Rezeki

Rabu, 31 Mac 2010

Petunjuk Cahaya Syahid


Air jernih itu terus mengalir dipipiku..

"Aku tekad. Tidak akan sesekali berpaling.. Itu janjiku. Janji kita bersama. Andai sesuatu terjadi kepadaku, jangan Kau palingkan dirimu dari jalan suci ini.. Janji?". Kata-kata kamu amat terkesan dihatiku.
Insyirah, ketenangan. Seindah nama yang ditakdirkan kepadamu, itulah diri yang kukenali sejak beberapa tahun yang lalu. Yang membawa ketenangan kepada insan-insan disekelilingmu. Aku kagum dengan dirimu.

Insyirah, mengenali dirimu adalah satu bonus buatku. Aku masih ingat kata-katamu suatu ketika dulu, "Perjuangan suci ini sentiasa memerlukan pengorbanan. Kalau kita tidak sanggup untuk berkorban, berpuluh ribu lagi yang sanggup mengorbankan dirinya. Aku tak mahu jadi pengecut. Yang akan mengelak bila ditanya tentang pengorbanan. Aku nak jadi orang pertama, orang pertama yang menawarkan dirinya demi perjuangan suci ini. Kamu, sahabatku, saudaraku. Aku juga mahu kamu bersamaku. Kamu sanggup?".

Ya, aku akan meneruskan perjuangan ini sahabatku, saudaraku. Aku juga ingin menjadi sepertimu. Umpama lilin yang sanggup mengorbankan dirinya demi menyinari orang lain. Sanggup melakukan apa saja demi ISLAM yang kita anuti. Yang amat kita banggakan. Biar derita didunia, biar perit melanda, kita yakin dengan janjiNYA. DIA tak pernah dusta. JanjiNYA pasti! "Sesiapa yang menolong agama ALLAH, ALLAH pasti menolongnya". Kita yakin dengan JanjiNYA.

Masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Ya ALLAH, tabahnya hatimu. Aku juga mendapat tempias dari semangat juang yang kau tunjukkan. Terima kasih sahabat.. Terima kasih saudaraku. Kamu sumber inspirasiku, Petunjuk kepada Cahaya Syahid.

Selasa, 30 Mac 2010

Nisa' River Camping (2)

LAGU TEMA NISA' RIVER CAMPING @ KEM NURLAMAN BESTARI. ^_^

Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com/


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...

Subhanallah


Kerana Cinta ALLAH Kita Bertemu.. (^_~)y

Ahad, 28 Mac 2010

Nisa' River Camping (1)


(ini antara barang2 yang peserta NRC dapat)

(suasana yang mendamaikan..subhanallah)



Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ana baru sahaja pulang dari Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Alhamdulillah, segalanya berlangsung dangan jayanya. ^_^

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan peserta yang telah menjayakan Nisa' River Camping 2010. Semoga ukhuwwah kita diredhaiNYA dan berkekalan, insya'ALLAH.


Banyak yang nak diceritakan, tapi, ana kena settlekan hal lain dulu, insya'ALLAH nanti ana sambung. ^_^. wassalam

Jumaat, 26 Mac 2010

AYUH, BANGUNKAN EKONOMI MUSLIM

moga ada manfaatnya, insya'ALLAH

(muhasabah)


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan ana untuk mencoret sesuatu.

Insya'ALLAH, dalam jam 7 pagi esok ana dan ahli Nisa' yang lain akan bertolak ke Ulu Yam, untuk menjayakan Nisa' River Camping Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung selama lebih kurang 2 hari. ALLAHU RABBI, tak sabar rasanya nak jumpa semua peserta camping.

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Doakan keselamatan kami ye..

Syukran.. ^_^.. wassalam

Khamis, 25 Mac 2010

rinduuuu.. bilakah akan terubat?







Assalamua'laikum.. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa, insya'ALLAH. Ana alhamdulillah, sihat seadanya. (^_~).
Ya ALLAH, hati ni rindu sangat. Entah bila akan terubat. Bila dapat peluang tengok Kaabah depan mata ye? Ya ALLAH, permudahkanlah urusan kami.

Selasa, 23 Mac 2010

syafakillah



Assalamua'laikum

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM.

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi barokah ni.

Pada hujung minggu yang lalu, ana diberi peluang dan ruang untuk bertanyakan perkhabaran sahabiah2 yang telah agak lama menyepi.

Kak Liyana adalah insan pertama yang ana hubungi, pada mulanya sekadar untuk bertanya khabar. Selalunya mesej2 ana akan dibalas, paling lama, dalam masa 2, 3 hari. Tapi sekarang ana tidak menerima respon langsung. Hati tak tenang, jadi, ana call beliau.

Kak Liyana agak sibuk dengan tugas Lab bagi menyiapkan tugasan beliau. Tugasan sebagai pelajar IPTA agak menyibukkan beliau. itu kata beliau pada mulanya.. tapi, kemudian beliau menceritakan tentang adik beliau yang telah disahkan menghidap Kanser Hati. Kalau tak silap ana, sudahpun berada di tahap 3. Innalillahi... ilaihirajiu'n.. Ana pernah jumpa adik Kak Liyana waktu FD @ Kuantan pada 25&26 Disember yang lalu. Adik Kak Liyana adalah student di UIA Kuantan. Orangnya ceria dan peramah sekali. Hmm, ketentuan ALLAH. Kata Kak Liyana, adiknya baru saja dikesan menghidap Kanser tersebut pada hujung bulan Feb yang lalu. Sebelum ni memang tak ada sebarang simptom. Tapi, sejak kebelakangan ni, adiknya selalu demam, suhu badan tinggi, akan muntah bila makan,.. Setelah doktor membuat satu pembedahan dan mengambil sampel hati, barulah dapat kesan kanser tersebut.

Ya ALLAH, ana teringat kata-kata Kak Liyana, Doktor operate adik beliau macam orang bersalin.. Staple-staple.. rambut pun dah mula gugur.. Sekarang ni dah mula buat rawatan kimoterapi.. Setiap hari kena inject.

Dua malam lepas, ana sempat bertanya pada sahabiah Nisa' Lembah Pantai, seorang Nurse. Katanya Kanser Hati adalah antara kanser yang lambat dikesan. Sebab simptomnya hanya dapat dilihat bila dah sampai tahap serius.

Panggilan kedua diteruskan. Kali ini ke Kelantan pula.

pada mulanya tanya tentang Liqa' @ Qlate.. Sebelum ni pernah dapat mesej sesat..Tanya tentang cadangan tempat untuk Liqa'.. so, nak tahu perkembangan.. bila dah lama menyembang, Dayah bagitau ana, kakak beliau kurang sihat. Dah berminggu-minggu demam. Nak pergi kerja pun dah tak boleh. Sekarang ni dayah tak boleh keluar sangat, sebab tolong jaga kakak kesayangan.

Syafakillah ya ukhti..

**************************
Sakit, datang tak kira masa, siapa.. Setiap perkara ada hikmah yang tak mampu kita intai dengan mata zahir, tak pernah kita jangka apa yang ada disebalik perancanganNYA terhadap kita..

Pastinya ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita semua.. Tunggu masa dan ketika. Segalanya pasti berlaku mengikut percaturanNYA.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.(Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 45-46)

*********************************

Baiklah, dikesempatan ini, bolehlah kiranya ana mohon sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama mendoakan kesihatan ahli keluarga sahabiah2 kita ni. Moga ALLAH memberikan ketabahan, kekuatan dan ketenangan kepada mereka dalam menghadapi setiap perkara yang berlaku. Insya'ALLAH

Pohonlah kepadaNYA


Khamis, 18 Mac 2010

IMAN MUTIARA HATI


Iman adalah mutiara

Di dalam hari manusia

Yang menyakini Allah

Maha Esa Maha Kuasa


Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya

Tanpamu iman bagimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa


Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual beli

Ia tiada di tepian pantai


Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau merentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah (3x)
*teringat masa darjah 3 dulu, nyanyi lagu ni dalam persembahan Hari Guru. Dapat upah aiskrim roti.. masa tu, aiskrim roti pun dah cukup bagus.. Tak perlu hadiah besar-besar.. ^_^.. anak-anak sekarang, hmm, hehe.. ZAMAN DAH BERUBAH...

Rabu, 17 Mac 2010

pesona @ perak


~ PESONA'10 PERINGKAT NEGERI PERAK ~
JOm orang Perak kita kasi GEGAR bandar diraja Kuala Kangsar..
** *fOr wOmen Only***
Pertandingan Suara Nisa' 2010 (PESONA '10) peringkat negeri Perak ini bakal berlangsung pada Sabtu ini ▬▬▬► 20 Mac 2010 bertempat di River Side Resort Sg. Perak (a.k.a Safari Resort Kuala Kangsar).. tahu enggak??
Semua peserta yang bertanding adalah merupakan JUARA bagi peringkat kawasan masing-masing.. Yang pasti persaingan merebut juara pasti MERIAH... Bukan kemenangan semata yang diharapkan menjadi sasaran peserta, tapi ukhuwwah, semangat berkumpulan dan komitmen peserta adalah yang paling utama..
Sesungguhnya ISLAM tidak menghalang kita untuk berhibur..Semoga pertandingan seumpama ini menjadi wadah untuk kita sama2 mengasah dan menyalurkan bakat yang ada.. Selamat Berhibur dengan Suara NISA'..
"Penghubung Generasi Muda~Connecting Youth"Link :
http://nisaperak.blogspot.com/2010/03/pertandingan-suara-nisa-2010-peringkat.html

Selasa, 16 Mac 2010

subhanallah


Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat hendaknya. Ana, alhamdulillah, ALLAH nak hapuskan dosa kecil.. Baru balik dari klinik. Suhu 38.8.


Semalam tiba dari Kelantan dalam pukul 718 malam. 2 hari di kampung, memang tak puas. (^_~).. nak upload gambar ayah, tapi lupa bawak card reader, insya'ALLAH, nex time.


Baiklah, saje nak hidupkan blog. Insya'ALLAH, ada masa dan diberi kesihatan yang bertambah baik, ana update lagi.. (^_~)..


p/s: gatal tangan nak menaip walaupun berat kepala. so, harap bersabar ye.. Ni intro je. (^_~)

Jumaat, 12 Mac 2010

i'm going home

(nota : gambar di atas ana dapat hasil dari carian dalam internet : tiada kena mengena dengan diri ana @ keluarga, cuma nak ambik nama kuala krai je.. Hrap maklum ..^_^)



Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Syukur kepadaNYA kerana masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di bumi barokah ini. Syukur, syukur, syukur.. Alhamdulillah.





Semalam dapat mesej, adik kesayangan kurang sihat. Syafakillah ya ukhti. Akak sentiasa mendoakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan adik. Semoga ALLAH limpahkan rahmatNYA kepada kita semua, aminn.





Insya'ALLAH, pukul 3 petang nanti ana akan betolak pulang ke Kelantan. Bas Transnasional jadi pilihan, insya'ALLAH.. Sebab utama, ada single seat. ^_^. Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, pukul 11 malam sampai d KK.





Hari Ahad nanti ayah kena pergi Hospital Kuala Krai, buka jahitan kat tangan dia. Sempatlah ana jadi driver sekejap. Sempat jugak menabur bakti pada kedua ibu bapa walaupun sekadar jadi driver untuk 3 hari. Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang dan ruang. Kita merancang, ALLAH juga merancang, dan PASTI perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik. Kalau nak ikutkan, sepatutnya minggu ni ada program dengan adik-adik sekolah menengah, tapi, ALLAH dah aturkan untuk ana berada bersama keluarga. Program ditunda, jadi ada peluang dan ruang untuk ana pulang ke kampung. Alhamdulillah.



Baiklah, sepanjang keberadaan di kampung nanti, kemungkinan besar tiada sebarang post yang akan diterbitkan.. insya'ALLAH, hari Selasa mungkin ada. ^_^

ok, selamat bercuti kepada semua. Doakan kami, syukran.

Wassalam

Khamis, 11 Mac 2010

solat @ klate


Assalamua'laikum.. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah.
Baiklah dikesempatan ini ana ingin memaklumkan kepada sahabat2 semua, kepada sesiapa yang berkelapangan, bolehlah hadir ke Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan bagi sama-sama menunaikan solat sunat Istisqa'.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin diperkenankan permintaanmu, dan ketahuilah Bahawa Allah tidak memperkenankan doa dari hati yang lalai dan leka.”
(Sahih: Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no: 3479. Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar Al-Fikr jilid 5/ms 483. Dinilai Sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, hadis no: 594. )

Rabu, 10 Mac 2010

mujahid dakwah


Kamus Sejarah Mencatat Kisah

Seorang Pemuda Mujahid Dakwah

Ditengah Gelodah Arus Jahilliah

Mujahid Dakwah Membina Toifah 2x

Memimpin Manusia Menuju Allah

Membina Sesebuah Ummah

Langkahnya Kemas Penuh Semangat

Akhlak Lembut Sungguh Memikat

Menjulang Tinggi Panji-panji Jihad

Mahu Mengubah Hidup Masyarakat

Memberi Tarbiyah Juga Nasihat

Tidak Kenal Jemu dan Penat

Andai Suara Sumbang

Penuh Padat Dengan Tuduhan

Usaha Murni Suci Mulia

Dianggap Sebagai Perosak Agama

Amalan Sunnah Dicaci Difitnah

Menjadi Mainan Bahan Persenda

Satu Persatu Menjelma Rintangan

Mahu Menyekat Gerak Perjuangan

Namun Semuanya Tidak Berkesan

Berkat Restu Keizinan Tuhan

Tidak Pun Sedikit Menjejaskan Jiwanya

Bahkan Mujahid Terus Mara

Mujahid Dakwah Jauh Melangkah

Merubah Suasana Dunia Yg Rosak

Dengan Pengalaman Jihad dan Iman

Menuju Zaman Yang Lebih Gemilang

Zaman Ummah Kali Kedua

Itulah Isyarat Rasul Mulia

Marilah Kita Junjung Bersama

Islam Pasti Agung Semula

Selasa, 9 Mac 2010

Buatmu, mujahidah solehah


Duhai muslimah,
dirimu adalah sebaik hiasan.
Peliharalah dirimu sebaiknya.
Nun disana, ada Syurga idaman sebagai destinasi abadi.
Duhai mujahidah
Langkahmu seiring dengan sang mujahid
tetap melangkah walaupun seringkali tersungkur
maralah ya mujahidah.. Maralah menuju Jannah.

ISTIMEWA UNTUKMU

(klik gambar untuk mengetahui maklumat lanjut)

Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM. Juga syukur kepadaNYA, kerana masih sudi mengizinkan kita untuk meneruskan kehidupan di bumi barokah ini.
Dengan izinNYA, Nisa' Bandar Tun Razak akan mengadakan program Eksklusif untuk wanita yang bertajuk " HATI YANG DIKASIHI ALLAH".
Penceramah Jemputan :
Ustazah Nor Hafizah Musa
Bertempat di Madrasah Asy-Syakirin, BTR.
Akan berlangsung pada 20 Mac 2010.
Jangan lepaskan peluang.. Jom kita imarahkan..

Isnin, 8 Mac 2010

Amar dan Taqiyyah

Assalamua'laikum. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi ini, pada saat ini. Syukur kehadratNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.

Pagi ni, nak tengok gambar anak-anak je. Taqiyyah ni anak sahabat ana. Amar pula anak kakak ana. Kedua-duanya chomey. Cute. Subhanallah, indahnya makhluk ALLAH yang masih suci dari dosa. Jom kita tengok sama-sama.

Ini adalah Taqiyyah. Anak Kak Iman. (^_~).. dah pandai merangkak. Waktu program semalam, dia yang paling semangat. Apa tidaknya, asyik nak duk depan je. Pantang lepas, terus merangkak ke depan.

Ini pula Amar. Latest, pagi tadi sebelum datang ofis. Dia duk merengek n membebel. Hehe, kesian. Tak ada orang nak layan dia tadi. Ana duk bersiap nak ke ofis, letak je dia atas bantal Strawberi. Dia pun mula la membebel. hehe, sayang Amar bucuks.
Ini gambar masa Amar umur 40 hari. Kecik je tuannya. dalam 1 hasta je. (~_^). tapi suara, Masya ALLAH, mantap.
Dia buat muka pulak.. Hehe.. Chomey
Menggeliat... Ngantuk ni.. Masa ni ana tak sempat nak layan dia jugak. Letak atas katil sorang-sorang. Ana dukbersiap nak keluar. Hehe, apa lagi.. Membebel la dia. Pastu terus panggil nama ana, wwwaaaaaaaaa, waaaaaaaa, waaaaaaaa.. =P

Ahad, 7 Mac 2010

indahnya percaturan ALLAH untuk kita.=)


Assalamua'laikum. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat sentiasa, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.


Pukul 3 petang tadi, sampai rumah. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan segala urusan. Syukur kepadaNYA.


2 hari 1 malam, berkampung d Pondok Bustanul Ariffin, alhamdulillah, pengalaman bermakna buat kami semua. Banyak manfaat yang kami peroleh..


Ayah juga berada dalam kondisi yang memuaskan. Sihat. Tadi 2jam dalam bilik penbedahan. Sekarang masih d hospital. Doktor tak bagitau lagi bila boleh keluar. Insya'ALLAH, DIA tahu apa yang terbaik. DIA tak bagi apa yang kita nak, tapi DIA bagi apa yang kita perlukan. (^_~)


Tadi berpeluang tengok gambar gathering sahabat-sahabat seperjuangan. Alhamdulillah, hati berbungan riang.. Semua sahabat sihat walafiat. Moga ALLAH merahmati kita semua.


Nak cakap satu je, S.A.B.A.R. Insya'ALLAH, ada hikmah yang tak mampu kita intai dengan mata zahir. ALLAH maha mengetahui. DIA takkan uji melainkan sesuai dengan keupayaan kita.. Insya'ALLAH.. Innallaha ma'as sobirin. (^_~)

Jumaat, 5 Mac 2010

NISA' UNTUK SEMUA




Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Moga berkekalan, insya'ALLAH.

Baiklah, ana terbaca satu soalan dalam chatbox ana. Insya'ALLAH, ana cuba jawab sebaik mungkin. Ukhti 'kemboja' pernah mengikuti program Nisa' WP, jadi mungkin ukht dah tahu serba sedikit tentang Nisa' ni, cuma perlukan sedikit penambahan saja, kan?

Insya'ALLAH, dengan izinNYA, ana cuba terangkan tetang Nisa' kepada antumna.

NISA'

-nisa' dalam Bahasa Arab adalah membawa maksud Wanita.
-Nisa' yang kita nak bincangkan pada hari ni ialah berkenaan dengan sebuah persatuan/pertubuhan (dalam proses untuk didaftarkan dengan ROS) diwujudkan untuk kaum wanita.
-keahlian Nisa' adalah wanita-wanita berumur 15-40 tahun.
-Terbuka kepada semua wanita dalam lingkungan umur tersebut diatas, tak kira status (bujang/kawin).

Ini yang ana ambil dari website Nisa' Malaysia,boleh rujuk :

http://www.webnisa.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=14&Itemid=17

Kami mempunyai struktur bermula dari kawasan/cawangan. Struktur di peringkat kawasan/cawangan lebih mudah dan ringkas. Kawasan/cawangan ini seterusnya bernaung di bawah negeri masing-masing.

Negeri-negeri yang menyertai bermula dari Perlis nun di utara sehinggalah ke Johor di hujung tanah air. Juga Sabah dan Sarawak di pulau borneo. Negeri akan mempunyai struktur AJK di peringkat negeri yang sedikit bersaiz besar berbanding kawasan/ cawangan.

Kesemua ini diselia oleh keluarga di peringkat pusat.

Ini membentuk satu keluarga NISA' yang muhibbah mewarnai seluruh Malaysia.

Terbaru, NISA' juga mula menapak di bumi Eropah dan timur tengah.

*****

TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun

LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

*******

Baiklah, kalau nak tau lagi faktanya, boleh rujuk link :

NISA' MALAYSIA

Pengarah : 019 - 2664740

Setiausaha : 019 - 2614740

Official Web http://webnisa.net

Official Fotopages http://webnisa.fotopages.com

Official Blog http://webnisa.wordpress.com


ini pula bagi setiap negeri :

http://www.webnisa.net/v2/index.php?option=com_simplelists&view=simplelist&layout=toggle&category_id=32&Itemid=18

*******

insya'ALLAH, moga ada manfaatnya.. Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh tanya.. (^_~)

wassalam

kuserahkan segalanya kepadaMU



Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur kehadratNYA kerana masih sudi menghadiahkan nikmat iman dan ISLAM. Syukur juga kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi barokah ini. Semoga diri ini dan antum semua menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Bersyukur dalam erti kata yang sebenar, insya'ALLAH.

Hari ni, 5 Mac 2010.. Pada jam 630 pagi tadi, mak telefon, tapi ana tak sempat jawab. Waktu nak tunggu bas ke tempat kerja, ambik peluang untuk telefon mak semula.. Alhamdulillah, mak sihat seadanya.

Hampir 10 minit dengar cerita dan perkhabaran dari mak, mak tanya : "nok kecek nga ayoh dok? kecek la gapo-gapo pong, dio ado ni".

senyap... "buleh jugok, mek bui la telepong ko ayoh, wawa nok kecek ngan ayoh"

"Assalamua'laikum.. ado gapo wa?" – ayah
(ada apa Wa?)

"W'salam wbt.. sajo jah nok denga sogho ayoh pagi-pagi ni. rindu doh. hehe".. cuba menghidupkan suasana, padahal hati berombak kencang... sayu...
(saja nak dengar suara ayah pagi2 ni. Rindu dah)

"wa nok gi kijo ko nih? gi denga gapo?"- ayah
(nak pergi kerja ke? pergi dengan apa?)

"gi denga bah jah.. Tok ghama lagi maso ni. ayoh sihat dok?"
(Pergi dengan bas je.. Tak ramai lagi waktu ni. Ayah sihat tak?)

"sihat lagu ni la. Nok sihat gano lagi. Haghi ahak ni nok gi spita. Tok tahu la lagu mano"- ayah.
(Sihat macam ni la. Nak sihat macam mana lagi. Hari ahad nanti nak pergi hospital. Tak tau la macam mana)

“Takpolah.. Ayoh rehak molek la deh. Wawa balik deh”
(Tak pelah. Ayah rehat la ye. Wawa balik ye)

"Tok payoh balik la. Tak dok gapo pong ni"- ayah
(tak payah balik la, tak de apa pun)

"hmm, yola. Takpola gitu gak"
(Takpelah kalau macam tu)

***SAMI'NA WA ATO'NA***


Hmm, pada 6 hb Mac, ayah akan dikuarantin di HKB. Kalau tak ada aral, pada 7 hb nanti akan menjalani satu pembedahan kecil. Dan selepas saat itu, ayah akan menjadi pengunjung setia HKK.

Ya ALLAH, hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya kepadaMU kami mohon pertolongan. Berikanlah ketabahan dan semaikanlah kesabaran kedalam hati kami.. Hidup suburkanlah iman dalam hati kami. Jadikanlah kami diantara hambaMU yang bersyukur, taat dan patuh kepada suruhanMU, terbitkanlah rasa kecintaan dan kerinduan kami kepadaMU, dan JannahMU. Cambahkanlah rasa takut kami terhadap azab nerakaMU.

Ya ALLAH, matikanlah kami dalam iman dan ISLAM. kami dambakan syahid dijalan yang diredhaiMU ya ALLAH. Perkenankanlah ya ALLAH.. aminn.

Khamis, 4 Mac 2010

semangat jihad



Bersatulah wahai kaum muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran

Berjihadlah wahai kaum muslimin

Walau susah menempuh cabaran


Bersatulah wahai kaum muslimin

Dengan obor sinar kebahagiaan

Berjihadlah wahai kaum muslimin

Biar syahid ataupun kemenangan


Berjuanglah wahai ansarullah

Dengan matlamat daulah islamiah

Berkorbanlah wahai yang beriman

Dengan harta dan segenap kepunyaan


Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji rabbi


Selamatlah parti islam melangkah

Membimbing ummah ke medan siasah

Berpedomankan al-quran dan sunnah

Suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x)

Rabu, 3 Mac 2010

lets join Nisa' River Camping

Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan Islam kepada semua.

Kami, Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama dengan kami dalam program Nisa' Wilayah Persekutuan (kawasan Batu, Wangsa Maju, Titiwangsa, Putrajaya, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan kawasan2 sewaktu dengannya) yang akan berlangsung pada 27 & 28 Mac 2010 nanti.


Maklumat program adalah seperti yang tertera di banner tersebut.

Sebarang masalah, pertanyaan, dan pendaftaran boleh hubungi :
Azi : 013-2009426 atau Wan : 013-9867323.

Pendaftaran hanya dibuka sehingga 16 Mac 2010.

Jangan lepaskan peluang. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jumpa di sana..(^_~)v

JOM JOIN NISA'..

*sebarkan kepada sahabat2 yang lain*

jom, best ni

Assalamua'laikum..
Semoga sihat sentiasa, insya'ALLAH.
Nak hebahkan program, jom pakat baca.
SIMURA
(SIMPOSIUM MAHASISWA ISLAM WILAYAH UTARA)
TARIKH
5 & 6 MAC 2010
TEMPAT
DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH,
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
PANEL-PANEL
(5 MAC 2010)
YB. UST. MOHD NASIR ZAKARIA
DR. ANHAR OPIR
EN. SALMI ANAS AHMAD
(6 MAC 2010)
YB. DATO' MAHFUZ OMAR
CIKGU AZMI ABDUL HAMID
TN. HJ ISMAIL AHMAD
SDR. DZULKHAIRI MOHD NOOR
***************

Isnin, 1 Mac 2010

semoga dirimu tabah sentiasa




AKTIVITI NISA' WILAYAH PERSEKUTUAN


6 Mac - Bengkel IT Nisa' WP , KL
14 Mac - Seminar `Penyusuan Susu Ibu' , KL
27-28 Mac - Nisa' River Camping, KL
10 Apr - Pencarian Bintang Aura Ungu, Bdr Tun Razak
Assalamua'laikum. Ana paparkan aktiviti Nisa' WP (Kuala Lumpur, Putrajaya, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Batu, Wangsa Maju dan kwasan-kawasan yang sama waktu dengannya).
Tempat program akan dimaklumkan kemudian. Insya'ALLAH. (^_~)

senyum itu sedekah yang paling ringan


Assalamua'laikum..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat walafiat sentiasa, insya'ALLAH. Ana? Alhamdulillah, sihat seadanya. Hujung minggu yang menyeronokkan, alhamdulillah. (^_~)

*************
Hmm, sekali lagi nak promote kempen "SENYUM".. Ayuh, bahagiakan insan-insan disekelilingmu dengan senyuman.. (^______________~).. Senyumlah seikhlasmu, moga ALLAH menghadiahkan kebahagiaan kepada kita semua.
************
"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers