Rezeki

Sabtu, 30 Jun 2012

Cukuplah kematian sebagai peringatan


dengan nama ALLAH yang maha pemurah, maha pengasih

assalamua'laikum.

salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita masih dapat meneruskan kembara di bumi Tuhan ini. Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA, atas segala nikmat yang tak pernah putus.

Setiap hari umur kita semakin bertambah. seharusnya bila usia semakin bertambah, semakin matanglah pemikiran kita. Bila fikiran semakin matang, makin banyak perkara positif yang kita dapat fikirkan. (^_^) bila hati tenang, nak beribadat pun senang. makin dekat diri dengan ALLAH, bertambah-tambahlah ketenangan dalam diri kita.

ALLAHu ALLAH

Hari ni genap 117 hari pemergian ayahanda tersayang. Kehilangannya memang sangat dirasai.Lebih2 lagi setelah kelahiran si kecil, Ilham. iya, kalau dulu, cucu-cucu yang lain, ayah yang akan uruskan cukur jambul, kalau menangis malam, ayah yang handle. Tapi, bila ayah dah tak ada, semuanya kena urus sendiri. Nak dekat bulan puasa ni, makin rindu pada ayah. Biasanya, 2,3 malam pertama di bulan Ramadhan, ayah yang kejutkan untuk masak sahur.. Hehe, pukul 3 pagi dah ketuk pintu bilik suruh masak nasi, takut tak sempat nak sahur. (^_~). bila nak buka puasa, ayah akan beli kuih banyak2.. kalau adik beradik berkumpul buka puasa kat rumah, ayahla yang paling sibuk. Sembelih ayam kampung 3,4 ekor. cari lauk pauk. Ingat lagi masa pertama kali berpuasa di poli dulu. Setiap hari, ayah akan telefon. Tanya makan apa buka puasa nanti. Ayah pesan, makan jangan cermat sangat. Kalau nak makan apa-apa, carilah. kalau tak cukup duit, mintak. hmm, rindu ayah...

Semoga ayah tenang di sana... al-fatihah untuk arwah Omar bin Arsad (22 Nov 1943 - 16 Mac 2012)

*****


Kematian datang tanpa mengenal usia, pangkat mahupun harta. Baik tua mahupun muda. Kaya ataupun miskin. Bila sampai masa, pastikan pergi juga. Bila tiba masanya, tak ada siapa atau apapun yang mampu menahannya. Takkan lewat atau awal walau sesaat. Semuanya dah ditentukan. Bila, di mana, bagaimana.. ALLAh saja yang tahu. Kita? hanya perlu bersedia.

Namun, sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi saat kematian? Sudah cukupkah amal ibadat kita untuk dijadikan bekalan ke sana? ATAU masih lagi terlena dalam mimpi indah di dunia? Masih lagi leka dan lalai dengan tipu daya dunia?

Astaghfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim...

Semoga ALLAH sentiasa bimbing hati kita untuk terus berada di jalan yang diredhaiNYA.

"Ya ALLAh, janganlah KAU bolak balikkan hati kami, setelah KAU berikan taufiq dan hidayahMU kepada kami. Sesungguhnya, kami makhluk yang lemah. yang tak mampu melakukan apa-apa, tanpa izin dan kuasaMU. Ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan dosa-dosa kami.. Aminn ya robbal a'lamin."


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 29 Jun 2012

Cahaya KasihNYA

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, puji dan syukur kepadaNYA, yang masih mengizinkan kita meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Tiada kuasa yang dapat menandingi kekuasaanNYA. DIAlah ALLAH, Tuhan sekalian alam.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Kelahiran mujahid pertama pada 16 April yang lalu, memberi kesan kepada kami. Dari segi masa, cara berfikir, cara menguruskan rumah tangga. Banyak yang perlu dipelajari. Ada juga yang perlu diubah, supaya lebih menepati kehendak semasa.

Alhamdulillah, atas segalanya.

Peranan seorang ibu dan ayah di zaman yang serba moden ini, semestinya lebih mencabar. Dengan teknologi yang semakin berkembang, kemudahan yang melambak, memberi kesan kepada perkembangan pertumbuhan anak-anak. Semoga zuriat kita semua dalam perlindungan ALLAH hendaknya.

2 bulan 14 hari

Usia mujahid sudah menjangkau 2 bulan 14 hari. Hari ke hari, semakin banyak perkara baru yang beliau tengok, dengar, belajar. Sekarang, dah berada di kota konstantinopel Malaysia. Beliau sedang cuba membiasakan diri. Alhamdulillah, tak banyak meragam. Tidur pun dah tak terganggu. Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH.

Kepada yang ingin melihat wajah terkini si kecil, kami sertakan bersama di sini. (^_~).


MUHAMMAD ILHAM SYAKIRIN BIN MUHAMAD RASHDAN


(ini gambar bertarikh 29 Jun 2012 - jam 10 pagi)


(gambar 2 minggu lepas.. =)

mohon doa dari semua ya.. terima kasih. =)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 25 April 2012

Muhammad Ilham Syakirin bin Muhamad Rashdan

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, segala puji bagiNYA atas segala limpah nikmat dan kurnia yang tak berbelah bagi.

Alhamdulillah, pada 16 April yang lalu, seorang bayi lelaki seberat 3.48 kg telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Krai, Kelantan pada jam 6.06 petang.

Nama diberi Muhammad Ilham Syakirin bin Muhamad Rashdan.


2 jam pertama selepas kelahiran.



wajah terkini. 
Alhamdulillah.

Semoga dilindungi ALLAH sentiasa hendaknya.

Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 4 April 2012

Nisa' Putrajaya bersama Ustaz Hasrizal Abd Jamil

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/



Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. (^_^)

Insya'ALLAH, pada hari Ahad ini, Nisa' Putrajaya dengan berbesar hati ingin mengajak warga Putrajaya khususnya, dan wanita-wanita di sekitar umumnya, untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis ilmu yang akan diadakan pada ketetepan berikut:

TAJUK : 'GADIS SEMASA'
PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ HASRIZAL JAMIL (saifulislam.com)
TARIKH : 8 APRIL 2012 (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI), PUTRAJAYA.

Dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi sama-sama mengutip cebisan perkongsian yang bakal disampaikan oleh Ustaz nanti. Terbuka untuk semua WANITA.. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk hadir sama ya. (^_~). kami menanti kehadiran anada.

Jumpa di sana. Wassalam.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Maaf Dipinta Dari Semua

Assalamua'laikum

Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita masih mampu meneruskan kehidupan. Semoga setiap hela nafas kita mendapat rahmat dan redhaNYA.

(^_~)

Alhamdulillah, kami sekarang dah berada di kampung. Masuk hari ke-4 dah. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan dan selamatkan perjalanan kami. Ana dah mula bercuti, menghitung hari untuk kelahiran cahaya mata pertama.



Dikesempatan yang ada, ana ingin memohon ribuan kemaafan dari semua, andai ada salah dan silap yang telah ana lakukan antara sedar atau tidak. Andai ada terkasar kata, atau terlebih bicara, ana mohon maaf ya.

Semoga ALLAh permudahkan urusan kita semua. Mohon doa dari kalian juga ya. Semoga ALLAh permudahkan segalanya.

Sehingga bertemu lagi dilain masa.

Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers