Rezeki

Selasa, 7 Julai 2009

20072009

ni hadiah dari Boss (terima pada 20 Julai 2009)

ni hadiah dari kak Isma (terima pada 20 Julai 2009)
...........sms dari sahabat sahbiah.......

1) assalamua'laikum.. harap2 analah org ptama yg wish.."selamat Hari Lahir".. SMOGA MDAPAT MARDHATILLAH.. (11:59:39pm

2)mgkin diri ini xpnya hrta stinggi gnung u dhdiahkan,xpnya ilmu sluas lautan u dpsembahkan,xpnya rupa shensem Yusof u ditatap,xpya hati sbersih Muhammad u dbangga.. tp hya ku pnya scebis akhlak y slalu mendoakn agr drimu sntiasa slmt.brkat.rhmat n sihat dsisi ALLAH..slmt ari lahir.smoga pnjg umur n dmurahkan rzeki..(12:00:29am)

3)salam.Slmt mnymbut ulang tahun y k 21..smoga pjg umur n d mrhkan rzki y halal.(^,^) (12:00:42am)

4)selamat hari lahir adeq adaa syg..semoga bhgia dunia n akhirat,pjg umr,mrh rzki,cpt2 kawen:..dan blhjdi kmu benci kpd ssuatu pdhal ia baik bg kmu, dan blh jd kmu suka kpd ssuatu dhal ia buruk bg kmu.Dan(igtlah) ALLAH jualah Yang Mengetahui (semuanya itu),sdg kmu tdk mngetahuinya."(QS2:216) (12:02:05am)

5)assalamua'laikum syg, smga pnjang umur, murah rzeki (12:03:45am)

kak idah htr mesej pagi tadi (9:24:04 am/16 Julai 2009):

salam. slmt hari lahir syg. smg pertambahan usiamu mematangkan lagi langkah ke medan juang.mis u luv u alwayz my sis.. (",)

ni hadiah dari angah (terima pada 16 Julai 2009)



ni hadiah dari bez friend (terima pada 13 Julai 2009)


hadiah dari teman seperjuangan yg manje.. (terima pada 7 Julai 2009)
2007, angka keramat dalam hidup ana... bila ia menjelma, maka semakin singkatlah masa untuk persediaan ana menemui pencipta yang maha Esa..

hari ni, dapat 2 present dah... syukran jazilan kepada insan2 yang telah sudi menghulurkan sesuatu.. tahun ni memang catat sejarah, dan memang kenangan yang terindah untuk diri ana... sebab, TAHUN NI DAH BOLEH DAFTAR NGUNDI!!! hehehe, ana ni tak cukup umur lagi.. tak sabar dah nak daftar mengundi... kalau ikutkan hati, tepat jam 0000 20 julai 2009, nak tercegat depan kaunter pendaftaran dah... =P....
insya'ALLAH, ana mendoakan yang terbaik untuk semua... semoga dalam rahmatNYA sentiasa... RAISE ISLAM...

Isnin, 6 Julai 2009

Sister in islam (SIS) SILA KOMEN!!!!!!

SIS: Tiada fakta gincu dorong rogol by Abdul Rahim Sabri
Tidak ada fakta yang menyokong dakwaan bahawa memakai gincu dan berkasut tumit tinggi menyebabkan wanita dirogol, kata Sisters in Islam (SIS).
"Larangan ini dibuat daripada sikap prasangka dan seharusnya berdasarkan kepada penyelidikan dan data.
"MPKB mengeluarkan dasar atau undang-undang kena ada fakta," kata penyelaras program SIS, Norhayati Kaprawi kepada Malaysiakini, mengulas laporan wujud larangan terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Bagaimanapun majlis itu hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian seperti laporan media.
Etika berpakaian itu - termasuk bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi - hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.
Norhayati juga berkata, tanggapan umum mengaitkan jenayah ini dengan etika berpakaian adalah tidak benar.
"Orang yang memakai tudung pun kena rogol," katanya.
"Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?

Beliau juga menegaskan, bergincu dan berkasut tumit tinggi dalam kalangan perempuan sudah lumrah.
"Tidak ada isu, kenapa nak kawal pilihan orang perempuan untuk memakai gincu dan kasut tumit tinggi," kata aktivis hak wanita itu.
"Adakah memakai kasut tinggi itu tidak Islamik?"
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula menganggap saranan kepada pekerja Islam itu satu langkah yang baik.
"Usaha MPKB itu usaha yang baik dan (isu itu) tidak perlu diperbesar-besarkan," kata presidennya Mohd Hilmi Ramli.
"Kalau betul menggunakan gincu lebih dan memakai tumit tinggi menyumbang kepada jenayah rogol dan zina, (amalan itu) wajar diharamkan."
Bagaimanapun, tambah Hilmi, beliau menyifatkan niat MPKB itu tidak menyelesaikan masalah sebenar.
"Ada faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya zina dan rogol seperti jalan berdua-duaan tanpa mahram dan berpasangan (di tempat tertutup) boleh berlaku zina dan rogol," katanya.
Menurutnya, pemakaian tudung tidak boleh dipaksa kepada semua orang perempuan.
"Mereka diberi pilihan dan (kerajaan) terus mendidik rakyat tentang pemakaian yang menepati syariah," katanya.

Norhayati juga menggesa kerajaan Kelantan menumpukan perkara-perkara yang lebih serius seperti soal kebersihan, kemiskinan dan memberi khidmat yang cekap kepada rakyat.

jalan ku pulang


Tunduk ku malu di depan mu,
kerna ku insan berdosa,
Kuadukan sesalanku,
Apakah kan kau terima,
Kesunyian ini sedarkan diri ku yang lena,
Tinggalkan semalam ynag nanar,
lantas lelarkan ingatanku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling,
Ku bersyukur padaMu Tuhan,
Kau tunjukkan laluanku pulang,
dan cintaMu bagai air ditandus sahara,
buatku melepaskan dahaga,
suluhkan cahaya menerangi langkahku,
serlahkan segala kiasan indah cintaMu,
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan,
bimbang kau singkirkan taubat ku,
kurayu kau hulurkan keampunanku pada Mu,
Telah kuzalimi diriku,
janjiku padamu abdikan seluruh jiwa,
sehingga masanya kau seru hujung nyawa ku,
tak ku temu dimanakah hentinya,
rayuan taubat ku padaMu

-unic




Khamis, 2 Julai 2009

..........buatmu, sahabatku....


Ya ALLAH,
ENGKAU mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi (perintah)MU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya.
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA (yang sebenar).
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tak kunjung malap.
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU..
(jika ENGKAU mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para Syuhada' dalam perjuangan agamaMU.
ENGKAUlah sebaik-baik sandaran dan
sebaik-baik penolong...
Ya ALLAH, perkenankanlah permintaan ini..

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.."(AnNajm : 43)"

Rabu, 1 Julai 2009

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran sayangku...


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN

YANG KE 3....

ANAKKU.... MOHD OSAMA ADRI...

SEMOGA KAMU MENJADI ANAK YANG SOLEH,
PANJANG UMUR,
MURAH REZEKI,

MENDAPAT HIDAYAH DARINYA,

MENERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KALIMAH TAUHID NI....



muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers