Rezeki

Isnin, 30 November 2009

PENGUMUMAN



(sila klik pada gambar di atas untuk dapatkan maklumat lanjut)


"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" - As-Saff, ayat 4...

Assalamua'laikum...

Alhamdulillah, setelah beberapa perbincangan dilakukan, satu program telah dirancang bagi merapatkan dan mengukuhkan lagi saff ukhuwwah fillah Alumni Ukhuwwah (AuK)..

Kepada sahabat-sahabat Alumni Ukhuwwah, antum bolehlah mendaftarkan nama kepada individu-individu yang telah diberi amanah sepertimana yang tercatat..

Muslimin boleh hantar nama dan pengesahan kehadiran kepada Akhi. Hakim, manakala muslimat boleh hantar nama dan pengesahan kehadiran kepada Ukhti. Syuhada... sebarang pertanyaan, boleh hantar email ke id ini :- ukhwah127_07@yahoo.com.my.

Pendaftaran dan bayaran yuran boleh dibuat sehingga tarikh 5 Disember 2009...


*******************************
Ayuh, kita jayakan program tautan ukhuwwah ini... Ajak sahabat-sahabat dan adik-adik semua..
Jumpa di sana.. (^_^)

ALHAMDULILLAH


naik bas Mahligai, pertama kali dalam sejarah.. (^_^)

Assalamua'laikum.. Salam ukhuwwah fillah buat sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua, serta masih sudi menghidupkan kita sehingga saat dan ketika ini.. Alhamdulillah...

Macam mana keadaan antum hari ni? Sihat atau tidak? Semoga sentiasa dalam limpahan rahmat dari yang Esa... Insya'ALLAH.. Dah ramai ke yang masuk kerja hari ni? Selamat kembali ke perantauan, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja, pelajar, pendakwah dan hamba ALLAH yang taat.

Ana balik Kelantan 4 hari je.. Naik bas dari Putrajaya hari Khamis, 26 Nov 2009, pukul 830 pagi, sampai di Kuala Krai pukul 1000 malam.. Pertama kali dalam sejarah, naik bas lama macam tu.. hehe.. pengalaman.. Jalan jem teruk, selalunya nak balik Kelantan dalam 7 atau 8 jam je, tapi disebabkan ALLAH nak bagi kita nikmat bersabar, ALLAH izinkan berlakunya kesesakan lalu lintas.. Alhamdulillah, syukur.. Kalau tak, tak ada la pengalaman naik bas lama macam tu, kan? (^_~).. Semalam naik bas dari Kuala Krai pukul 1130 pagi, sampai di Putrajaya pukul 1000 malam.. Sampai rumah dalam pukul 1030 malam.. Pengalaman, pengalaman.. (^_^)

Baiklah, dalam kepala ni memang ada perkara nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua, tapi, tunggulah nak selesaikan kerja/ amanah dulu.. Insya'ALLAH, moga ALLAH permudahkan segalanya...

Rabu, 25 November 2009

Ujian tanda kasih sayang ALLAH

Allahu Rabbi..

Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat kesayangan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Apa khabar sahabat-sahabat hari ini? Moga sihat dan bahagia sentiasa dilimpahi rahmat dari yang Esa, insya'ALLAH..

Hari ni, abang kepada seorang sahabiah ana mengalami kemalangan. Sekarang berada dalam keadaan agak kritikal. Doktor memaklumkan bahawa terdapat pendarahan dalam kepala. Sahabiah ana terus bergegas ke Kedah tadi. Semoga selamat sampai ke destinasi dan semoga abang beliau pulih seperti biasa, aminn.. Tolong doakan ye sahabat-sahabat semua. Semoga doa kita semua dimakbulkan ALLAH.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"- surah al-ankabut, ayat 2.




Semoga sahabiah kesayangan dan keluarga tabah menghadapi ujian dari ALLAH..



Oh ye, nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA kepada semua.. Selamat bercuti.. Kepada perantau-perantau yang akan pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati.. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi... Jaga diri, iman, amal, akhlak, ISLAM..



Sebelum mengundurkan diri, jangan lupa....



KEMPEN TUTUP AURAT SEDANG DAN AKAN DILAKSANAKAN SEPANJANG MASA... (^_~)
DUHAI MUSLIMAT, TUTUPLAH AURAT, JAGALAH BATAS PERGAULAN.. MOGA MENDAPAT REDHA ILAHI... ANA SAYANGKAN ANTUM..


Isnin, 23 November 2009

KEMPEN TUTUP AURAT

Marilah sahabat-sahabatku, kita raih cinta ALLAH.. ajaklah manusia melakukan kema'rufan, tegahlah mereka mengerjakan kemungkaran... WAJIB!!
AYUH, KITA SEBARKAN KEMPEN TUTUP AURAT KE SERATA DUNIA..
BERKUAT KUASA SERTA MERTA, TANPA HAD MASA ATAU TAMAT TEMPOH..

PANDUAN LENGKAP BUAT MUSLIMAH..


BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.. JOM RAIH CINTA ALLAH..

Muslimat yang dikasihi kerana ALLAH, jagalah auratmu sebaik mungkin.. sesungguhnya dirimu amat berharga.. (^_~)


Masa amat mencemburui kita... Ya ALLAH, bantulah hambaMU.. aminn

****************************

Nasihat Luqman penuh makna tersirat..
LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak. Beliau hidupketika zaman Nabi Daud.Wasiat dan nasihatnya yang mengandungi falsafah tersirat dan tersuratbanyak dijadikan pedoman dan panduan berguna kepada umat manusia.

Luqman pernah berkata kepada anaknya: "Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati."

Katanya lagi : "Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamuakan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini.
"Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikankamu senang dengan kehidupan dunia."
Luqman berkata : "Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
"Aku sudah rasa kepahitan, tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.
"Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang."
Nasihat lain Luqman yang berguna untuk pedoman dan hidup kita, termasuk:-
l Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis ulama dan dengarlah kata-kata hukama (orang yang bijaksana). Hal ini kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2 Berkawan dan hampirilah ulama serta duduk dan ziarahilah rumah merekaagar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasakan nikmat itu.
3 Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.
4 Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
5 Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa saja.
6 Dunia ini bagaikan lautan dalam yang mana sudah ramai diteggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah takwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.
7 Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.
8. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:
- Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
- Orang yang berani melainkan ketika berperang.
- Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukanpertolongan daripada mereka.

9. Sesungguhnya dunia ini sedikit saja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Sementara, umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
l0. Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:
- Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
- Memuji-muji kawannya apabila berada bersama mereka.
- Gembira jika kawannya ditimpa bala.
**********************
ALLAHU RABBI.. SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA.. WASSALAM

Jumaat, 20 November 2009

ILMU


Assalamua'laikum sahabat-sahabat semua.. Salam perjuangan menuju kemenangan, salam ukhuwwah mencari mardhatillah.. (^_^)

ALLAHU RABBI...

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA, kita semua masih berkesempatan menyelusuri jalan-jalan kehidupan pada hari ini.. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga juga kerana masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. Ya ALLAH, matikanlah aku dalam iman dan ISLAM, aminn...

Apa khabar antum hari ni? Moga sihat fizikal dan iman, insya'ALLAH... (^_^)

Dalam tazkirah Jumaat lepas, Ust.Hizwan ada menyebut tentang ilmu.. Hmm, kepentingan ilmu.. Manfaat ilmu, memanfaatkan ilmu.. Allahuakbar... Kalau dibandingkan ilmu kita dengan ilmu ALLAH, hanya ibarat titisan air pada jari yang dicelup didalam lautan... Berapa titis yang ada pada jari tu sahabat-sahabat sekalian? Subhanallah, segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam.

"Sebaik-baik diantara kamu adalah orang yang belajar dan mengajarnya"- sabda Rasulullah s.a.w.

Apakah yang kita telah sumbangkan dengan ilmu yang ada pada kita? Apakah manfaatnya pada orang lain? Adakah kita betul-betul mengamalkan ilmu-ilmu itu duhai sahabat? Fikir-fikirkanlah...

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzar

muhasabah....

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers