Bertemu lagi. Alhamdulillah, DIA masih izinkan. Dengan bekalan iman dan ISLAM, alhamdulillah, tak terhitung nikmatnya.
Hari ini, hari Khamis, bertarikh 20 Oktober 2011. Bermakna sudah 11 bulan dan 1 hari diri ini dianugerahkan cinta halal oleh ALLAH, Pencipta cinta.
*syukur*
11 bulan 1 hari yang berlalu,
walaupun tidak menjalani hidup sebagai suami isteri dibawah satu bumbung sebagaimana pasangan yang lain, namun tetap rasa bahagia. Ya, sangat bahagia. Motivasi diri : ALLAH bagi peluang untuk kami menyemai rindu, menyulam cinta!
11 bulan 1 hari yang berlalu,
walaupun seringkali manik manik mahal menemani detik-detik sukar tanpa suami di sisi, namun tetap bahagia. Ya, sangat bahagia. Motivasi diri : ALLAH sedang menguji, sejauh mana pergantungan kita kepadaNYA. Dia yang bagi sakit, hanya DIA yang mampu menyembuhkannya!
11 bulan 1 hari yang berlalu,
walaupun hanya bertemu sekali atau dua kali dalam sebulan, tetap bahagia. Ya, sangat bahagia. Motivasi diri : Sesuatu yang terbaik, memang susah nak dapat. (^_~). Perlu banyak bersabar, nanti ALLAH bagi ganjaran. (akan sentiasa mengawal diri dari melakukan sesuatu yang bakal mengguris hati yang dicintai. Masa 2 hari, perlu dimanfaatkan sebaiknya! )
11 bulan 1 hari yang berlalu,
RINDU..ya, tak boleh nafi. Sangat rindu pada pengarang jantung yang satu itu. Lebih-lebih lagi di saat kita sangat memerlukan perhatian dan sokongan. Sukar nak kawal hati. Motivasi diri : Perpisahan sementara. Perlu banyak bersabar. Tiada kesenangan tanpa kesulitan!
***
Semoga cinta ini mendapat redhaNYA. Izinkan kami bercinta hingga ke SyurgaMU, ya ALLAH.
19 November 2010, 12 Zulhijjah 1431.
Sudah hampir setahun berlalu. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. (^_~)
Di saat lafaz sakinah diucapkan. Berpuluh-puluh jasad menjadi saksi detik istimewa tersebut. Kami amat hargai doa yang tak putus-putus dari kalian. Semoga ALLAH perkenankan doa yang kita titipkan.
***
Terima kasih ya ALLAH, hadirkan sahabat-sahabat yang solehah kepadaku. Terima kasih atas kesudian menemani diri ini. (^_~). Walau tak terucap oleh lidah, tak terzahir di pendengaran, insya'ALLAH, dalam diam doa buat kalian tak pernah dilupakan. Sayang sokmo!
***
*selalu baca blog suami isteri yang berjauhan. Lagi lama tak jumpa. Ada yang duk dalam Malaysia, tapi sorang duk semenanjung, sorang duk Sarawak. Ada juga yang masih belajar, sorang dalam malaysia, sorang lagi duk luar negara. Lagi mencabar kan? So, sabar la Puan Syuhada ye.. Ingat, kalau rasa diri ni susah, orang lain lagi susah, tau! S.A.B.A.R! Sabar tu kan indah? (^_~)
Terima kasih kepada yang masih sudi membaca coretan. Mode rindu sudah datang! Ahakss. Sangat malu sebenarnya, tapi alang-alang dah taip, n rasanya tak ada yang mengaibkan zauji mahupun diri ini, jadi, ana publish juga..=p.. semoga ada juga manfaatnya, terutama bagi yang berjauhan seperti kami. (^_~)
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *