Rezeki

Jumaat, 25 Februari 2011

Jemputan ke Majlis


Peta Lokasi Majlis

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi meminjamkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita. Juga nikmat sihat dan usia yang bersisa. Alhamdulillah, atas segalanya.

Puji dan puja hanya untukNYA.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Hari ni, hari Jumaat. Bertarikh 22 Rabiulawal 1432H bersamaam dengan 25 Februari 2011M. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan meneruskan kehidupan.

Semakin dekat dengan musim cuti sekolah, makin banyak jugalah kad undangan perkahwinan dihulurkan. Insya'ALLAH, dengan izinNYA, Kakak ipar ana akan melangsungkan perkahwinan beliau pada 12 Mac 2011. Dikesempatan itu, ana dan suami juga akan sama-sama menjadi pengantin yang diraikan.. (^_^). Kalau di Kelantan, kami gelarkan majlis tersebut sebagai "Majlis Sambut Menantu"... Kalau luar dari Kelantan, ana tak tahu apa gelarannya. Adik Syirah boleh bantu akak? =p

Maka, dengan itu, ana dan suami dengan rendah diri, ingin menjemput sahabat sahabiah sekalian, sesiapa yang mengenali diri ini mahupun suami, sesiapa yang berkesempatan dan ada kelapangan waktu, bolehlah hadir ke Majlis tersebut, pada tarikh yang ditetapkan.


Maklumat berkenaan majlis :


Tarikh : 12 Mac 2011

Masa : 11 pagi -6 petang

Tempat : 1463-C, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. (berhadapan dengan Kedai Yati Ayam Percik)



Pada tarikh dan waktu yang sama juga, beberapa orang shbiah akan melangsungkan majlis perkahwinan di beberapa tempat yang berbeza.


1) Kak Hasni dan pasangan


2) Kak Sya dan pasangan


"Semoga ALLAH memberkatimu, dan memberi berkat keatasmu, dan menghimpunkan kamu dalam kebaikan."


Andai ada yang dapat hadir, mohon hubungi ana ye. Syukran. Ilal liqa', ma'as salamah.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 23 Februari 2011

Selamat Penjang Umur, Kak


Assalamua'laikum.


Syukur dan sujud kepadaNYA, atas limpahan nikmat dan rahmat yang tak berkesudahan. Alhamdulillah. Puji dan puja hanya untukNYA.


Kita semai benih-benih ukhuwwah,

berharap moga redha ALLAH memayungi.


Kita bajai dengan kemesraan dan kepercayaan,

semoga mekar bunga-bunga cinta kerana ALLAH.


Alhamdulillah, atas segala limpah kurnia dariNYA. Alhamdulillah, ALLAH masih memberi ruang dan kesempatan untuk kita meneruskan kembara di Bumi Tuhan. Dengan usia yang masih bersisa, moga ALLAH tetapkan kita semua dijalan yang diredhaiNYA. Dikurniakan iman dan ISLAM sehingga akhir usia. Memberi kesihatan dan kemudahan untuk menunaikan amanah yang diberi.


Akhir kata, Kak Ismaliza binti Sha'ari, semoga ALLAH sentiasa memayungi dirimu, dengan rahmat dan barokah.. Redha sentiasa mengiringi, dalam setiap perkara kebaikan. CINTA apa saja yang ALLAH cinta, BENCI apa sahaja yang ALLAH benci....


Meningkatnya angka bukanlah sebagai kayu ukur keimanan kita kepada ALLAH. Usia yang panjang, belum tentu lagi mendapat berkat dan redha dariNYA. Berusahalah untuk menempatkan diri di pandanganNYA. Semoga berjaya.. (^_^)

Barokallahu fikki ya habibati... Ma'as salamah, wa ilal liqo... (^_~)y


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 22 Februari 2011

...Kembara iman meniti kehidupan...


Assalamua'laikum.


Apa khabar sekalian sahabat yang dirahmati ALLAH? (^_^).


Alhamdulillah, pada 19 dan 20 Feb 2011 yang lalu, sahabat-sahabat telah berkumpul di rumah ana untuk menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah, ALLAH ilhamkan perancangan yang selari dengan perancanganNYA. Sujud dan syukur hanya padaNYA. Alhamdulillah.


Pada jam 8.30 malam, K.Zira muncul di muka pintu. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya.. (^_~). Kak Zira datang tepat pada waktunya. Ana dan Kak Ummi menyiapkan makanan untuk santapan sahabat-sahabat yang bakal hadir sekejap lagi. Bau bubur jagung memenuhi rumah ana, menusuk deria bau semua orang.. (^_~). Alhamdulillah, dapat makan beramai-ramai. Macam-macam ada.. Puding karamel (puding gula hangus), roti, buah, kek, dan banyak lagi.


Kak Farah, Kak Raudhah, Kak Assiah, Kak Ikin, dan adik Atikah bertandang. Semakin meriah majlis ilmu kali ini. Alhamdulillah. Kami menanti Adik Efa yang datang dari Segambut. Jauh perjalanan, moga ALLAH pelihara dirimu, dik.


Akhirnya, penantian kami tamat dengan kehadiran adik Efa beserta mihun goreng dan agar-agar koko yang sangat sedap.. Rezeki.. Alhamdulillah.


Jam 10 malam, majlis bermula. Kak Ikin selaku pengerusi majlis pada malam tersebut meraikan sahabat-sahabat yang hadir. Kemudian majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Kak Assiah. Jom kita sama-sama ikuti sedikit pengisian yang dapat ana kongsikan di sini :


Beliau menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk : "Cinta kepadaMU".

Kenapa perlu mencintai ALLAH?
- ALLAH adalah yang paling layak dicintai.
- Nikmat dari ALLAH kepada kita tak pernah henti / "NON-STOP".
- kerana ALLAH paling menyintai kita berbanding segala yang ada di dunia ini.
- ALLAH telah banyak menunjukkan kasih sayangNYA kepada kita, tetapi kita yang sengaja menidakkan cinta dan kasih ALLAH terhadap kita.

Kenapa manusia sukar mencintai ALLAH?
- kerana manusia degil. Walaupun tahu secara jelas bahawa kita perlu menyemai cinta kepada ALLAH, tapi manusia tetap berkeras.
- manusia lebih suka meluahkan cinta kepada sesama makhluk. Bila lebih banyak berbicara dengan makhluk, akan terjadi kurangnya masa kita untuk bersama ALLAH. Manusia cenderung untuk meluahkan perasaan, masalah kepada sesama makhluk, sedangkan mereka lupa, bahawa masalah dan setiap perkara yang berlaku ke atas manusia adalah datangnya dari ALLAH. Hanya ALLAH yang mampu menguraikan masalah tersebut.
- Manusia sering melakukan dosa sehingga hati mereka menjadi kotor, hitam. Hati yang rosak dikaitkan juga dengan manusia yang sakit. Persamaan ini dapat difahami dengan contoh ini : Apabila manusia sakit, walupun dihidang dengan makanan yang sangat lazat, dan mahal, tapi mereka tidak mampu dan tidak ada sedikit pun keinginan untuk makan makanan tersebut walupun sedikit. Ini kerana tekak dan selera orang yang sakit tidak bersedia untuk menerima makanan tersebut. Begitu jugalah halnya dengan hati yang sakit. Apabila hati sakit, walaupun terlalu banyak anugerah dan nikmat kurniaan ALLAH kepada mereka, tapi mereka masih lagi tidak mampu untuk menikmati anugerah tersebut sebagai nikmat dari ALLAH. Tidak tahu untuk bersyukur. Nau'zubillah.

Bagaimana meraih dan merasai cinta ALLAH?
- Mencari redha ALLAH dalam setiap perkara. Jauhi dosa dan maksiat. Tanamkan perasaan takut akan azab ALLAH dalam hati kita.
- Mengamalkan segala suruhan ALLAH.
- Menjauhi segala larang yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
- Meletakkan ALLAH sebagai No.1 dalam setiap perkara. "ALLAH didahulukan, Syariat diutamakan" (^_~)
- Sentiasa berdoa supaya hati kita merasai nikmat cinta ALLAH. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.
- Menanam redha diatas setiap ketentuan ALLAH terhadap kita.
- Mengerahkan seluruh anggota badan untuk mentaati ALLAH. Perbanyakkan amal ibadat, sedekah, perbuatan dan percakapan yang baik.
- Menganggap dunia sebagai penjara. Tidak bersenang-senang dengan kemewahan dan apa jua yang kita ada. Seharusnya kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah sebuah tempat persinggahan sebelum kita tiba di destinasi yang abadi, iaitu Akhirat.
- Kita harus selalu muhasabah. Terlalu banyak dosa dan kesilapan yang kita lakukan setiap hari antara sedar atau tidak. Selagi ada masa, ayuh kita sama-sama perbaiki diri untuk menjadikan hari-hari yang mendatang akan sentiasa menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
- Menyemai keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasalah beristighfar, memohon keampunan daripada ALLAH. Boleh jadi ada riak atau timbul perasaan yang boleh menggoyahkan keikhlasan dalam perkara kebaikan yang kita lakukan.
- Cintailah apa yang ALLAH suka, dan bencilah setiap perkara yang ALLAH benci. Sesungguhnya redha dan rahmat dari ALLAH amat penting buat kita semua.


Sampai di sini saja perkongsian untuk kali ini ya. Insya'ALLAH, dengan izinNYA, ana akan kongsikan pengisian yang menjadi taklifan ana pada malam tersebut, insya'ALLAH. (^_~). Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua.


Sekian saja untuk kali ini. Hingga bertemu lagi di lain masa, wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 18 Februari 2011

Jadilah hambaNYA yang bertaqwa


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga iman dalam jagaanNYA sentiasa. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. Sesekali, ALLAH ingin dekaktkan ana denganNYA. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ALLAH tak pernah menyusahkan hambaNYA. Segala yang DIA aturkan punya sebab dan hikmah yang tersendiri. (^_~). Setiap orangm diuji dengan nikmat ujian yang sesuai dengan tahap imannya. Tiada satupun yang tidak mampu ditanggung oleh kita, kerana DIA sentiasa berikan yang terbaik kepada kita semua. Apa yang paling penting, jangan mudah berputus asa dari rahmatNYA. Jika tidak, pasti kita tidak akan berjaya mengharungi segala yang DIA berikan kepada kita.


"Ujian bukan untuk menyusahkan, tapi sebagai penguat iman. Mendekatkan lagi kita kepadaNYA. Penjana kemesraan kita dengan ALLAH."


Alhamdulillah, atas segala yang DIA kurniakan. Mengapa perlu berkira-kira untuk bersyukur? Bersyukurlah selalu. ALLAH tidak pernah mengabaikan dan melupakan kita. Bagaimana kita boleh melupakan DIA?


Ditanya oleh seorang adik, tentang fitnah dan ukhuwwah. Katanya, mengapa ramai yang begitu hipokrit. Dihadapan kita menuturkan sayang, saling mengasihi. Sedangkan diluar sana, begitu mudah mencanangkan fitnah. Apalah ertinya ukhuwwah yang diagung-agungkan jika fitnah sentiasa meniti di bibir.


ALLAHU HAQ.


Bukan mudah menjawab soalan sebegini. Kita tidak tahu hujung pangkalnya. Siapa yang silap, siapa yang berada dipihak yang benar. Cuma ada beberapa perkara yang ana mohon difikirkan:


1) Adakah orang tersebut pernah terluka dengan sikap kita?

2) Adakah ukhuwwah yang dijalin mempunyai motif tertentu? Adakah sebelum ini dia pernah melakukan perkara yang sama, atau baru sahaja mula menabur fitnah tentang kita?

3) Apakah yang menyebabkan dia menabur fitnah tentang kita?


Cuba kaji semula. Muhasabah.


Setiap perkara berlaku dengan sebab yang tersendiri. Ada sesuatu yang ALLAH nak kita perbaiki dalam diri kita. Lihatlah sekeliling kita, belajarlah dari kesilapan yang lalu. Jangan mudah menyalahkan orang lain, selidiklah hujung pangkalnya.


Kita, adalah makhluk fitrah. Yang punya rasa, perasaan. Adakalanya manusia boleh berubah watak, bila hatinya tidak dijaga @ terluka. Bukan semua orang mampu menjaga hati mereka. Kita juga, ada masanya akan terluka dengan perbuatan atau kata-kata orang lain, bukan? Begitu juga dengan hati orang lain. Cubalah untuk mengkaji kesilapan dipihak kita terlebih dahulu. Andai gagal mencari puncanya, cuba bersemuka dengan dia. Jangan bersemuka disaat hati kita masih memberontak dengan sikapnya. Dibimbangi akan mencetuskan amarah dan pergaduhan yang teruk. Sebaiknya, cuba kawal diri kita terlebih dahulu. Redakan amarah yang bermaharajalela. Orang yang sedang dikuasai oleh amarah, berada dalam keadaan yang kritikal. Disaat ini, manusia sudah hilang pertimbangan. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memuaskan hati mereka tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Walaupun ternyata dipihak yang benar, cubalah mencari penyelesaian yang terbaik. Mengelak dari perpecahan, adalah sesuatu yang mulia. (^_~)


Kasih sayang boleh bertukar benci jika ALLAH mengizinkan. Sebab tu, kita perlu sentiasa 'bersederhana' dalam berkasih sayang atau membenci. Saling berkasih sayanglah kamu kerana ALLAH semata. Dan bencilah kamu keranaNYA jua. Hidup kita hanya sementara. Menolak kemaksiatan dan kemungkaran, bukan bermakna kita perlu menjauhi mereka tanpa berbuat apa-apa. Tapi kita punya amanah yang lebih besar iaitu membantu mereka ke jalan yang benar. Bimbing masyarakat ke jalan yang ALLAH redha. AMANAH kita sangat berat. Mampukah kita menjawabnya bila ditanya di SANA kelak?


ALLAHU AKBAR


Sahabat sekalian, ayuh kita sama-sama muhasabah.

Adakah kita telah berusaha sedaya upaya demi menegakkan Syiar agama ALLAH?

Adakah kita telah berusaha sedaya upaya mengurangkan kadar kemaksiatan yang berlaku disekeliling kita?

Adakah kita telah melakukan yang terbaik dalam setiap perkara?

Adakah telah tertunai segala janji yang kita tuturkan?

Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya?

Dimanakah letaknya ALLAH dan Rasul dalam diri kita?

Al-Quran dan As-Sunnah, adakah benar-benar menjadi panduan hidup kita? Atau lebih banyak menurut kata hati dan nafsu semata?

IKHLASKAH KITA??


Astaghfirullahala'zim.. Astaghfirullahala'zim... Astaghfirullahala'zim


Ayuh sama-sama kita berdoa agar ditetapkan iman untuk terus berada dijalan yang diredhaiNYA.


"Ya ALLAH, janganlah KAU bolak balikkan hati kami, setelah KAU berikan taufiq dan hidayahMU kepada kami.. Kami hambaMU yang lemah, ya ALLAH. Kami tahu, jika ENGKAU mengkehendaki, pasti segalanya akan berlaku mengikut kehendakMU. Bimbinglah kami, ya ALLAH... Amin ya robbal a'lamin.."


Sekian saja coretan perkongsian untuk kali ini. Ana mohon maaf diatas segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan. Sesungguhnya diri ini, hanya hamba ALLAH yang sangat lemah. Tiada satupun yang dapat ana lakukan, atau ungkapkan, melainkan dengan izin dan kehendakNYA semata. Sekadar peringatan untuk diri ana sendiri, dan dikongsi bersama sahabat sekalian.


Mohon diri dulu, semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita dilain masa.


Alhamdulillah, esok, 19 Februari 2011, genaplah 3 bulan perkahwinan ana dan suami. Alhamdulillah. Mohon doakan kami ya. Terima kasih.


Sekian saja untuk kali ini, sehingga bertemu lagi dilain masa, andai dipanjangkan usia, dengan izinNYA. Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Sabtu, 12 Februari 2011

jana iman

(kempen JAUHI ZINA anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan)


Assalamua'laikum.





Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat walafiat dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH hendaknya. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmat dariNYA.





Hidup,


perlu dilalui dengan penuh keimanan.


Sentiasa ingat akan janji Tuhan sekalian alam,


"SIAPA YANG BANTU AGAMA ALLAH,


ALLAH PASTI AKAN MEMBANTUNYA,


DAN AKAN PERTEGUHKAN KEDUDUKANNYA"





Kembara di bumi Tuhan,


kadangkala akan mengundang rasa lemah dalam perjuangan,


tapi, itu semua bukan halangan.


Tanamkan tekad, tetapkan matlamat.


Berbicaralah dengan ALLAH setiap masa,


Ingat ALLAH dalam setiap perkara.


Insya'ALLAH, kekuatan pasti dapat dijana semula.





ALLAH, ALLAH, ALLAH


Ampunkanlah kami, atas dosa-dosa yang kami lakukan, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Keampunan dariMU amatlah kami hapapkan.





* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 10 Februari 2011

Rabu, 9 Februari 2011

Membilang usia



Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, atas segala limpahan nikmat dan rahmat dariNYA. Alhamdulillah.


Setiap detik yang berlalu, menambah bilangan usia kita.

Semakin hari semakin tua. Semakin pelupa.

Ya, lupa bahawa kita ada Pencipta.

Lupa bahawa kita adalah makhlukNYA.


Apalah yang ingin dibanggakan dengan usia yang mampu mencapai tiga angka jika masa yang berlalu disia-siakan begitu saja?


Apalah yang ingin dihebohkan dengan peningkatan usia jika dengan meningkat usia kita masih belum mengenal Pencipta kita?


Apalah yang ingin diraikan dengan peningkatan usia jika masih banyak maksiat dan dosa menghurung diri?


Astaghfirullah hal'azim.


Semoga ALLAh ampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan antara sedar atau tidak


Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

9 Feb, Lahirnya seorang pejuang


Umat Islam kembali kehilangan pejuangnya, Syeikh Fathi Yakan. Beliau meninggal pada hari Sabtu (13/06/2009) kerana keadaan kesihatannya yang sudah menurun. Pemimpin Front Amal Islam di Lebanon ini merupakan tokoh pergerakan Islam yang karyanya banyak menjadi rujukan para aktivis.


Syeikh Fathi Yakan lahir di Tripoli pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula jasadnya dimakamkan. Pria yang sudah mengarang lebih dari 35 buku yang diterbitkan ke berbagai bahasa tersebut meninggalkan empat orang putri dan satu orang putra.


Selain dikenal sebagai aktivis yang memiliki hubungan dekat dengan Ikhwanul Muslimin Mesir, pemegang gelaran doktor ini juga terlibat aktif dalam beberapa misi perdamaian. Diantaranya adalah pada 1998-1999 dia bertindak sebagai mediator dalam proses perdamaian antara Syiria dengan Turki.


Ia sempat bekerja di Libanon pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam. Ulama yang produktif menulis ini sempat terpilih menjadi anggota pada tahun 1992. Bukunya ‘Ihdzarû Al-Aids Al-Harakî (1989), menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Libanon yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negeri Muslim.


Buku-bukunya yang juga menjadi rujukan para aktivis. Diantaranya; Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da’wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.


Pendiri majalah al-Aman ini pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan PM Fuad Siniora yang menjadi “kaki tangan” Amerika. Ia juga memberi dukungan pada Gerakan Hizbullah, Libanon untuk melawan Israel. Pada 8 Desember 2006, Syaikh Yakan mengimami jamaah shalat Jumat Sunni dan Syiah sebagai simbol persatuan melawan PM Siniora.


Dalam kunjungannya ke Iran pada tahun 2007 dalam pakta pertahanan Arab dan Iran, Syaikh Yakan mengatakan, “Umat Islam seluruh dunia harus bersatu untuk melawan ancaman, agresi dan rencana jahat rezim Amerika Serikat dan Israel.” Dalam pertemuan itu, pejabat Lebanon juga memandang pentingnya pembentukkan gerakan perlawanan Islam yang anggotanya terdiri dari Syiah dan Sunni serta memperkuat perlawanan Islam di Iraq.


Dalam karyanya yang berjudul Madzâ Ya’nî Intimâ`i lil Islâm, beliau menguraikan mengenai tiga jenis manusia:

Pertama, manusia yang hidup hanya untuk dunia semata-mata.

Kedua, manusia yang dalam hidupnya kehilangan pedoman, lalu kemudian melakukan penyimpangan dan kesesatan.

Ketiga, manusia yang menganggap dunia ini sebagai ladang amal untuk di akhirat kelak.


Semoga kita semua masuk ke dalam golongan yang ketiga dan semoga Allah membalas segala amal Syaikh Fathi Yakan. Ilâhi Âmîn.


Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Al-Marhum Syeikh Fathi Yakan.


wassalam


sumber: emel sahabat.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 8 Februari 2011

Cerita sajaaaa

(nasi lemak berlauk sambal udang, sambal bilis, ayam goreng kunyit.. air kosong =p)


Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita masih berpeluang meneruskan kehidupan di dunia ini. Bila noktahnya? Hanya ALLAH yang maha mengetahui.



Hari ini, bertarikh 8 Febuari 2011. Begitu pantas masa berlalu. Bagaimana dengan hidup kita? Bagaimana dengan amal kita? Adakah masih sama? Kekal dengan prestasi yang dulu? Jika ya, bermakna, kita perlu lakukan perubahan. Perlu lakukan peningkatan. Ayuh, jadikan hari ini dan seterusnya lebih baik dari sebelumnya. (^_~)



Seminggu yang lalu, berkampung di Kelantan. Kalau dulu, sepanjang minggu, masa akan dihabiskan bersama anak-anak, mak ayah, adik beradik. Tapi kali ni, lain pula kisahnya. Tahun 2011, ana dah bergelar isteri, dan punya dua buah keluarga untuk diberi perhatian.



Jumaat ke Segamat, malamnya kembara bersama suami tercinta. Tiba di Kuala Krai jam 11 pagi. Pertama kali 'travel' dengan suami dari Johor. Jauh perjalanan, luas pengetahuan. (^_~). Sampai di KK, tak sempat rehat. Anak-anak dah serbu. 2 bulan tak jumpa, macam-macam cerita.



Hari Isnin, giliran rumah suami di Kota Bharu pula. Seronok dapat belajar buat Kek Batik dan Nasi Kerabu dengan Kak dan Che. hari seterusnya tolong keluarga mertua kemas rumah. Insya'ALLAH 12 Mac nanti kenduri rumah suami. Kakak ipar kawin. Dan kami juga akan tumpang sama. (^_~).



Hari Jumaat, ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Pertama kali bawak suami konvoi bersama keluarga, ke rumah Mak Mah dan Tok Su Pi... 3 jam mandi pantai. Dah lama tak bercuti macam ni. Seronok tengok budak-budak main air. Amar melompat-lompat tengok air. Hehe.. Beli makanan lauk banyak-banyak, makan dengan anak-anak dan suami. Suka sangat. Ombak besar, jadi mak tak bagi mandi lama-lama. Tapi hampir satu jam jugak berendam dalam air. (^_~).



Alhamdulillah, gembira dapat gembirakan orang lain. Terima kasih Ya ALLAH, atas segalanya.



Semoga ALLAH merahmati dan meredhai segalanya.



Jaga diri ye sahabat-sahabat.



Wassalam.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers