang berlalu

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya, ya. (^_~). Ana, alhamdulillah. Sihat walafiat dengan izinNYA.

Jadikan hari ini lebih baik dari sebelumnya. (^_^)

***



Sedar tak sedar, hari ini telahpun bertarikh 11 Ogos 2011, yang mana juga bersamaan dengan 11 Ramadhan 1432H. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, Fasa 1 Ramadhan telahpun berlalu.

Apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh tersebut? Adakah kita melepasi fasa 1 dengan jayanya, atau sebaliknya?

*muhasabah*

***

Ramadhan masih berbaki lebih kurang 19 hari. Semoga hari-hari yang ada itu, tersedia ruang untuk kita. Ramadhan, bulan penuh kerahmatan. Didalamnya terkandung satu malam yang dipanggil Lailatul Qadr. Yang mana, merupakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Mahu melepaskan peluang yang sudah ada didepan mata?? Fikir-fikirkan...

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan

Jaga diri, iman, dan amal. Semoga redha dan rahmat ALLAH mengiringi.

Sehingga bertemu lagi, wassalam.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan : 1001 Rahmat

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagiNYA, yang maha berkuasa atas segalanya. Syukur, kerana masih diberi izin olehNYA untuk meneruskan kembara kehidupan. Selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Ramadhan. Hari ini merupakan hari ke-9 kita berada di bulan mulia ini. Bulan yang telah dijanjikan 1001 rahmat kepada seluruh ummat Muhammad.

Apakah pengisian kita untuk Ramadhan kali ini?
Adakah lebih baik dari sebelumnya?
Jika ya, alhamdulillah.
Jika tidak, sama-sama kita usahakan, ya.

***



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 5 Ogos 2011

Udang Masak Lemak Cili Padi

Assalamua'laikum.

Semoga dalam dakapan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Alhamdulillah, hari ni ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan.Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untuknya.

***

Tadi ada sahbiah kongsi resepi. Ana pun teringin juga nak berkongsi. (^_~). Berebut-rebut buat kebaikan, ok kan?

Baiklah, resepi hari ini ialah:
Udang Masak Lemak Cili Padi. (orang kelate panggil gulai kunyit kkkuah).. hehe


(ni pinjam gambar dari blog orang lain..)
***

10 ekor udang galah saiz sederhana


3 biji bawang merah *

2 ulas bawang puteh *

1 inci kunyit *

1/2 inci lengkuas *

2 biji cili padi (kalau nak pedas, boleh tambah sendiri ya)*

200 gram santan

gula n garam secukup rasa

timun / nenas / asam keping (boleh juga ditambah dalam masakan tapi pilih salah satu sahaja ya)


*********

cara-cara :

kisar /blend semua bahan bertanda ( * ).

bila siap, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.

masukkan juga santan.

masak hingga mendidih.

Kena selalu kacau kuah ya, takut santan berketul.. (^_~)


Kemudian, masukkan udang..

bila udang hampir masak, masukkan garam, gula.

Boleh masukkan juga timun atau nenas atau asam keping ya.

mengikut citarasa masing-masing.

dan bila semuanya dah siap, boleh dihidangkan. Sedia untuk dinikmati.

**********

Resepi ini boleh juga guna ayam, ikan, telur atau ketam bagi menggantikan udang.. Hehe.. Terpulang lah pada citarasa masing-masing. (^_~)

Selamat mencuba.. insya'ALLAH jadi..

***

baru cuba 2x, alhamdulillah, menjadi. Kongsi-kongsi ya.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 4 Ogos 2011

Bukankah kita bersaudara??

Assalamua'laikum

(mohon klik pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas)

Alhamdulillah, atas segala nikmat kurniaanNYA. Hari ini, 4 Ramadhan. Alhamdulillah, ALLAH masih beri peluang dan ruang kepada kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa. (^_~)


Dikesempatan ini, kami ingin menghebahkan berkenaan dengan pengumpulan dana bagi program Nisa' Small Kindness (NSK).

Sepertimana tahun-tahun sudah, Unit Kebajikan dan Kaunseling, selaku duta kebajikan dalam organisasi Nisa', akan menjalankan program-program kemasyarakatan. Program ini bertujuan membantu insan-insan yang kurang upaya, tidak berkemampuan.

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang mulia ini, Nisa' ingin menjemput sahabat-sahabat yang prihatin lagi budiman sekalian, untuk sama-sama menghulurkan sedikit bantuan, bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang lain, yang tidak berupaya.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dan kerahmatan dari ALLAH. Membahagiakan saudara-saudara kita yang lain.

Kepada yang berminat, boleh rujuk poster, untuk rujukan dan tindakan seterusnya. Semoga ALLAH memberkati segala usaha.

Selain daripada pengumpulan dana untuk sumbangan Ramadhan dan Syawal, NSK juga memberi sumbangan barangan sekolah untuk anak-anak yatim, mahupun yang tidak berkemampuan. Boleh rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang NSK : Back to School .. rujukan : http://nisawp.blogspot.com/2010/12/nsk-back-to-school-di-mydin.html

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Cik/Puan/Tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2011/08/susah-senang-kita-rasai-bersama.html


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 3 Ogos 2011

Ia adalah yang terbaik

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga cergas sentiasa ya.

Hari ini, merupakan hari ke-3 kita menunaikan ibadat puasa.  Semoga ALLAH redha ke atas kita, diterima segala amalan kita yang tak seberapa.

Ramadhan merupakan bulan yang terbaik berbanding yang lainnya.

Saban hari menghitung waktu, menunggu detik 1 Ramadhan.  Lama rasanya menunggu. Bila menjelma Ramadhan penun barokah, terasa begitu cepat. Pejam celik, pejam celik, sudah 3 hari di bulan Ramadhan. (T_T). Hanya tinggal lebih kurang 27 hari saja lagi. Apa yang dapat kita lakukan dalam tempoh tersebut? Sehingga ke saat ini, apakah yang telah kita lakukan?

ALLAHU ALLAH.

11 bulan berlalu dengan sia-sia. Adakah masih mahu mensia-siakan tempoh sebulan yang ALLAH telah janjikan kemuliaan, kerahmatan, keberkatan dan kebaikan yang berlipat ganda ini?

11 bulan berlalu, kita telah mengisi kantung perut dengan pelbagai jenis makanan, telah merasa pelbagai juadah. Masih beralasan untuk menahan makan dan minum untuk tempoh beberapa jam yang ALLAH telah tetapkan?

11 bulan yang lalu, kita dibiarkan bercakap perkara sia-sia, melakukan perkara yang tidak berfaedah. Adakah masih tidak puas? Belum cukup dengan 11 bulan yang telah berlalu?

Astaghfirullahal'zim.

Ramadhan kali ini,
biarlah menjadi Ramadhan terbaik buat kita.

Ramadhan kali ini,
biarlah menjadi pemangkin kekuatan jiwa kita untuk menempuh 11 bulan yang mendatang.

Ramadhan kali ini,
mungkin yang terakhir untuk kita.

Semoga segala keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kebaikan yang ada didalamnya, turut menjadi milik kita bersama.

ALLAHU ALLAH.

Wahai diri dan sahabat sekalian,
jom perbaiki diri.

Yang wajib dijaga dengan sempurna.
Solat awal waktu. Jaga lidah, hati, mata.

Yang sunat jangan dilupa.
Untuk menampung kekurangan yang ada.
Kalau buat, dapat pahala. (^_~).
Bekalan kita untuk ke SANA...

******

Semoga ALLAH beri kekuatan, kesabaran, ketenangan, kelapangan dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.

SELAMAT BERPUASA. (^_~).


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers