Rezeki

Rabu, 9 Disember 2009

semoga diberkati ilahi





Assalamua'laikum sahabat2 semua....
Merujuk kepada perkara di atas, ana dengan sukacitanya ingin menjemput antum untuk sama-sama melaksanakan solat hajat bagi memohon keberkatan ILAHI, dan semoga Program Hari Keluarga Alumni Ukhuwwah yang bakal diadakan pada 25 dan 26 Disember 2009 nanti dipermudahkan segalanya..


JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN HARI KELUARGA NANTI...

"SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA"

ikatlah hati2 ini dengan rahmatMU ya ALLAH


telah terhimpun hati-hati ini, demi memikul beban dakwahMU...

satukanlah, eratkanlah ya ALLAH..

semoga dipermudahkan segala urusan hambaMU ini...

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..


ukhuwwah fillah abadan abada

Sedetik bersama, Seabad terasa

Anak-anak soleh payung keluarga
" adik-adik sedang khusyuk mendengar penerangan dari kak seha"

tengok si cilik yang pakai baju sama tu.. Mereka bertiga adik-beradik.. (^_^)


Peserta motivasi mendengar ceramah dari ustaz


Ini adalah adik-adik kumpulan ana.. Maafkan akak sebab tak sempat jumpa adik-adik sebelum balik aritu.. semoga kalian menjadi anak soleh solehah.. sayang kamu semua..

******************************************
Assalamua'laikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua muslimin muslimat yang dikasihi kerana ALLAH sekalian..

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga sihat wal afiat hendaknya, insya'ALLAH.. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Esa, kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.. (^_^)

Pada hari Sabtu yang lalu, ana berpeluang untuk mengikuti program motivasi bersama adik-adik sekolah rendah di sebuah masjid di Kepong... Alhamdulillah, kenangan yang bermakna walaupun tidak dapat berlama-lamaan dengan adik-adik. Kekangan masa dan komitmen pada amanah lain memaksa diri untuk melepaskan adik-adik yang baru dikenali.. Tak mengapa, insya'ALLAH, ada masa kita jumpa lagi.
Sekadar perkongsian, program tersebut merupakan program pertama ana bersama sahabat-sahabat dan adik-adik di Kepong. Setelah agak lama tidak menyertai mana-mana program motivasi (seingat ana, hampir setahun tidak menjadi fesi secara langsung, ), akhirnya ana diberi peluang dan ruang untuk kembali berkecimpung dalam medan motivasi. Alhamdulillah..
KEM MOTIVASI SEMPENA CUTI SEKOLAH
Apabila pertama kali menjejak kaki ke Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong, hati berbunga bahagia... Melihat deretan kasut dan selipar di tangga masjid sudah cukup untuk menunjukkan kepada kami betapa ramainya bilangan peserta Kem Motivasi kali ini... Semasa dalam perjalanan, Pengarah Program (PP) telahpun memberitahu kami bahawa peserta kali ini telah melebihi sasaran awal pihak penganjur. Anggaran awal hanya 80 orang peserta, tapi, sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak menambahkan lagi bilangan peserta untuk kali ini. Dan hasilnya, Kem Motivasi kali ini telah disertai oleh 99 peserta yang berdaftar.. Alhamdulillah... Peserta paling kecil berumur 8 tahun manakala yang paling besar berumur 12 tahun. Ada yang datang kerana dipaksa, ada juga yang datang atas kemahuan sendiri. Tapi, semuanya menunjukkan wajah ceria.. Happy always.. (^_^)
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Peribahasa melayu ini amat sinonim dengan amalan mendidik seorang anak anugerah ALLAH sejak kecil lagi.. Betapa beruntungnya seorang anak yang diberi peluang dan dididik sebegini. Sejak kecil lagi telah didedahkan dengan majlis-majlis dan program ilmiah membentuk sahsiah diri. Adik-adik yang diberi kesempatan sebegini seharusnya bersyukur.. Kerana ada ibu bapa yang ambil berat dengan masa depan adik-adik. Adik-adik beruntung kerana ada ibu bapa yang mampu membayar yuran untuk adik-adik menimba ilmu bersama kawan-kawan yang lain. Cuba tengok keadaan di Palestin, mereka tiada masa untuk program-program sebegini..Tapi keadaan sekeliling yang banyak mendewasakan mereka.. Mematangkan mereka melebihi tahap pemikiran untuk anak-anak seusia mereka.. Mereka hanya belajar melalui pengalaman, tapi mereka jauh lebih hebat dari orang-orang dewasa di sekeliling kita.. TAK MALU KE BERALASAN UNTUK KE MAJLIS ILMU??
Cuti sekolah sebulan lebih, memang banyak masa lapang untuk adik-adik.. Apa yang adik-adik lakukan di rumah? Tengok tv? Baca buku? Main game? Balik kampung, jumpa atuk nenek? atau melepak bersama kawan-kawan di pusat membeli belah? Merempit? Yang mana satu pilihan adik-adik?
Apabila menjelang cuti sekolah, banyak program-program sebegini diaturkan.. berderet sepanjang cuti sekolah, hampir sama banyak dengan majlis walimah.. Jadi, apa kata, kalau ibu bapa sekalian dan adik-adik sendiri mencari inisiatif untuk melibatkan diri dengan kem-kem bina sahsiah sebegini? Banyak manfaatnya untuk adik-adik dan ibu bapa.
Kepada sahabat-sahabat alumni ukhuwwah. jom kita sama-sama sertai program HARI KELUARGA ALUMNI UKHUWWAH...... Jangan lupa bawak keluarga dan sahabat-sahabat bersama.. Jumpa di sana ye... (^_~)

Jumaat, 4 Disember 2009

syukur

Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH? Moga sihat badan dan mantap iman, insya'ALLAH..

Alhamdulillah, hari ni, kita semua masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. moga ianya berkekalan.

Daisypath Vacation tickers

Alhamdulillah, perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga Alumni Ukhuwwah telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kerjasama dari semua zon membantu kelancaran perjalanan program.. Semoga ia berlangsung dengan jayanya...
"SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA"

*****************************

Selasa, 1 Disember 2009

i'm moving


Assalamua'laikum... Apa khabar sahabat2 sekalian? Moga sihat badan dan mantap iman, insya'ALLAH...


Ana akan berpindah, jadi mungkin tidak mempunyai masa untuk mengemaskini blog ana ni.. jadi, ana mintak maaf ye... Moga tempat baru memberikan impak yang lebih baik buat ana, insya'ALLAH..


Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers